Kisah Mat Bangla
Tempoh hari saya nampak tiga orang warga
Tempoh hari juga ketika saya sekeluarga membeli barangan keperluan dapur di sebuah pasar besar, beberapa orang Mat Bangla juga sedang sibuk menjual kain-kain di gerai-gerai kain. Saya kurang pasti samada mereka pekerja atau pemilik.
Beberapa minggu yang lalu, saya nampak seorang lagi Mat Bangla dengan motorsikal junjung kain dan permaidani kecil mencari bakal pelanggan. Singgah dari rumah-rumah ke rumah. Sasarannya suri rumah yang ingin dapatkan kain atau permaidani baru tapi malas hendak mencarinya di kedai terdekat. Tetapi saya tahu Mat Bangla itu dulu pernah berjalan kaki dan juga berbasikal membuat perkara yang sama.
Beberapa tahun yang lalu, kita, rakyat Malaysia pernah perli-perli Mat-Mat Bangla ini dengan ‘baru-lama?’ ataupun ‘hijau-merah?’
Saya kira majoriti rakyat
Daripada satu segi, saya pengkagum Mat Bangla. Saya kagum dengan semangat juang mereka yang tinggi dan sikap tidak kisah mereka. Sikap tidak kisah mereka itu yang paling mengkagumkan saya.
Mereka tidak kisah naik basikal ke tempat kerja jika itu dapat menjimatkan wang mereka supaya dapat disimpan dan dibawa balik ke
Mereka tidak kisah berpeluh-peluh junjung permaidani dan kain asalkan mereka dapat jual dan dapat duit supaya dapat dipos balik ke
Mereka tidak kisah jadi kuli orang, asalkan mereka tahu apabila mereka pulang ke
Mereka juga tidak kisah apabila orang
Kerana sikap sinikal kita kepada Mat Bangla ini maka kita tidak dapat mencontohi sikap mereka yang positif ini.
Kerana ambil kisah cakap orang maka terbeli juga kereta yang di luar kemampuan kita.
Kerana ambil kisah cakap orang maka terubahsuai juga rumah yang sebenarnya sudah cukup selesa untuk kita sekeluarga.
Kerana ambil kisah cakap orang maka kita lebih tumpukan
Kerana ambil kisah cakap orang maka kita mulakan pernigaan dengan berhutang sebanyak-banyaknya sedangkan kita belum pun mulakan perniagaan.
Kerana ambil kisah cakap orang maka kita terjebak dengan benda-benda yang tidak sepatutnya. Main golf contohnya kerana takut bukan sebahagian daripada
Dan banyak lagi… Lu Pikirlah Sendiri (Nabil Ahmad)
Tidak salah dengar cakap orang, tapi terima cakap orang bulat-bulat tanpa sebarang rasionalisi itu tanda mereka sanggup ditipu diri sendiri.
Oh ya! Tanpa sedar kita dah terlampau bergantung pada Mat-Mat Bangla ini. Tanpa mereka pasti kontraktor kita pening kepala hendak cari tenaga kerja. Lebih teruk lagi, tandas awam mahupun pejabat mahu jadi lebih haru biru daripada apa yang kita ada sekarang.
Agaknya, kalau mereka ambil kisah sangat dengan cakap orang, apa akan jadi dengan kita?
7 comments:
salam abahfateh, setuju sangat...bila kita tengok mcm gini...kenapalah ada org miskin lagi kat msia...kalau bangla bole hidup, kenapa bukan kita? so jawapannya kita ni MALAS berusaha...kalau kita betul2 berusaha pasti akan berjaya kan...lagi2 kita memang warga yg halal
salam arsaili.... MIM AlIF LAM SIM tu memang dah jadi barah orang melayu.
kita suka tengok orang lain berjaya kemudian puji kejayaan itu tanpa melihat kenapa orang itu berjaya.
abahfateh
2 orang pekerja Bangla suami saya paling kerap menyebut " Baik Boss". Suruhlah buat apa saja...tetapi kena diterangkan dengan jelas.
Lagi satu mereka tidak merokok... makan nasi banyak kerana ikut cerita dia, waktu kecik2 memang dipaksa makan nasi banyak2 supaya kuat bekerja....nasi saja dengan kuah kari...tak pandai makan udang, ketam, sotong atau pun ayam.
setuju...
dorg mmg keje kuat...
bulih hidup even gaji kecik je..
hantar kampong duit lagi byk cm yg kite bagi kat mak ayah kite..
cik Kujie - ooo baru tahu fi'il orang bangla. Tentang makan nasi banyak2 itu saya kira satu pembinaan kepercayaan untuk mereka.
chekgu - ada sesetengah daripada kita pun tak hantar duit pun. Minta lagi adalah.
'Saya kira majoriti rakyat Malaysia punya pandangan yang sinikal mengenai Mat-Mat Bangla. Dalam entri saya kali ini, ketepikanlah dulu hal-hal yang berkaitan dengan halal haramnya mereka di Malaysia ...'
Jangan sisnikal sangat dengan pekerja asing kat negara kita yang datang demi sesuap nasi di sini. Syukurlah nenek moyang kita sudah berhijrah lama dulu ke Malaya. Kalau tidak, nasib kita pun belum tentu. Mungkin kita di antara PATI yang dikejar-kejar anggota keselamatan ketika baru mendarat dengan tongkang di perairan Malaysia, setelah menjadi mangsa tipu agensi pekerja haram di negara asal.
Kedatangan mereka secara haram itu, memang salahlah. Itu cerita lain yang menjadi tanggungjawab bapak menteri, kementeriannnya, jabatannya,dan agensinya...
Kita....tak kira Melayu,Cina,India,Ceylonese,Portugis,keling, mamak ,malbari atau apa darah sekalipun....benarkah nenek moyang kita betul-betul penduduk asli yang berasal dari MALAYA sejak awal?
cklah - kita bercakap mengenai apa persamaan yang ada di antara kita dan mereka iaitu emosi, jasmani dan rohani.
saya kira yang betul-betul penduduk asal adalah mereka yang berambut kerinting halus dan duduk di hulu perak, ulu selangor, tanah tinggi titiwangsa dan sebagainya.
salah satu teori dari mana asalnya melayu ini adalah dari 'imigran' dari tanah besar cina juga.
apapun, saya bersyukur almarhum datuk saya berhijrah dari tanah jawa ke tanah melayu lebih kurang 80 tahun dahulu. ada di kalangan saudara saya ambil inisiatif menjejak susur galur dan insaf sekembalinya pulang ke tanah air. Kebanyakan mereka lebih miskin daripada orang miskin di Malaysia.
Syukur di atas rezeki yang Engkau berikan.
hmmm... terpanjang pula balasan komen ini. :)
abahfateh
Post a Comment