Kenduri Selesai, Dapur Berasap Lagi
Jika saya seorang pelajar sekolah sekarang, pasti saya sedang termenung sedih mengira baki cuti yang ada sebelum sekolah dibuka semula dan terpaksa belajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris.
Jika saya seorang yang menerima banyak jemputan perkahwinan pasti saya akan tersenyum girang memikirkan tidak perlu mengeluarkan ongkos untuk salam kaut nanti.
Dilema kenduri perkahwinan. Antara memenuhi keperluan agama ataupun memenuhi jangkaan orang di sekeliling kita?
Agama Islam menganjurkan agar sesuatu majlis perkahwinan itu dibuat secara sederhana dan berdasarkan kepada kemampuan pasangan dan juga keluarganya. Tujuannya adalah untuk meraikan pengantin dan juga sebagai satu hebahan umum kepada masyarakat bahawa lelaki dan perempuan ini sudah pun berkahwin. Moga-moga fitnah dapat dielakkan dan dapat membina satu komuniti yang jauh daripada anasir fitnah dan mengadu domba.
Bagaimana ia harus dilakukan? Maka terpulanglah kepada keluarga kedua mempelai itu. Biasanya ia bermula dengan keluarga mempelai mula membanding-bandingkan kenduri kahwin di kejiranan mereka atau yang dianjurkan oleh ahli keluarga mereka yang lain. Oleh kerana orang Melayu ini punya satu penyakit iaitu tidak boleh tengok orang lain lebih, maka sentiasalah dilebih-lebihkan apa yang orang terdahulu tidak buat. Bermula dengan majlis yang serba sederhana maka ia berakhir dengan majlis yang gilang-gemilang, besar-besaran, meriah, mesti ada pelamin, kad kahwin mesti cantik dan sebagainya.
Sehubungan dengan itu, ia menjadi budaya orang Melayu, kenduri kahwin harus besar-besaran, biarlah berhutang asalkan orang tidak mengata kemudian hari. Pengantin kerjanya eksekutif, ibu dan bapanya kerja kerajaan pangkat pegawai namun kendurinya kecil-kecilan sahaja. Kedekut sungguh mereka.
Bukan orang kaya atau kelas pertengahan yang berbuat begitu. Golongan bawahan pun begitu juga. Alasannya inilah anak kita. Biarlah aku bergolok gadai jual tanah, cagar rumah agar anak aku bahagia. Biar orang tahu aku pun mampu buat kenduri kahwin yang serba meriah.
Akhirnya, anak sudah berbaris, hutang di bank belum juga langsai-langsai. Ingat babak suami isteri bergaduh dalam cerita Bujang Lapok? Tan Sri (Dr) P. Ramlee sudahpun melihat perkara ini jauh ke hadapan. Sayangnya, kita hanya gelak sahaja tanpa mengambil pengajaran dan tindakan daripada isu tersebut.
Orang kita memang suka ambil kisah apa kata orang. Kerana takutkan orang mengata kita maka kita pun cubalah sedaya upaya memenuhi jangkaan orang ramai. Biar pape asal bergaye, kata orang Perak. Pelamin kena berhias cantik, baju pengantin mesti songket Terengganu, hidangan catering mestilah yang standard dan terkenal chef yang memasaknya dan sebagainyalah.
Mengapa sibuk
Kenduri kahwin biarlah dirancang mengikut kemampuan masing-masing. Kalau mampu kad jemputan RM5, buatlah. Tidak mampu, tempah kulit kad dan fotostat sahaja isi dalamnya cukuplah. Saya dulu begitulah, fotostat sahaja kemudian upah anak-anak kawan ikatkan ia ke kulit kad.
Mungkin anda salah seorang yang terjebak dalam hal-hal ini.
Yang sudah itu sudahlah. Past is past bak kata orang putihnya. Kalau anda dah terambing pinjaman peribadi itu, berusahalah untuk melangsaikannya. Yang penting jangan kita ulang apabila tiba masanya untuk anak kita. Nasihatkanlah dia buat kenduri biarlah ikut kemampuan. Kita sebagai ibu bapa pun janganlah lebih kuah daripada sudu.
Kalau tidak mahu mengalah juga menabunglah daripada sekarang untuk perkahwinan anak-anak anda. Berbaloikah? Lu Fikirlah Sendiri (Nabil Ahmad)
Dalam hal sibuk hendak ambil kisah apa orang lain cakap, biarlah saya berikan kata-kata yang saya selalu saya beritahu isteri saya berulang-ulang kali. “Kalau orang itulah yang beri kita duit belanja keluarga kita setiap bulan, baru kita dengar cakap dia. Kalau tidak, dengar sahaja. Yang baik kita ambil, yang buruk kita tinggalkan.”
Baca juga:
Rasa-rasa macam tidak mahu berkahwin kerana kekangan duit? Kliklah di sini.
4 comments:
Saya ada 10 beradik. Dah 10 kali bapa saya buat majlis walimah. tapi tak pernah sekali pun ada pelaminan di rumah bapa saya, kerana kami semua memang tak teringin bersanding manding bagai...
Apa orang kata? Memang saya sendiri pernah engar tetamu menegur bapa pada majlis walimah adik yang ke 10.
"Apalah ustaz ni, anak semua lulus unibersiti. Dapat menantu pangkat besor2. Kenduri macam kenduri aruah je. Tak de kompang. Tak de karaoke"
Kalau nak puaskan hati semua tetamu....(walaupun tak ada sanding, tetamu bapak mencecah 2000 orang juga)...alamat lepas kawin melopong menanggung hutang lah kot....
Dalam 10 anak tu, katil pengantin hanya beli 3 kakli, sebab anak perempuan bapak ada 3. Yang lain, recycle je....ada jiran kata kami kedekut...he..he..
pssst: tapi....sampai rumah besan bapak, ada antara kami yang kena paksa sanding. Termasuklah saya....kalau tengok gambarnya, sebijik macam wayang Cina....
Selalunya pergi pengajian, kelas2 agama, usrah dan sebagainya..InsyaAllah kita akan mendapat peringatan dan panduan juga nasihat dari guru².
Susah nak betulkan tangapan dan adat resam yang dipusakai turun temurun andai tak punya kekuatan untuk "melawan arus"..apatah lagi kita manusia yang sentiasa lemah...
Hal2 majlis perkahwinan bukan membabitkan diri kita dan keluarga kita tetapi seluruh kaum keluarga dan jiran tetangga..sekampung , tentunya berbagai hal yang cuba kita terapkan atau amalkan tidak semua difahami...yang penting keseluruhan masyarakat yang perlu berubah fikiran dan kesedaran.
bertegas atau nanti di cop 'ikut kepala sendiri' juga akan diboikot dgn jiran tetangga, dgn saudara mara sendiri..ada kes spt ini.
Berpada-pada cukuplah...bersederhana moga dpt menyenangi hati kebanyakkan pihak sebab majlis selalunya dibuat untuk sahabat, jiran dan saudara mara.
org ckp ukur baju dibadan sendiri laa..
kalau sayela, saye nk buat meriah tpi terkawal bajet..
kalau bulih, biar praktikal dan bermakna utk hadirin. Bukan ape, kawen (kalau bulih) sekali seumur hidup.
cume kene beringat je laa...bersederhana, ikut kate kakjie kat atas nih.
saye nk bersanding, tp janji ade je.. :P
Kad kawen?? nntila pikir...hehe
Salam untuk Tuan rumah..
selamat kenal!
Kelakar baca komen Cklah..
..biasa lah CKlah..
saya kahwin kat obesea..
Suami keluarkan US200 untuk beli lauk pauk yang dimasak secara gotong royong.
Pak arab, mak arab, mak itam, melayu and so on yang Islam datang jadi tetamu..
balik malaysia, buat juga kenduri..
Kenduri sambut cucu!!
smile
Post a Comment