Saya ke luar kawasan lagi kali ini, ke Kuala Lumpur dan Putrajaya. Mengenangkan saya ke luar kawasan sekali lagi minggu hadapan dan banyak tugasan perlu saya selesaikan dan langsaikan saya memutuskan untuk segera balik ke Labuan selepas urusan saya di Putrajaya selesai. Apatah lagi mengenangkan laporan bulanan jabatan saya masih belum disiapkan.
Saya merancang perjalanan saya dengan baik, sampai di KLIA awal, tiada apa yang perlu dikejarkan. Tenang saya ke kaunter daftar masuk dan menghulurkan ’e-ticket’ saya kepada petugas.
”Encik, bila encik nak ke Labuan sebenarnya?” tanya petugas itu sambil memandang saya kehairanan.
”Kenapa?” tingkah saya.
”Hari ini 6hb, dalam tiket 7hb, penerbangan pagi” jelas petugas itu sambil menghulurkan tiket saya dan menunjukkan tarikh 7hb itu.
Saya terkasima dan terdiam. Tidak tahu siapa yang harus disalahkan. Pada saat ini saya perlu salahkan diri sendiri kerana tidak memeriksa tiket terlebih dahulu di Labuan. Saya cuba dapatkan senarai menunggu namun tidak dapat, harus bayar penalti RM100 kerana perubahan dilakukan kurang daripada 24jam.
”Aduh, kena lagi aku. Nak bayar penalti nanti tak tentu boleh ’claim’.” getus hati saya. Segera saya telefon kerani saya. Terima kasih kepadanya, walaupun sudah di rumah dia masih sudi menempahkan bilik di Pan Pacific KLIA untuk saya. Terima kasih banyak-banyak.
Sepanjang perjalanan ke hotel, saya tidak henti-henti menyalahkan diri saya. Inilah akibatnya kerana mengambil mudah perkara-perkara sebegini. Hehehe.. selalu ingatkan orang jangan ambil mudah, jangan 'assume', hmmm kali ini terkena batang hidung sendiri.
1 comments:
haha... la ada lagi rupanya kat sini malam tu. haha...
Post a Comment