Tuesday, May 20, 2008

Pergilah Ibuku


17 tahun dahulu, saya kehilangan ayah. Pada 8 Mei 2008 @ 2 Jamadilawal 1429 Hijriah, saya kehilangan ibu tercinta. Almarhumah pergi meninggalkan kami menemui Allah dengan memberikan kenangan bersama Almarhumah kepada 7 orang anak, menantu-menantunya dan 18 cucu.

Kematian adalah janji Allah. Saya redha kerana Almarhumah Ibu pulang kepada yang berhak iaitu Allah. Yang tinggal adalah kenangan, ilmu dan didikan yang diberikan kepada saya, adik beradik, menantu-menantunya malah kepada cucu-cucunya.

Terima kasih Emak atas segala-galanya, walaupun kita terputus hubungan dunia namun hubungan kita sebagai ibu dan anak kekal abadi. Saya akan menjalankan tugas dan tanggungjawab saya sebagai anak sehingga akhir hayat saya,

"Ya Allah, ampunkanlah dosa ibu dan bapaku, berikanlah rahmat dan keredhaanMu kepada Hajjah Mariati bt Hj Sirat dan Hj Maulan b Dollah Mokeri. Sayangilah dan rahmatilah mereka seperti mana mereka menyayangi dan merestui kami sewaktu kami masih kecil. Tempatkanlah mereka di kalangan mereka yang beramal soleh dan yang beriman. Tempatkanlah mereka di syurgaMu dan aku berdoa aku akan dipertemukan dengan mereka di Akhirat sana, di syurgaMu"

Al-Fatihah

Hajjah Mariati bt Hj Sirat (13 Januari 1945 - 8 Mei 2008)

Hj Maulan b Dollah Mokeri (8 Mei 1938 - 2 November 1991)


Baca juga:
1. Emak dan Bapak
2. Mother's Day Shall Be Different This Time
3. In Memory of Wak Iti


4 comments:

zampeada Wednesday, May 21, 2008 9:57:00 AM  

sedih lar pulok...

M-Z-R Thursday, May 22, 2008 3:30:00 AM  

abahfateh,

takziah buat keluarga kamu..
yang pergi tetap akan pergi,yg tggl ni mesti kene truskan hidup/perjuangan.

hebat btul dugaan yg ko kene terima..dari satu ke satu dugaan...aku mmg mengikuti satu persatu since kite mmg kerja satu tempat..dari anak sakit membawa ke diri sendiri n smpaila ke ibu tercinta ko..tu x cmpur beban keja lagi..

abahfateh,truskan perjuangan ko..tabahkan dirimu slalu..smakin kuat dugaan itu,diharap semakin kuatla iman kamu disisiNya..

aku sentiasa ada sekiranya ko memerlukan sebarang pertolongan..

~dugaan yg ko terima,byk mengajar aku kepada erti ketabahan n kasih syg~

faredsyauky Thursday, May 22, 2008 1:36:00 PM  

Terima kaseh sahabat sbb sudi melawat blog burukku.

takziah bt keluarga abahfateh atas pemergian ibu tercinta.aku sendiri tak dpt nk bayangkan kalau satu hari nnt ibuku jua pergi. aku harap,abahfateh dapat melalui hari-hari mendatang dgn penuh tenang. moga roh Almarhumah Hajjah Mariati tergolong dalam golongan yg dirahmati dan dikasihi Allah. Amin ya Rabb!

*Al-Fatihah

abahfateh Thursday, May 22, 2008 4:54:00 PM  

zampeada - jgn sedih sangat. :)

zul - terima kasih, terima kasih.

fared - terima kasih. Insya-Allah, sama2 kita jadi anak yang soleh.

Jumlah Pelawat

About This Blog

  © Blogger template 'Blue Greens' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP