Saya bekerja di pulau bebas cukai iaitu Pulau Labuan. Apabila bebas cukai maka sepatutnya banyak perkara yang patutnya menjadi murah. Realitinya hanya arak, rokok dan kereta sahaja yang murah. Ada satu lagi yang murah yang bermula dengan huruf ’P’. Cubalah teka!
Diringkaskan cerita, ramai orang berasa hairan apabila saya memberitahu mereka saya hanya menyewa beli sebuah kereta Proton Model Saga 1.3cc. Mereka berasakan seorang eksekutif di sebuah syarikat minyak dan gas sepatutnya memiliki kereta yang lebih baik daripada itu. Barulah padan dengan jawatan dan gaji yang saya terima.
Jawapan saya ringkas sahaja. Saya hanya memenuhi keperluan saya sahaja iaitu:
1. Membawa saya dari titik A ke titik B.
2. Melindungi saya dan keluarga saya daripada panas dan hujan.
3. Kenderaan yang muat untuk saya sekeluarga seramai 4 orang.
4. Boleh bawa barang yang sederhana banyaknya.
5. Secara relatif, menjimatkan wang saya untuk bayaran ansuran bulanan, minyak dan kos penyelenggaraan.
Biasanya maklumbalas yang saya terima adalah:
1. “Rugilah kau, tak dapat merasa naik kereta luar”
2. “Alang-alang duduk Labuan, belilah yang bagus sekali”
3. ‘Setakat Proton, jadikan second car lah”
Dan banyak lagi. Saya hanya sambut dengan bisikan hati yang sinis “Kalau korang nak tolong bayarkan semuanya besok gak aku tangkap satu Honda Accord latest punya”. Seperti yang saya nyatakan dalam entry saya sebelum ini, saya sekadar memenuhi keperluan saya. Isteri saya tidak bising-bising malahan anak saya Fateh mencebik tidak setuju bila saya bertanya “Boleh tak abah jual kereta ini?”
Saya dikritik hebat kiri dan kanan, depan dan belakang malah atas dan bawah apabila saya membawa Dr. Zaid Mohamad dari UIA untuk menyampaikan satu ceramah bertajuk ‘Healthy Pocket!”. Saya rasa tak seorang pun setuju dengan apa yang disampaikan olehnya terutamanya apabila dia mengatakan “The most stupid thing to do is buying a car”
Namun kini saya rasakan mereka mula membenarkan kenyataan tersebut apabila ramai yang mengeluh apabila dimaklumkan jumlah cukai yang perlu dibayar tunai untuk membawa kereta keluar dari Labuan. Jiran saya yang menyewa beli Waja dan baru pakai 3 tahun terpaksa bayar cukai yang berjumlahlebih kurang RM15,000 secara tunai. Sampai sekarang keretanya masih tersadai di sini.
Kini saya mencari pembeli kereta saya!
10 comments:
abahfateh, memang benar sekali tanggapan utk org yg keje di kawasan bebas cukai mcm labuan atau langkawi. musti beli keta sbb murah.walaubagaimanapun, kisah warren buffet yg takde kad kredit mahupun handphone boleh juga dijadikan iktibar.orraitt.
betul tue. Jangan lupa boss ikea.. pakai volvo 70an walaupun dah taraf jutawan gila2.
dan para pemimpin terkini... TG Nik Aziz, TG Hadi Awang dan Saudara Lim Guan Eng, mungkin tak kaya harta tapi amanah dalam menjaga harta rakyat.
saya mengaku dah lakukan perkara terbodoh... :)
itulah sebab gua pakai BFP 483 lagi.. haha...
saya insyaallah grad bulan november ni. tapi dah berangan nak beli kereta nih. 4x4 lagi tuh hehehe.
asbab:
1) saya bersama-sama team dakwah lain kerap masuk hutan ke perkampungan orang asli. nak kena ada la benda alah ni.
2) saya orang kelantan. tunang saya orang johor. (alasan nak beli kereta hahahah)
saudara ashraf, jika ada keperluan maka belilah yang bersesuaian dengan keperluan itu. Cumanya, ambillah keputusan dengan bijak. Mungkin new branded bukan pilihan.. apa kata consider second hand?
4x4 mahal di semenanjung, kalau diesel, cukai jalan dan insuran mencecah ribuan.pendek kata, kenalpasti keperluan anda dan ambil tahu kos yang terlibat ketika nak beli dan juga kos pada masa hadapan.
apa kata bulan november nie kita berbicara semula tentang hal ini :).?
I wanted to buy a lavish car just for the sake of having a lavish car...
got shot down tho..by abah.. haha (I guess, a good thing too huh?)
so, am waiting for my proton BML to come out soon (haha, so much of hating proton.. skali beli gak proton daaa~) cos my Kancil nyawa2 ikan sudeyy... LOL
amal, tak dapat bayang muka abah amal masa tue... hehehe.
cuba post kenapa beli kereta perkara bodoh nak dilakukan nanti.. Insya-Allah. Tengah musim PPA.. paham2 jelah.
abahfateh...
setuju dgn abahfateh..buat apa nak beli kereta besar-besar..cukup lah hanya utk kegunaan kite saje..
saya akan ditukarkan kelabuan julai ni..plan pun nak cari kereta murah cukup utk kegunaan keluarga saje..
nashadi
salam, abahfateh
saya tertarik dgn pendapat anda tentang kereta, pakai je yg murah tetapi berguna, lagi pun kereta pun turun nilai..
anyway, saya pun akan kerja dan berpindah ke Labuan bulan december ini, tengah surf internet cari rumah kat Labuan, terjumpa blog anda...
saya pun ada kereta proton saga 1.3, belum habis bayar lagi, fikir2 nak bawak je ke sana (Labuan) tak payah beli..apa pendapat abahfateh...memang saya tak mahu beli baru dgn loan sebab tak mampu dan tak suka lagi pinjam bank...
p.s. ada maklumat tentang rumah / apartment sewa tak...
Post a Comment