Tuesday, March 4, 2008

Siri Motivasi : Think Smart and Simple


Rakyat Jepun sememangnya terkenal sebagai masyarakat yang mementing kualiti. Salah satu daripada aspek kualiti yang amat ditekankan adalah kepuasan pelanggan (Customer Satisfaction).

Di sebuah kilang kosmetik yang terkenal di Jepun, ketika melakukan pemeriksaan kualiti, mereka mendapati beberapa biji kotak sabun kosong! Tiada isi. Mereka berasa sangat hairan. Hairan kerana kilang mereka dilengkapi peralatan canggih dan kejadian ini tidak sepatutnya berlaku, Kerana bimbangkan reputasi mereka akan terjejas maka pihak pengurusan telah bersetuju untuk menubuhkan satu jawatankuasa untuk mengelakkan perkara ini daripda berulang.

Maka terhimpun segala bijak pandai. Para perunding cara dipanggil, ditanya pendapat mereka. Sesi ‘brainstorming’ dilakukan dan hasilnya mereka menghasilkan satu laporan dan mencadangkan satu tindakan yang bernilai jutaan ringgit. Bagi mereka, pelaburan begini sangat berbaloi asalkan pelanggan mereka berpuas hati dan tiada sebarang aduan terhadap perkhidmatan mereka.

Cadangan jawatankuasa tersebut diketahui oleh seorang juruteknik berpangkat rendah di kilang tersebut. Pelik dengan cadangan tersebut dia bertanya kepada salah seorang ahli jawatankuasa tersebut.

“Bukankah lebih mudah kita pasangkan kipas angin yang berkuasa tinggi dan tujukan pada kotak-kotak sabun tersebut? Yang kosong pasti akan terbang melayang”

Mendengar kata-katanya itu, ahli jawatankuasa tersebut terus membawa juruteknik tersebut berjumpa dengan ketuanya.

3 comments:

9w2yvf - VF @ Yusairi Tuesday, March 04, 2008 1:35:00 PM  

Salam Sunardi,
Sudah dua orang anak kau yer, fateh dan faiq. Tahniah.
thanks for message aku dalam YM ttg address blog kau. aku dah update URL kau dalam Blog list aku di http://yusairi.blogspot.com

regards,
yusairi/boye.

9w2yvf - VF @ Yusairi Tuesday, March 04, 2008 1:38:00 PM  

good motivation story.
simple & menarik.

Zampeada Thursday, March 06, 2008 9:45:00 AM  

di sini ghopenyer teratak ko... sedar tak sedar... tuh dia... 2 org dah anak... maju maju... hehehe...

Jumlah Pelawat

About This Blog

  © Blogger template 'Blue Greens' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP