Selamat Hari Jadi
Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan Abahfateh
Allah selamatkan kamu
Saya ingin jadi orang yang pertama ucapakan selamat harijadi kepada diri saya sendiri. Alhamdulillah. Secara rasminya genap umur saya 30 tahun hari ini. Terasa tuakah saya? Tidak juga, anak-anak masih kecil lagi maka saya sentiasa rasa muda dan kadang-kadang kebudak-budakan kerana mereka.
Cuma kali ini hati saya terdetik, sudah bersediakah saya menghadapi kematian?
Nabi Muhammad sallahualaihiwassalam wafat pada usia 63 tahun. Maka secara adatnya, saya ada 33 tahun sahaja lagi untuk hidup. Mengikut perangkaan, purata umur bagi lelaki
Adakah saya takut mati?
Saya takut mati dalam keadaan saya yang banyak dosanya dan tidak beriman. Namun adakah kerana itu maka saya beribadah sahaja kepada Allah? Sepatutnya tidak, kerana maksud hadis menyebut bekerjalah kamu seolah-olah kamu akan hidup 1000 tahun lagi, dan beribadahlah kamu seperti kamu akan mati esok hari. Saya ingin menikmati hidup ini sebaik-baiknya bersama-sama dengan keluarga saya. Setiap saat saya akan hargai kerana mana tahu, anda mendapat khabar saya sudah dijemput Allah esok hari.
Saya ingin meninggalkan dunia yang fana ini dengan senyuman mengiringi pemergian saya dalam tangisan kesedihan mereka kerana legasi yang dapat dinikmati oleh generasi terkemudian daripada saya.
Selamat harijadi Abahfateh.
Saya sempat lawati BrainHistory.com untuk melihat peristiwa-peristiwa yang berlaku pada 22 November. Antara yang menarik:
2005 - XBox 360 video game is released by Microsoft
1990 - Margaret Thatcher announces her resignation as British Prime Minister
1989 - Conjunction of Venus, Mars, Uranus,
1978 – Abahfateh was borned in Tanjung Karang,
1967 -
1963 - John F Kennedy, 35th President (1961-63), assassinated in
1958 - Jamie Lee Curtis, born in
1930 - Elijah Muhammad forms Nation of Islam in
1617 - Ahmed I, 14th sultan of
1247 - Robin Hood, dies (from "A Lytell Geste of Robyn Hood")
Tidak saya sangka sama sekali, mereka ada rekod tarikh kematian Robin Hood.
10 comments:
uwahh... sudah tua ya kamu...
Pak yang masih muda
http://pakdi.my
Selamat Hari Jadi, Abahfateh :)
Sudah masuk the 30s club..hehehe..
Saya teens lg :P
welcome to the club... hahahaha.. aku pun br join..
selamat hari lahir!!!
huhu...
semakin matang, semakin taat mentaatiNya...
selamt menjangkau 30-an ye AbahFateh!
Serius, nampak masih muda lagi hehehe
pakdi - usah kau berasa muda lagi...
mama shazzy - takpe.. sekadar nombor? yang penting kita hargai apa yang ada..
zal, doha - rizal hamdan ke nie?
chekgu - insya-allah... harap tidak lupa kepadaNya
ashraff - terima kasih di atas 'compliment' itu... huhuhu malu.
Ke MPH tadi, dan buku Travelog Dakwah sudah ada di pasaran :)
Selamat ulangtahun kelahiran..masih muda.
moga ditetapkan iman, sihat tubuh badan, kesenangan harta benda juga dipermudahkan segala urusan
salam
selamat hari lahir!!!
moga dimurahkan rezeki hendaknya... :)
kujie dan manje - terima kasih di atas doa yang dititipkan
Post a Comment