Krisis Politik Perak - Pintu Depan Pintu Belakang
Kedudukan Kerajaan Pakatan Rakyat di Perak bagaikan telur di hujung tanduk. Drama yang bermula dengan melompatnya Adun Bota ke PKR kini dalam plot BN Perak sudah mengumumkan bahawa mereka sudah memperolehi majoriti dan boleh membentuk kerajaan negeri. Walaubagaimanapun ini semua bergantung kepada perkenan Tuanku Sultan Perak kerana sebelumnya MB Perak sudah menghadap Tuanku Sultan Perak memohon perkenan baginda untuk membubarkan DUN Perak.
Kini semuanya bergantung di tangan Sultan Perak samada membubarkan DUN agar Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional boleh beradu sebagai anak jantan ataupun memperkenankan penubuhan kerajaan negeri di bawah BN.
Pandangan sisi saya adalah lebih baik dibubarkan sahaja dan biarlah parti-parti ini bertarung macam anak jantan. Satu keadaan yang tidak memihak kepada BN sebenarnya kerana UMNO sedang hangat dengan pemilihan pucuk pimpinan barunya. Silap-silap semua orang UMNO turun ke Perak bukan untuk berkempen untuk BN tetapi untuk melobi dan meng’ehem-ehem’ para perwakilan UMNO di Perak dan silap-silap satu
Perkara kedua adalah sekiranya BN kalah dalam pilihanraya negeri Perak maka ia adalah tamparan hebat kepada bakal PM Malaysia iaitu Tok Jib kerana kalah dalam semua kempen pilihanraya kecil yang diketuainya. Sedikit sebanyak ia akan memberi kesan kepada pilihanraya negeri
Pada hemat saya juga,
Minggu lalu, semua orang BN mengecam Adun Bota kerana melompat parti sehingga ada yang mengatakan dia tidak berprinsip, derhaka, tidak jujur dan khianat kepada kepercayaan rakyat namun nampaknya hari ini BN buat-buat lupa semua itu apabila 3 lagi Adun Perak melompat masuk BN/jadi bebas dan Adun Bota rujuk semula. Saya tidak mahu komen banyak-banyak tentang Anwar Ibrahim kerana beliau juga yang mengepalai usaha memujuk Adun-adun
Esok Tok Jib hendak mengadap Sultan Perak. Mengapa dia? Dia cuma memangku Pengerusi Perhubungan UMNO Perak yang dahulunya dipegang oleh Tajol Rosli (maafkan saya jika tersalah fakta). Ketika BN merampas Terengganu daripada PAS dahulu saya rasa bukan Pak Lah yang menghadap Sultan Terengganu tetapi Idris Jusoh yang mengadap untuk mendapatkan perkenan Tuanku Sultan Terengganu untuk menubuhkan kerajaan Negeri Terengganu walaupun Pak Lah adalah Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu ketika itu. Adun BN Perak lain sudah kecut telurkah atau merasakan ‘self-esteem’ mereka begitu rendah kerana menang dengan ikut pintu belakang?
Saya lebih rela melihat BN kembali menguasai Perak melalui pilihanraya yang bersih.
Baca juga:
3 comments:
dah name umno/BN memang takkan pernah bersih!
sekali ada orang cam nickname "kumbang" kat malaysia ni la selagi tu PR takkan berjaya dunia & akhirat, sebab komen kebudak-budakan. macam la PR tu bersih ye? kehkeh. tuh yang sampai wat demonstrasi "bersih" tu ye sampai kena siram dek air kumbahan pasai menyebabkan semak mata memandang kat bandar KL. bersih sangat la tu ye?
anyway, jangan bising-bising pasal lompat2 nih. bukan ker stail nih dicipta oleh idola anda, anwar ibrahim? jadi kenapa bising pulak ye bila terkena batang idung sendiri. kesian, yang diidamkan persekutuan seperti mat jenin, sudahnya negeri baru ditakluk tak sampai 1 tahun pulak bolos. what a loser.
cuba lagi tahun depan. don't worry, voters will select the "PR" again, bukan sebab diorang suka PR, tapi sebab nak tunjuk protes. tuh je.
kumb@ng - sabarlah, bukan sekali pembangkang kena begini, daripada dulu dah kena - kelantan, sabah dsbnya.
anonymus - saya tak layan orang tak bernama, takut saya jadi tak ber'telur'.
Post a Comment