Sunday, March 30, 2008

Saya Lebih Senior Dari YB Dr. Khir Toyo!

Pagi ini, ketika saya sedang asyik membaca Unika PTS, saya terpaut dengan laman blog kakitangan PTS, Mat Jan. Mata saya terus tertarik dengan catatan pelawatnya yang mengumumkan salah seorang ahli pembangkang Selangor, YB Dr. Mohamad Khir Toyo sudah mempunyai blog! Sila lawat di http://drkhir.blogspot.com/.

Pertembungan YAB Tan Sri Khalid Ibrahim, MB Selangor yang baru dengan
YB Dr Mohamad Khir Toyo, Ketua Pembangkang(?) yang baru
di DUN Selangorpasti dinanti-nantikan.

Tarikh 'entry' pertamanya adalah 28 Mac 2008. Wah! Bangga saya, rupanya-rupanya saya senior YB Dr. Mohamad Khir Toyo dalam dunia blog ini. Sebagai anak Selangor jati, hanya satu pesanan saya "Jangan kasi malu anak jawa dalam dewan DUN Selangor nanti" dan "Jangan memandai-mandai hendak baling penyapu ke barisan kerajaan rakyat kalau kalah perbahasan".

Nota : YB Ketua Pembangkang Selangor (?) anggaplah ini iklan percuma. FOC. (selama YB memerintah, tiada benda yang percuma kan??

Friday, March 28, 2008

Siri Motivasi : Bapak Borek Anak Rintik

Saya terima 6 set kartun yang menarik daripada kerani saya, Nadzirah melalui e-mel. Terima kasih. Yang paling saya tertarik adalah kartun anak singa ini. Kartun ini mengingatkan saya kepada 3 perkara;

1. Filem Lion King.

Antara filem kartun yang saya tonton di panggung. Filem kartun yang berjaya menjentik-jentik hati saya dengan pelbagai emosi. Gembira, sedih, terharu, lucu dan sebagainya. Ia antara filem kartun yang ingin saya tonton semula.

2. Kita dahulu tidak sabar ingin dewasa.

Sebarang penafian? Apabila umur kita dahulu menginjak remaja sahaja kita ingin cepat menjadi dewasa. Kita kagum dengan pakaian mereka, tuturkata mereka, penampilan mereka dan sebagainya. Maka kita cuba meniru mereka.

Jika ada anak dalam peringkat umur sebegini, biarkan mereka kerana ini sebahagian daripada proses pembentukan peribadi mereka. Sebagai ibubapa atau orang sekeliling mereka, pastikan mereka meniru yang positif.

3. Kita sendiri sebagai contoh utama (role model)

Jangan lupa kita juga punya pengaruh ke atas anak-anak ini. Saya percaya dalam kotak ingatan anda ada beberapa individu yang mempunyai pengaruh ke atas hidup anda. Sekumpulan individu yang membentuk peribadi kita dan mempengaruhi cara hidup kita. Ambillah pen dan tuliskan nama mereka, hubungan mereka dan apakah perkara yang mempengaruhi hidup anda secara positif atau negatif. Jangan terkejut dengan senarai tersebut, itu mungkin di bawah minda sedar anda. Yang di bawah minda separuh sedar?

Oleh itu, tanggungjawab kita sebenarnya menjadi contoh yang baik kepada anak-anak kita terutamanya dan anak-anak orang lain juga. Saya pun punya tabiat yang kurang elok dan selalu ditegur isteri. Hehehe, kadang-kadang sengaja saya buat untuk mengusiknya.

Selalulah beringat, tindak-tanduk kita, perkataan kita diperhatikan dan ditiru oleh anak-anak yang berada di sekeliling kita. Kerana itu ada bidalan Melayu mengatakan ”Bapak borek anak rintik!” Mungkin kerana itu sampai hari ini saya sukar membuang janggut dan misai saya. Almarhum bapa saya juga berjanggut dan bermisai tambahan isteri saya pun tak berapa suka muka saya ’bersih’, kurang ’handsome’ dan kelakar katanya. :)

Tuesday, March 25, 2008

Siri Motivasi : Anak Kecil Pun Prihatin!


Abahfateh : { batuk yang sangat berat }
Fateh : Abah batuk?
Abahfateh : A’ah nak, Abah batuk.
Fateh : Abah sakit?
Abahfateh : A’ah nak. Abah tak sihat.
Fateh : Abah nak ubat? Fateh ambikkan eh?
Abahfateh : Takpelah. Abah dah makan tadi.
Fateh : Ooohhhh. Fateh ambikkan minyak eh?
Abahfateh : Yelah. { bersambung lagi batuk yang berat }

Itulah dialog ringkas saya dengan anak saya. Memang dah lama saya batuk, dekat tiga minggu, Baru sekarang kurang sedikit. Alhamdulillah. (banyak dosa, peringatan dari Allah)

Kesan daripada kasih sayang, anak kecil pun ingin memberikannya dengan cara mereka. Kita perlu hargainya biar sekecil manapun cara mereka mengekspresikannya. Cumanya kadang-kadang kita tidak berlaku adil dengan mereka. Kerana kepenatan kita atau tekanan yang kita hadapi, kita tidak nampak atau mungkin marah mereka dan mereka menjauh daripada kita. Lebih teruk lagi, ia mencorakkan sifat mereka.

Hargai kasih sayang yang diberikan dan jangan lupa berikan kasih sayang kita kepada orang yang berada di sekitar kita. Selagi mereka ada, jangan dipersiakan mereka.

Wednesday, March 19, 2008

Cerita Orang Nak Jadi Jutawan : Perkara Terbodoh Yang Dilakukan Adalah Membeli Kereta.


Saya bekerja di pulau bebas cukai iaitu Pulau Labuan. Apabila bebas cukai maka sepatutnya banyak perkara yang patutnya menjadi murah. Realitinya hanya arak, rokok dan kereta sahaja yang murah. Ada satu lagi yang murah yang bermula dengan huruf ’P’. Cubalah teka!

Diringkaskan cerita, ramai orang berasa hairan apabila saya memberitahu mereka saya hanya menyewa beli sebuah kereta Proton Model Saga 1.3cc. Mereka berasakan seorang eksekutif di sebuah syarikat minyak dan gas sepatutnya memiliki kereta yang lebih baik daripada itu. Barulah padan dengan jawatan dan gaji yang saya terima.

Jawapan saya ringkas sahaja. Saya hanya memenuhi keperluan saya sahaja iaitu:

1. Membawa saya dari titik A ke titik B.
2. Melindungi saya dan keluarga saya daripada panas dan hujan.
3. Kenderaan yang muat untuk saya sekeluarga seramai 4 orang.
4. Boleh bawa barang yang sederhana banyaknya.
5. Secara relatif, menjimatkan wang saya untuk bayaran ansuran bulanan, minyak dan kos penyelenggaraan.

Biasanya maklumbalas yang saya terima adalah:

1. “Rugilah kau, tak dapat merasa naik kereta luar”
2. “Alang-alang duduk Labuan, belilah yang bagus sekali”
3. ‘Setakat Proton, jadikan second car lah”

Dan banyak lagi. Saya hanya sambut dengan bisikan hati yang sinis “Kalau korang nak tolong bayarkan semuanya besok gak aku tangkap satu Honda Accord latest punya”. Seperti yang saya nyatakan dalam entry saya sebelum ini, saya sekadar memenuhi keperluan saya. Isteri saya tidak bising-bising malahan anak saya Fateh mencebik tidak setuju bila saya bertanya “Boleh tak abah jual kereta ini?”

Saya dikritik hebat kiri dan kanan, depan dan belakang malah atas dan bawah apabila saya membawa Dr. Zaid Mohamad dari UIA untuk menyampaikan satu ceramah bertajuk ‘Healthy Pocket!”. Saya rasa tak seorang pun setuju dengan apa yang disampaikan olehnya terutamanya apabila dia mengatakan “The most stupid thing to do is buying a car”

Namun kini saya rasakan mereka mula membenarkan kenyataan tersebut apabila ramai yang mengeluh apabila dimaklumkan jumlah cukai yang perlu dibayar tunai untuk membawa kereta keluar dari Labuan. Jiran saya yang menyewa beli Waja dan baru pakai 3 tahun terpaksa bayar cukai yang berjumlahlebih kurang RM15,000 secara tunai. Sampai sekarang keretanya masih tersadai di sini.

Kini saya mencari pembeli kereta saya!

Siri Motivasi : Memenuhi Keperluan (Conform to Requirements)

Para pembaca sekalian, saya percaya anda semua memiliki jam. Apakah perkara-perkara yang anda pertimbangkan sebelum anda membeli jam tersebut?

Anda mungkin menimbangkan daripada segi harga, jenama, gaya, ketahanannya dan sebagainya. Akhirnya anda beli sebuah jam tangan berjenama terkenal yang mempunyai gaya ’sporty’ agar anda nampak bergaya ketika bersukan atau beriadah. Jam itu mungkin berharga RM250 – RM500. Jika anda tanya saya, mungkin jam paling mahal yang saya sanggup leburkan duit saya untuk membelinya adalah yang berharga RM100.


Keperluan sa
ya hanyalah untuk mengetahui masa dan muat dipakai. Saya berasa puas dengannya dan tidak pernah berasa rendah diri melihat orang lain memakai jam lebih berjenama dan mahal. Kerana apa? Saya telah membeli sesuatu yang memenuhi keperluan saya dan ini bermakna jam itu cukup kualitinya bagi saya. (Jam tangan saya kini adalah pemberian syarikat tempat saya bekerja dan itulah sahaja jam yang saya ada)

"Keperluan saya hanyalah untuk mengetahui masa dan muat dipakai."

Kebanyakan daripada kita apabila diajukan soalan berkaitan apa itu kualiti rata-rata akan mengaitkan dengan jenama, harga dan gaya. Inilah yang menyebabkan kita akhirnya membayar sesuatu yang tidak perlu. Sebagai contoh, ’handphone’. Ramai di antara kita yang memilih untuk membeli ’handphone’ yang punya pelbagai fungsi. Daripada 3G, muzik, kamera, paparan video dan sebagainya. Akhirnya, apakah fungsi yang benar-benar kita pakai? Menerima dan membuat panggilan serta menerima dan menghantar SMS. Yang lain-lain? Amat jarang sekali digunakan secara optimum. Maka kita sekali lagi membayar untuk sesuatu yang jarang sekali kita gunakan.

Jadi apakah itu kualiti yang sebenarnya. Menurut salah seorang Guru Kualiti yang terkemuka iaitu Philip B. Crosby, beliau menyatakan ”The Definition of Quality Is Conformance to Requirements” atau Definisi Kualiti Adalah Memenuhi Keperluan.

Oleh itu, sekiranya anda menimbangkan untuk membeli sesuatu atau berususan dengan pelanggan anda pastikan anda sekurang-kurangnya mengenalpasti;

1. Keperluan yang mesti dipenuhi.
2. Keperluan yang bagus jika ada.

Sudah pasti anda perlu memenuhi perkara pertama. Perkara kedua biasanya melibatkan pertambahan kos. Saya percaya sekiranya kita betul-betul mengenalpasti apakah keperluan kita maka kita akan memperolehi sesuatu yang berkualiti.

Sunday, March 16, 2008

Pilihanraya oh Pilihanraya

Saya cuba beberapa kali memberi komentar tentang PRU12. Tentang keputusannya, tentang sentimennya dan beberapa komen ringkas. Namun, taip satu perenggan, padam. Taip satu ayat, padam. Terasa apa yang ingin disampaikan sudah disampaikan dalam media yang lain.

Apapun, PRU12 kali ini menepati beberapa ramalan dan harapan saya iaitu:

  1. Parti Be End dinafikan majoriti 2/3 di dalam Dewan Rakyat.
  2. Jatuhnya beberapa buah negeri ke tangan Barisan Alternatif / Barisan Rakyat. (Kedah menepati ramalan, Terengganu dan Perlis tersasar daripada ramalan.)
  3. Tersungkurnya ramai Pak Menteri, Timbalannya dan yang lain-lain.
  4. Penurunan majoriti yang ketara. Pak Lah pun dapat 11,000 majoriti sahaja.
  5. Penafian majoriti 2/3 di banyak Dewan Undangan Negeri.

Kejutan dari PRU12 untuk saya:

  1. Rafidah Aziz tak kalah.
  2. Kemenangan besar PAS di Kelantan (alhamdulillah)
  3. PAS hanya menang 8 kerusi DUN di Terengganu.
  4. Jatuhnya Selangor, Perak dan Pulau Pinang ke tangan Barisan Alternatif/Barisan Rakyat.
  5. Jatuhnya beberapa kerusi Parlimen dan DUN ke tangan Barisan Alternatif/Barisan Rakyat di Johor

Apapun, saya seringkali ingatkan diri saya; Untuk menang itu mudah namun mengisi kemenangan itu satu cabaran. Itulah hakikat yang perlu dihadapi oleh sesiapa sahaja yang menang. Tunaikan harapan rakyat tidak kiralah BN, PAS, PKR mahupun DAP. ’Be professional’, jagalah integriti, hidup di dunia ini tidak lama, Allah juga yang kekal selama-lamanya (kepada KJ, dacing pun hancur masa kiamat. Belajar lebih lagi tentang apa dia hari kiamat dan hari pembalasan, pak mentua hang cucu dan anak ulamak)

Sehingga saat entry ini ditulis, beberapa orang MB masih tidak terlantik i.e. Perlis dan Terengganu. Apa sudah jadi? Jangan menderhaka dengan Sultan kerana itu bukan jatidiri Melayu. Daulat Raja Perlis dan Sultan Terengganu! Daulat Sultan Perak dan Sultan Selangor kerana Tuanku berdua telah menunjukkan apa Kuasa Sultan yang sebenarnya.

Thursday, March 6, 2008

Manifesto Parti PUNDAK Sempena PRU12

Setelah mendapat izin dan cop lulus daripada Presiden Parti Undi Rosak (Pundak) untuk P095 : Tanjung Karang maka saya kini ingin melancarkan janji-janji kosongku.


Wahai pengundi di Tanjung Karang,

Sesungguhnya, sebab musabab saya bertanding di Tanjung Karang adalah seperti berikut:

1. Saya berbekalkan sijil nikah kelahiran saya yang tertulis tempat lahir : RS Tanjung Karang (itupun sebab saya dah tak sabar nak keluar dah... mak saya cakaplah)
2. Saya ada sedara-mara di Tanjung Karang. Adalah tempat nak tidur dan bolehlah ngaku orang Tanjung Karang.
3. Saya dicalonkan dan menang tanpa bertanding. Kira hebatlah tue.. usia baru setahun jagung dalam politik dah boleh menang tanpa bertanding. Yang lain-lain dah kena ikat.

Oleh itu saya akan pastikan saya akan duduk di Tanjung Karang sepanjang tempoh berkempen. Itupun sekejap jelah.. lepas PRU saya balik ke rumah bapa mertuaku dan bekerja di tingkat 4, JPM seperti biasa.

Jika saya menang, saya akan pastikan perkara-perkara ini berlaku di Tanjung Karang.

1. Tanjung Karang akan dikenali dengan Wilayah Pembangunan Abdullah Tanjung di mana akan banyak projek-projek gajah putih akan dibangunkan, Modalnya Cuma RM9 juta yang saya pinjam dari kawan saya.

2. Akan lebih banyak pelabur asing akan dipanggil. Tanah boleh dijual kepada mana-mana orang saya.

3. Sebuah Zoo Beruk akan dibina kerana saya suka beruk.

Oleh itu undilah saya, pengaruh saya amat kuat... PM, IGP, Semua MB, KM dan semuanya gerenti dengar cakap saya... nanti saya cakap kat dia kalau saya nak apa-apa.

  • Sesiapa sahaja yang turun mengundi di Tanjung Karang akan saya hadiahkan sebotol dakwat tak leh padam punya milik SPR (ada banyak stok di stor SPR)....
  • Sesiapa sahaja yang turun mengundi anda boleh menunggang motor tanpa lesen motor apatah lagi merempit.
  • Sesiapa sahaja yang turun mengundi boleh sesuka hati labelkan orang...

Undi jangan tak undi Pundak!

Besok saya nak pergi calonkan diri saya untuk bertanding. Eleh... duti setem punya peraturan boleh batal, cat kuku boleh tak jadi, saya bisik je kat Pak Mertua PM suruh SPR terima... bayar pakai cek pun tak apa..

Saya yang bertanding atas tiket sijil nikah lahir,

abahfateh
bin bapaabahahfateh bin datukabahfateh bin moyangabahfateh

Siri Pengajaran : Jangan Ambil Mudah (Don’t Assume)

Saya ke luar kawasan lagi kali ini, ke Kuala Lumpur dan Putrajaya. Mengenangkan saya ke luar kawasan sekali lagi minggu hadapan dan banyak tugasan perlu saya selesaikan dan langsaikan saya memutuskan untuk segera balik ke Labuan selepas urusan saya di Putrajaya selesai. Apatah lagi mengenangkan laporan bulanan jabatan saya masih belum disiapkan.

Saya merancang perjalanan saya dengan baik, sampai di KLIA awal, tiada apa yang perlu dikejarkan. Tenang saya ke kaunter daftar masuk dan menghulurkan ’e-ticket’ saya kepada petugas.

”Encik, bila encik nak ke Labuan sebenarnya?” tanya petugas itu sambil memandang saya kehairanan.

”Kenapa?” tingkah saya.

”Hari ini 6hb, dalam tiket 7hb, penerbangan pagi” jelas petugas itu sambil menghulurkan tiket saya dan menunjukkan tarikh 7hb itu.

Saya terkasima dan terdiam. Tidak tahu siapa yang harus disalahkan. Pada saat ini saya perlu salahkan diri sendiri kerana tidak memeriksa tiket terlebih dahulu di Labuan. Saya cuba dapatkan senarai menunggu namun tidak dapat, harus bayar penalti RM100 kerana perubahan dilakukan kurang daripada 24jam.

”Aduh, kena lagi aku. Nak bayar penalti nanti tak tentu boleh ’claim’.” getus hati saya.

Segera saya telefon kerani saya. Terima kasih kepadanya, walaupun sudah di rumah dia masih sudi menempahkan bilik di Pan Pacific KLIA untuk saya. Terima kasih banyak-banyak.

Sepanjang perjalanan ke hotel, saya tidak henti-henti menyalahkan diri saya. Inilah akibatnya kerana mengambil mudah perkara-perkara sebegini. Hehehe.. selalu ingatkan orang jangan ambil mudah, jangan 'assume', hmmm kali ini terkena batang hidung sendiri.

Tuesday, March 4, 2008

Siri Motivasi : Think Smart and Simple


Rakyat Jepun sememangnya terkenal sebagai masyarakat yang mementing kualiti. Salah satu daripada aspek kualiti yang amat ditekankan adalah kepuasan pelanggan (Customer Satisfaction).

Di sebuah kilang kosmetik yang terkenal di Jepun, ketika melakukan pemeriksaan kualiti, mereka mendapati beberapa biji kotak sabun kosong! Tiada isi. Mereka berasa sangat hairan. Hairan kerana kilang mereka dilengkapi peralatan canggih dan kejadian ini tidak sepatutnya berlaku, Kerana bimbangkan reputasi mereka akan terjejas maka pihak pengurusan telah bersetuju untuk menubuhkan satu jawatankuasa untuk mengelakkan perkara ini daripda berulang.

Maka terhimpun segala bijak pandai. Para perunding cara dipanggil, ditanya pendapat mereka. Sesi ‘brainstorming’ dilakukan dan hasilnya mereka menghasilkan satu laporan dan mencadangkan satu tindakan yang bernilai jutaan ringgit. Bagi mereka, pelaburan begini sangat berbaloi asalkan pelanggan mereka berpuas hati dan tiada sebarang aduan terhadap perkhidmatan mereka.

Cadangan jawatankuasa tersebut diketahui oleh seorang juruteknik berpangkat rendah di kilang tersebut. Pelik dengan cadangan tersebut dia bertanya kepada salah seorang ahli jawatankuasa tersebut.

“Bukankah lebih mudah kita pasangkan kipas angin yang berkuasa tinggi dan tujukan pada kotak-kotak sabun tersebut? Yang kosong pasti akan terbang melayang”

Mendengar kata-katanya itu, ahli jawatankuasa tersebut terus membawa juruteknik tersebut berjumpa dengan ketuanya.

Jumlah Pelawat

About This Blog

  © Blogger template 'Blue Greens' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP