Saturday, March 21, 2009

Masa Untuk Bumi @ Earth Hour

7 hari lagi iaitu pada 28 Mac 2009 dari jam 8.30 malam ke 9.30 malam marilah kita padamkan lampu di rumah kita. Pakailah lilin sambil kita kenang-kenang kembali cabaran dahulu kala yang ibu, ayah, datuk dan nenek kita hadapi ketika masih tidak ada TNB mahupun LLN.

Tidak adil bukan jika hari ini kita selesa dengan apa yang kita ada sekarang namun kesannya adalah anak cucu kita menderita dengan kesan pemanasan global. Walaupun sedikit kita lakukan tetapi dilakukan secara berama-ramai, Insya-Allah, kesannya tetap ada. Selama sejam itu, permintaan terhadap tenaga elektrik akan berkurangan maka stesen janakuasa elektrik tidak perlu membakar arang batu, diesel dan lain-lain bahan bakar yang diperlukan untuk menjana kuasa elektrik. Kesannya, dalam 1 jam itu pelepasan karbon dioksida dan gas-gas lain yang tidak diperlukan juga akan berkurangan. Namun yang penting adalah kesedaran kita untuk berjimat dalam penggunaan elektrik dan mengambil langkah proaktif dalam memelihara alam sekitar,

Jadi jangan lupa, padamkan lampu rumah anda pada 28 Mac 2009 dari jam 8.30 malam ke 9.30 malam. Tidak lama, sejam sahaja.


Berdaftarlah sekarang di Malaysia - Earth Hour.

Bloggers, downloadlah mana-mana widget ataupun gambar yang patut. Bersama-sama kita war-warkan kempen ini.

2 comments:

chekgu Bani Hassim Sunday, March 22, 2009 11:10:00 AM  

tu ar abah...
nnti saye pun akan buat entry khas utk earth hour nih..
memuler rase cam nak ignore je kempen, tapi tetibe rase nk menyumbang utk kempen nih...

akan ade entry khas nanti...

Anonymous Monday, March 23, 2009 1:21:00 AM  

salam

kite pon akn buat entri khusus utk kempen nih :)

Jumlah Pelawat

About This Blog

  © Blogger template 'Blue Greens' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP