Friday, May 2, 2008

Halal oh Halal (Bahagian 2)

Belum pun isu halal di hotel 5 bintang sejuk, kini kerajaan telah memindahkan satu fungsi JAKIM iaitu kuasa mengeluarkan sijil halal ke sebuah yang baru ditubuhkan. Artikel ini saya petik di UnivervitiPTS oleh Puan Ainon Ahmad.

Secara peribadi, saya runsing dan bimbang kerana apabila sesuatu fungsi sudah diperbadankan dan mempunyai unsur-unsur meraih keuntungan maka maruah agama dan umat Islam itu akan tercemar. Jakim yang selama ini langsung tidak diberi kuasa untuk mengambil tindakan terhadap 'halal palsu', maka dengan adanya perbadanan seperti ini, akan adakah kuasa tersebut?

Abahfateh
===================

Buku Halal

PTS hanya menerbitkan buku-buku yang syariah-compliant.

Kita berangan-angan, suatu hari nanti PTS berjaya mendapatkan sijil dan logo "HALAL" dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi dicetak pada cover depan buku-buku PTS.

Apabila logo HALAL dapat dicetak pada cover buku-buku PTS, khususnya buku-buku novel remaja, ia dapat menambahkan lagi keyakinan pelanggan terhadap darjah keselamatan buku-buku itu apabila dibaca oleh remaja. Ini akan menjadikan buku-buku PTS amat dipercayai oleh guru-guru dan ibu bapa.

Tetapi PTS terkejut apabila mendapat tahu bahawa kerajaan telah menyerahkan hak pensijilan halal yang selama ini dikendalikan oleh JAKIM kepada sebuah syarikat yang bernama Halal Development Corportion (HDC).

Tengok wajah-wajah anggota lembaga pengarah HDC klik di sini.

Tengok lagi wajah-wajah orang penting HDC klik di sini.

Wah! Hebatnya syarikat HDC ini, sehinggakan berjaya mendapat hak pensijilan halal daripada kerajaan.


(Abahfateh : Orang dalam pengurusan pun 'tidak halal' dilihat)

5 comments:

9w2yvf - VF @ Yusairi Friday, May 02, 2008 5:48:00 PM  

Salam sunardi,
pehabaq ?. moga kau sihat disamping keluarga. berkaitan dgn HDC ni, kerajaan dah buat kptsn mcm tu, nak buat camner lagi. Tunggu je la bila PM baru nanti samada Najib or whoever, maybe perkara ini akan dipertimbangkan. For me, nampak mcm pihak JAKIM mcm lega sikit dan unit Halal mereka x byk kerja lepas ni. Apapun, sepatutnya Unit Halal under JAKIM yang patut dipertingkatkan kemajuannya dari segi Human resoucre dan teknologi termasuk sistem bersepadu yang hebat. Perkara ini amat sukar nak dijelaskan.

Agak2 kau semua Mufti2 Kerajaan Negeri x buat sepakat ke ttg hal ini. Hal melibatkan Islam dan hukum-hakam ini sepatutnya di bawah kuasa mufti2 negeri dan of course di bawah DYMM Agong dan Sultan/Raja/YDipertuan negeri masing2.

Cadangan aku, JAKIM perlu memantau semua operasi HDC supaya tiada yang menyimpang dari segi hukum-hakam serta dari segi mendapatkan keuntungan semata-mata. Yang utama ialah, elakkan penyelewangan dan tingkatkan kualiti perkhidmatan, yg patut tamat tempoh halal, kena uji semula semua produk2 mrk dan adakan siasatan setiap bulan terhdp produk2 yang keluar di pasaran samada random ataupun secara berjadual.

:)

Anonymous Saturday, May 03, 2008 10:49:00 AM  

yus, di malaysia, kononnya nama negara Islam namun bila menguatkuasakan undang2 dan peraturan agama Islam macam melepaskan batuk di tangga.

Harus diingat, inilah strategi British dalam mempastikan Islam sangat lambat berkembang di Malaysia dengan memecahkan kuasa Islam ke negeri2. Agong? sekadar pada negeri tanpa sultan.

Ingat kes sarung babi pada sausage? siapa yang dedahkan? PPIM. Apa kata JAKIM? Sekadar mengesahkan tapi tiada tindakan pada syarikat lain. Itu kesan tiada kuasa.

Kita umat Islam kena bersuara dalam satu suara DEMI kepentingan kemaslahatan umat Islam sendiri...!

Anonymous Saturday, May 03, 2008 4:37:00 PM  

orang yang kerja di bank-bank islam pun ada yang pakai skirt ;) hairfree.. ;)

gejala ini perlu dibersihkan oleh orang yg ada fikrah

Pakdi
http://my.pakdi.net

Anonymous Saturday, May 03, 2008 4:38:00 PM  

* nota tambahan

bank-bank Islam yg dimaksudkan adalah perbankan islam yang ada di Malaysia

pakdi
http://my.pakdi.net

Anonymous Thursday, May 22, 2008 1:52:00 PM  

Rasul bersabda mafhumnya: "yang halal itu jelas, yang haram itu jelas; antara keduanya itu shubhah" au kama qol.

pendapat aku, kita kna kembali ke hukum asal; Al-quran dan As-sunnah, baru semua yg dilakukan mengikut piawai yang betul dan adil. jika tolak hukum Allah, sama dgn menolak tuan empunya hukum. aku sekadar dapat memberi secebis pendapat. :)

Jumlah Pelawat

About This Blog

  © Blogger template 'Blue Greens' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP