Cerita-cerita P. Ramlee : Kesedaran Pentingnya Menjadi Kaya!
Akhir-akhir ini saya cukup gemar menonton cerita-cerita P. Ramlee. Walaupun banyak kali telah saya tonton, namun tetap menhiburkan. Ceritanya tetap terasa segar dan mencuit hati. Antara cerita-cerita kegemaran saya adalah Ibu Mertuaku, Antara Dua Darjat, siri-siri Bujang Lapok, siri-siri Labu dan Labi, Madu Tiga, Tiga Abdul dan lain-lain lagi.
Sedarkah anda ada ceritanya yang menyampaikan maksud secara tidak langsung kepada kita? Pentingnya menjadi kaya! Ini disampaikan dalam banyak filem-filem Allahyarham Tan Sri P. Ramlee di Kuala Lumpur sebagai contoh Anak Bapak, Keluarga 69 dan Madu Tiga. Saya hanya ingin mengambil beberapa misalan dalam pentingnya menjadi kaya dalam cerita Madu Tiga.
Betapa mudah En Jamil berpoligami dan dengan mudahnya dia memberikan kemewahan kepada ister-isterinya, Cik Latipah, Cik Hasnah dan Cik Rohani. Rumah besar, kereta sport lengkap dengan pemandunya disediakan. Jamil tidak perlu pening-pening kepala sangat tentang sumber kewangannya iaitu daripada pernigaan hartanah yang diusahakan bersama bapa mertuanya. Yang dipeningkan hanyalah bagaimana untuk meng’auta’ isterinya-isterinya.
Kepada pembaca, bukan maksud saya asal kaya sahaja perlu memasang angan untuk berpoligami tetapi mudahnya kita mencapai apa sahaja yang kita inginkan jika kita kaya. Baik dalam kemewahan dunia, membuat kebajikan untuk bekalan akhirat dan sebagainya.
Cumanya, persoalannya ialah bagaimana untuk menjadi kaya?
Juga, apa ukuran kekayaan itu sebenarnya?
1 comments:
kaya sebenar ialah kaya ilmu, nak capai kenalah menuntut ilmu... :)
Post a Comment