Selamat Hari Raya Eiduladha 1429H
Assalamualaikum,
Saya kira masih belum terlambat untuk saya sekeluarga mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Eiduladha 1429H. Jika hari raya puasa yang takbirnya tidak sampai 24 jam kita boleh sambut selama sebulan, mengapa tidak hari raya haji yang takbirnya selama 4 hari?
Bagi mereka yang berkorban, semoga ibadah korban anda sampai kepada Allah dengan niat anda yang ikhlas itu. Cumanya saya bosan lagi pada hari raya haji ini. Isi khutbahnya sama sahaja saban tahun. Imbasan semula kisah pengorbanan Nabi Ibrahim alaihissalam dan keluarga baginda. Tidak ada pendekatan yang lebih segar dan dekat dengan masyarakat. Nampaknya para penulis khutbah di jabatan agama sana masih tidak peka dengan peluang yang ada ketika hari raya. Sepatutnya ketika hari raya inilah isi khutbah harus lebih mengingatkan kita akan tanggungjawab dan cabaran yang kita hadapi dewasa ini. Mengapa? Khalayaknya lebih luas kerana para muslimat juga rata-rata hadir di masjid atau surau untuk solat hari raya, maka mesejnya lebih sampai dan tepat kepada sasarannya.
Entahlah, sampai bilalah fenomena ini akan berubah. Para khatib pun janganlah terlampau bergantung kepada teks, buatlah penambahbaikan dengan selitkan dua tiga perenggan yang berkaitan dengan isu utama di tempat tinggal masing-masing.
Salam Eiduladha!
5 comments:
Belum terlambat lagi...
Di sana sini orang masih bertakbir dan membuat qurban.
betul tu..
Kisah Nabi Ibrahim a.s itu memang wajar dikenang, cuma, cara olahan penulis khutbah tu, janganlah macam nak sampaikan kepada orang yang tak pernah dengar cerita itu...
aku tidur gak dengan lena di masjid Big River. hahaha...
1/2 Big River
http://pakdi.my
salam aidiladha utk abahfateh sekeluarga...
cklah - tiada yang tidak benar. Kita perlukan reformasi khutbah!
pakdi - untuk kau, aku tidak hairan sama sekali.
maneje - begitu juga kepada anda.
salah sorang anak ko tu ada potensi, lawan abahnya dlm bab makan2 ni :)
Post a Comment