Showing posts with label keluarga bahagia. Show all posts
Showing posts with label keluarga bahagia. Show all posts

Wednesday, January 13, 2010

Fotografi Makanan - Kek Keju New York

Salah satu status yang saya paparkan di dalam Facebook saya adalah mengenai menikmati sepotong kek kaju blueberry dan secangkir kopi pahit cap 434 yang terkenal itu. Oleh kerana saya gagal mendapatkan jem blueberry maka isteri kesayangan telah menukarnya kepada kek keju new york. Tetapi bukanlah saya ingin bercerita mengenai cara-cara membuatnya, itu saya serahkan kepada isteri saya untuk berkongsi di laman blognya, saya ingin berkongsi bagaimana kami berkongsi saat menyeronokkan melalui minat masing-masing. Apabila kek siap, adakah sampai di situ sahaja iaitu saya merasanya dan memberi ulasan?


Kali ini saya cuba untuk mengambil gambar makanan (food photography) dan ini merupakan kali pertama saya melakukkannya.
Berbekalkan kamera dan mobile softbox yang saya beli di MyFotozone saya mula menembak dengan fasiliti yang terhad. Kek diletak di atas kerusi kecil yang dialas dengan pelapik meja. Prop tambahan adalah secawan kopi dan
bunga kertas yang dipetik di halaman rumah saya. Hasilnya seperti di atas.

Apa yang lebih menyeronokkan adalah kami sekeluarga bersama-sama menikmati petang tersebut. Anak-anak sibuk bertanya bila agaknya saya selesai mengambil gambar kerana ingin makan bersama-sama manakala isteri tidak jemu melayan kerenah anak-anak. Agaknya inilah seronoknya ambil gambar makanan, lepas bergambar boleh terus makan.


Kek keju
new york isteri saya? Selepas dua percubaan, kali ini saya berikan dua 'thumbs up' kepadanya. Errrr, nak order tak?

Friday, March 28, 2008

Siri Motivasi : Bapak Borek Anak Rintik

Saya terima 6 set kartun yang menarik daripada kerani saya, Nadzirah melalui e-mel. Terima kasih. Yang paling saya tertarik adalah kartun anak singa ini. Kartun ini mengingatkan saya kepada 3 perkara;

1. Filem Lion King.

Antara filem kartun yang saya tonton di panggung. Filem kartun yang berjaya menjentik-jentik hati saya dengan pelbagai emosi. Gembira, sedih, terharu, lucu dan sebagainya. Ia antara filem kartun yang ingin saya tonton semula.

2. Kita dahulu tidak sabar ingin dewasa.

Sebarang penafian? Apabila umur kita dahulu menginjak remaja sahaja kita ingin cepat menjadi dewasa. Kita kagum dengan pakaian mereka, tuturkata mereka, penampilan mereka dan sebagainya. Maka kita cuba meniru mereka.

Jika ada anak dalam peringkat umur sebegini, biarkan mereka kerana ini sebahagian daripada proses pembentukan peribadi mereka. Sebagai ibubapa atau orang sekeliling mereka, pastikan mereka meniru yang positif.

3. Kita sendiri sebagai contoh utama (role model)

Jangan lupa kita juga punya pengaruh ke atas anak-anak ini. Saya percaya dalam kotak ingatan anda ada beberapa individu yang mempunyai pengaruh ke atas hidup anda. Sekumpulan individu yang membentuk peribadi kita dan mempengaruhi cara hidup kita. Ambillah pen dan tuliskan nama mereka, hubungan mereka dan apakah perkara yang mempengaruhi hidup anda secara positif atau negatif. Jangan terkejut dengan senarai tersebut, itu mungkin di bawah minda sedar anda. Yang di bawah minda separuh sedar?

Oleh itu, tanggungjawab kita sebenarnya menjadi contoh yang baik kepada anak-anak kita terutamanya dan anak-anak orang lain juga. Saya pun punya tabiat yang kurang elok dan selalu ditegur isteri. Hehehe, kadang-kadang sengaja saya buat untuk mengusiknya.

Selalulah beringat, tindak-tanduk kita, perkataan kita diperhatikan dan ditiru oleh anak-anak yang berada di sekeliling kita. Kerana itu ada bidalan Melayu mengatakan ”Bapak borek anak rintik!” Mungkin kerana itu sampai hari ini saya sukar membuang janggut dan misai saya. Almarhum bapa saya juga berjanggut dan bermisai tambahan isteri saya pun tak berapa suka muka saya ’bersih’, kurang ’handsome’ dan kelakar katanya. :)

Tuesday, March 25, 2008

Siri Motivasi : Anak Kecil Pun Prihatin!


Abahfateh : { batuk yang sangat berat }
Fateh : Abah batuk?
Abahfateh : A’ah nak, Abah batuk.
Fateh : Abah sakit?
Abahfateh : A’ah nak. Abah tak sihat.
Fateh : Abah nak ubat? Fateh ambikkan eh?
Abahfateh : Takpelah. Abah dah makan tadi.
Fateh : Ooohhhh. Fateh ambikkan minyak eh?
Abahfateh : Yelah. { bersambung lagi batuk yang berat }

Itulah dialog ringkas saya dengan anak saya. Memang dah lama saya batuk, dekat tiga minggu, Baru sekarang kurang sedikit. Alhamdulillah. (banyak dosa, peringatan dari Allah)

Kesan daripada kasih sayang, anak kecil pun ingin memberikannya dengan cara mereka. Kita perlu hargainya biar sekecil manapun cara mereka mengekspresikannya. Cumanya kadang-kadang kita tidak berlaku adil dengan mereka. Kerana kepenatan kita atau tekanan yang kita hadapi, kita tidak nampak atau mungkin marah mereka dan mereka menjauh daripada kita. Lebih teruk lagi, ia mencorakkan sifat mereka.

Hargai kasih sayang yang diberikan dan jangan lupa berikan kasih sayang kita kepada orang yang berada di sekitar kita. Selagi mereka ada, jangan dipersiakan mereka.

Jumlah Pelawat

About This Blog

  © Blogger template 'Blue Greens' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP