Friday, March 28, 2008

Siri Motivasi : Bapak Borek Anak Rintik

Saya terima 6 set kartun yang menarik daripada kerani saya, Nadzirah melalui e-mel. Terima kasih. Yang paling saya tertarik adalah kartun anak singa ini. Kartun ini mengingatkan saya kepada 3 perkara;

1. Filem Lion King.

Antara filem kartun yang saya tonton di panggung. Filem kartun yang berjaya menjentik-jentik hati saya dengan pelbagai emosi. Gembira, sedih, terharu, lucu dan sebagainya. Ia antara filem kartun yang ingin saya tonton semula.

2. Kita dahulu tidak sabar ingin dewasa.

Sebarang penafian? Apabila umur kita dahulu menginjak remaja sahaja kita ingin cepat menjadi dewasa. Kita kagum dengan pakaian mereka, tuturkata mereka, penampilan mereka dan sebagainya. Maka kita cuba meniru mereka.

Jika ada anak dalam peringkat umur sebegini, biarkan mereka kerana ini sebahagian daripada proses pembentukan peribadi mereka. Sebagai ibubapa atau orang sekeliling mereka, pastikan mereka meniru yang positif.

3. Kita sendiri sebagai contoh utama (role model)

Jangan lupa kita juga punya pengaruh ke atas anak-anak ini. Saya percaya dalam kotak ingatan anda ada beberapa individu yang mempunyai pengaruh ke atas hidup anda. Sekumpulan individu yang membentuk peribadi kita dan mempengaruhi cara hidup kita. Ambillah pen dan tuliskan nama mereka, hubungan mereka dan apakah perkara yang mempengaruhi hidup anda secara positif atau negatif. Jangan terkejut dengan senarai tersebut, itu mungkin di bawah minda sedar anda. Yang di bawah minda separuh sedar?

Oleh itu, tanggungjawab kita sebenarnya menjadi contoh yang baik kepada anak-anak kita terutamanya dan anak-anak orang lain juga. Saya pun punya tabiat yang kurang elok dan selalu ditegur isteri. Hehehe, kadang-kadang sengaja saya buat untuk mengusiknya.

Selalulah beringat, tindak-tanduk kita, perkataan kita diperhatikan dan ditiru oleh anak-anak yang berada di sekeliling kita. Kerana itu ada bidalan Melayu mengatakan ”Bapak borek anak rintik!” Mungkin kerana itu sampai hari ini saya sukar membuang janggut dan misai saya. Almarhum bapa saya juga berjanggut dan bermisai tambahan isteri saya pun tak berapa suka muka saya ’bersih’, kurang ’handsome’ dan kelakar katanya. :)

2 comments:

syamsul Friday, March 28, 2008 12:42:00 PM  

AbahFateh, Dulu kita guna Kepimpinan Melalui Teladan diikuti dgn Demokrasi Terpimpin dan la ni tak tau la apa pula tagline yg sesuai..tk

Anonymous Friday, March 28, 2008 2:46:00 PM  

sekarang term yang dipakai adalah 'role modelling'.

zaman p. ramlee; 'demokrasi terpimpin' (tiga abdul)

Jumlah Pelawat

About This Blog

  © Blogger template 'Blue Greens' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP