Aksi Fasilitator Melampau
Banyak kerja yang perlu saya selesaikan dan segerakan selepas bercuti panjang bulan lalu. Salah satu daripadanya menelilti kembali hasil bengkel yang separuh jalan saya kendalikan pada 7 Mei yang lalu. Satu keputusan yang sukar untuk saya memanggil semula para fasilitator untuk berbincang semula perkara yang telah dibincangkan oleh peserta bengkel. Ia adalah satu kerja semula (rework) yang pasti mengambil masa yang panjang.
Bukan proses memudahcara (facilitation) yang ingin saya ceritakan di sini. Namun aksi saya ketika mengendalikan proses 'brainstorming' yang membuatkan saya tersenyum. Inilah kesannya kalau semangat tiba-tiba naik. Mujur meja saya tidak panjat sekali. Dalam organisasi saya, mungkin sayalah satu-satunya fasilitator yang sanggup naik kerusi untuk mewujudkan kesan yang hebat.
Semangat kena tinggi, baru dapat kesan menakjubkan!
2 comments:
salam.
hebatlah kamu abahfateh. semangat yang macam inilah kita perlu ada ;)
terima kasih fared. seronok jadi fasilitator.. macam-macam boleh belajar.
Post a Comment