Abahfateh : { batuk yang sangat berat }
Fateh : Abah batuk?
Abahfateh : A’ah nak, Abah batuk.
Fateh : Abah sakit?
Abahfateh : A’ah nak. Abah tak sihat.
Fateh : Abah nak ubat? Fateh ambikkan eh?
Abahfateh : Takpelah. Abah dah makan tadi.
Fateh : Ooohhhh. Fateh ambikkan minyak eh?
Abahfateh : Yelah. { bersambung lagi batuk yang berat } Itulah dialog ringkas saya dengan anak saya. Memang dah lama saya batuk, dekat tiga minggu, Baru sekarang kurang sedikit. Alhamdulillah. (banyak dosa, peringatan dari Allah)
Kesan daripada kasih sayang, anak kecil pun ingin memberikannya dengan cara mereka. Kita perlu hargainya biar sekecil manapun cara mereka mengekspresikannya. Cumanya kadang-kadang kita tidak berlaku adil dengan mereka. Kerana kepenatan kita atau tekanan yang kita hadapi, kita tidak nampak atau mungkin marah mereka dan mereka menjauh daripada kita. Lebih teruk lagi, ia mencorakkan sifat mereka.
Hargai kasih sayang yang diberikan dan jangan lupa berikan kasih sayang kita kepada orang yang berada di sekitar kita. Selagi mereka ada, jangan dipersiakan mereka.
4 comments:
AbahFateh, sememangnya musim batuk, juga di Semenanjung bah..Ada pepatah, jika si bapa tersepak cawan di tgh rumah, anak disalahkan kerana tdk letak cawan ditempatnya, jika anak tersepak cawan , dikatakan anak tak hati2. Anak shj yg nampak salah..bolehlah sama-sama muhasabah diri.
salam sunardi,
aku betul2 terharu dengan dialog yang kau kepilkan. pada masa ini aku sendiri kena prihatin dan fokus terhadap ayah aku yang baru diketahui kanser paru2. lambat detect tapi dah di stage 4. semalam baru lepas jalani rawatan kimoterapi 2nd cycle. apapun, your words mmg memberi makna kpd aku.
pasal kes keperluan kereta, aku setuju dengan pendapat kau. mereka semua ada pandangan masing2. yang penting kau bahagia dengan keluarga sudah memadai.
ok bro, take care.
regards,
yus-uum
Wah prihatinnya anak mu..
Semoga anda akan sentiasa sihat..
syamsul : musim ke sekarang? no wonderlah. anak ni saya umpamakan seperti kain kapas yang tebal. kalau dah renyuk tu, bukan senang nak dilicinkan semula. Suhu seterika tue pergi maksimum.
yusairi : sabarlah. kita di dalam keadaan yang sama. Sekurang-kurangnya ayah kau ada di sisi. Banyakkan berdoa di samping usaha.
zool : welcome! anak-anak. tak terjangka sikap mereka kadang2.
Post a Comment