Tuesday, April 7, 2009

Suara Rakyat di Perak dan Kedah



Datuk Seri Nizar Jamaluddin menang di Parlimen Bukit Gantang dengan majoriti 2,789. Satu majoriti yang dikira kecil untuk satu kawasan parlimen.

Kemenangannya dilihat sebagai satu desakan yang kolektif kepada kerajaan BN kini supaya mendengar suara rakyat apatah lagi dengan tuntutan agar DUN Perak dibubarkan agar pemilihan semula dapat dijalankan ekoran krisis di negeri Perak yang berlaku sekarang.

Harapan peribadi saya agar YB Datuk Seri Nizar Jamaluddin dapat terus membawa aspirasi rakyat di peringkat persekutuan. Jika beliau dilihat sebagai calon Perdana Menteri yang berikutnya, Insya-Allah saya sokong asalkan PAS/PR dapat mengeluarkan polisi-polisi mereka berkaitan agama, ekonomi, pendidikan dan sebagainya dari sekarang.

Tahniah sekali lagi kepada PAS!

Sementalahan itu, rakyat di Bukit Selambau juga menyuarakan harapan yang sama. Tahniah kepada YB S Manikumar atas kemenangan anda dengan majoriti 2,403. Bukan mudah hendak menentang 14 calon pilihanraya.

Berikanlah kerjasama kepada YAB Menteri Besar Kedah dengan sebaik-baiknya. Jadilah Yang Berhormat Malaysia yang berwajah lebih dinamik, progresif dan adil ke arah Malaysia Baru.

Tahniah YB S Manikumar. Makhal Sakhti!

Lagipun dia senior saya di UUM.



Di Batang Ai, YB Malcolm Mussen Lamoh menang dengan majoriti 1,854 undi. Saya kurang arif politik Sarawak kerana sentimennya sangat berlainan dengan apa yang ada di Semenanjung.

Apapun, saya ucapkan tahniah juga kepada YB Malcom.

Kepada BN atau UMNO khususnya, bagi saya kelemahan paling besar bagi UMNO adalah sentiasa menuding jari ke arah orang lain dalam mencari kelemahan UMNO dan enggan mendengar suara rakyat. Perbetulkan ini dan lihatlah samada rakyat dapat menerimanya.

Untuk Pakatan Rakyat, jika ingin berjaya dalam Pilihanraya Ke-13, sila belajar daripada kelemahan BN dan mulalah tonjolkan tokoh-tokoh dalam Pakatan Rakyat dan juga mulalah berkongsi dengan rakyat rancangan-rancangan atau polisi-polisi yang konkrit supaya rakyat yakin bahawa Pakatan Rakyat sedia untuk memerintah.

Saya dan ramai lagi rakyat Malaysia sedang memerhatikan perubahan yang dijanjikan BN khususnya UMNO di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak. Manakala prestasi dan integriti serta ketelusan Pakatan Rakyat kini teruji dan juga diperhatikan rakyat juga.

Rakyat semakin bijak. Golongan muda kini rata-ratanya tidak bersifat partisan lebih suka memihak kepada pihak yang menguntungkan mereka. Maka pandai-pandailah wahai BN mahupun PR.

2 comments:

kumb@ng Friday, April 10, 2009 11:53:00 AM  

tahniah semua... jari sudah mencari juri....jalankan tanggungjawab sebaiknya...

Anonymous Monday, April 13, 2009 1:41:00 PM  

tahniah pd menang

Jumlah Pelawat

About This Blog

  © Blogger template 'Blue Greens' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP