Pilihanraya oh Pilihanraya
Saya cuba beberapa kali memberi komentar tentang PRU12. Tentang keputusannya, tentang sentimennya dan beberapa komen ringkas. Namun, taip satu perenggan, padam. Taip satu ayat, padam. Terasa apa yang ingin disampaikan sudah disampaikan dalam media yang lain.
Apapun, PRU12 kali ini menepati beberapa ramalan dan harapan saya iaitu:
- Parti Be End dinafikan majoriti 2/3 di dalam Dewan Rakyat.
- Jatuhnya beberapa buah negeri ke tangan Barisan Alternatif / Barisan Rakyat. (Kedah menepati ramalan, Terengganu dan Perlis tersasar daripada ramalan.)
- Tersungkurnya ramai Pak Menteri, Timbalannya dan yang lain-lain.
- Penurunan majoriti yang ketara. Pak Lah pun dapat 11,000 majoriti sahaja.
- Penafian majoriti 2/3 di banyak Dewan Undangan Negeri.
Kejutan dari PRU12 untuk saya:
- Rafidah Aziz tak kalah.
- Kemenangan besar PAS di Kelantan (alhamdulillah)
- PAS hanya menang 8 kerusi DUN di Terengganu.
- Jatuhnya Selangor, Perak dan Pulau Pinang ke tangan Barisan Alternatif/Barisan Rakyat.
- Jatuhnya beberapa kerusi Parlimen dan DUN ke tangan Barisan Alternatif/Barisan Rakyat di Johor
4 comments:
memang menarik pasca pru12 kali ini.
apabila raja-raja melayu menunjukkan kuasa mereka dalam mengimbangi gelagat ahli politik di beberapa negeri.
nampaknya di malaysia, kita ada 4 check and balance platform.
1. parlimen
2. eksekutif
3. kehakiman
4. majlis raja-raja
betul tu pakdi. Tapi sedih mereka yang kununnya membela orang melayu dan taat setia kepada institusi diraja sendiri tidak patuh kepada keputusan sultan.
tapi itupun fungsi institusi diraja.
suka aku rafidah aziz tak dipilih. tidur lena aku malam tadi... huhuhuh...
zampeada, hang ada kes ke dengan makcik sorang tue?
Post a Comment