Showing posts with label puisi. Show all posts
Showing posts with label puisi. Show all posts

Thursday, October 8, 2009

Ke Makam Bonda

Ke Makam Bonda

Kami mengunjungi pusara bonda
Sunyi pagi disinari suria
Wangi berseri puspa kemboja
Menyambut kami mewakili bonda

Tegak kami di makam sepi
Lalang-lalang tinggi berdiri
Dua nisan terkapar mati
Hanya papan dimakan bumi

Dalam kenangan kami melihat
Mesra kasih bonda menatap
Sedang lena dalam rahap
Dua tangan kaku berdakap

Bibir bonda bersih lesu
Pernah dulu mengucupi dahiku
Kini kurasakan kasihnya lagi
Meski jauh dibatasi bumi

Nisan batu kami tegakkan
Tiada lagi lalang memanjang
Ada doa kami pohonkan
Air mawar kami siramkan


Senyum kemboja menghantar kami
Meninggalkan makam sepi sendiri
Damailah bonda dalam pengabdian
Insan kerdil mengadap Tuhan

Begitu bakti kami berikan
Tiada sama bonda melahirkan
Kasih bonda tiada sempadan
Kemuncak murni kemuliaan insan

Oleh Sasterawan Negara
Usman Awang (1955)

Tuesday, August 18, 2009

Warna-warna Masa Hadapan





Kitalah yang melakar corak-corak
di atas helaian kain-kain putih ini

Kitalah yang mewarnai jiwa-jiwa
pewaris masa hadapan

Hitam? Putih?
atau
Kelabu?

Sunardi M
17 Ogos 2009
MASUDINI

Nota:
Terima kasih Saudara Khairil Faizi/Torque atas jemputan untuk mengambil gambar di Hari Terbuka Tadika Little Tots. Masih banyak yang perlu diperbaiki.

Jumlah Pelawat

About This Blog

  © Blogger template 'Blue Greens' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP