Friday, March 20, 2009

Ceramah oleh Ustaz Ismail Kamus


Sudah lama tidak mendengar ceramah secara langsung daripada Yang Berbahagia DatukIsmail Kamus. Dahulu beliau kerap keluar di media baik televisyen, radio ataupun bercetak berbicara mengenai masalah-masalah agama dan masyarakat daripada kacamata Islam. Namun semenjak beliau berkecimpung dalam politik dengan menyertai PAS beliau disenarai hitamkan daripada memberi ceramah terutamanya di negeri-negeri yang diperintah Kerajaan BN. Entahlah, saya kadang-kadang tidak mengerti apa yang hendak ditakutkan oleh mereka, jika mereka memberi ajaran yang salah bolehlah dimengertikan ini perkara yang berkaitan dengan syariat Islamiah pun hendak dihalang-halang.

Apapun, tempohari selama satu jam lebih saya dapat mengikuti kuliah beliau anjuran Jawatankuasa Surau di tempat saya terbuka. Tajuk ceramah beliau berkaitan dengan Maulud Nabi Muhammad. Alhamdulillah, terubat rasa rindu di hati untuk mendengar ceramah beliau secara langsung. Saya ingin berkongsi tiga perkara yang disampaikan oleh beliau, lebih praktikal daripada saya sampaikan setiap perkara. Biar sedikit asalkan berkat dan berkesan.

Kematian dan Ibadah.


Amalan masyarakat Melayu Islam berkaitan dengan perbuatan kenduri-kenduri tahlil, bacaan Yassin dan sebagainya yang dilakukan oleh keluarga si mati telah disentuh oleh Datuk Ismail Kamus. Sesungguhnya amalan itu sepatutnya tidak diteruskan kerana membebankan keluarga si mati. Kita seharusnya berkongsi kesedihan dengan keluarga si mati bukannya membebankan mereka dengan keperluan untuk mengadakan kenduri tahlil yang lebih kepada adat dan budaya masyarakat kita. Seharusnya kita yang membantu keluarga si mati bukannya mereka yang harus membantu kita mengenyangkan perut dengan lauk kenduri.

Namun isi utama yang lebih menarik perhatian saya ialah tanggapan bahawa apabila kita mati maka keluarga kita akan dapat membantu kita di alam kubur kelak. Benarlah bahawa doa oleh anak yang soleh dapat membantu kita namun sejauh mana ia dapat membantu kita. Perkara yang utama adalah sejauh mana kita memanfaatkan peluang yang Allah berikan kepada kita untuk beribadat kepadaNya sebaik mungkin ketika kita masih hidup? Mengapa harus mengharap doa anak kita? Kalau anak kita ingatkan kita sehingga akhir hayatnya Alhamdulillah, tetapi kalau perangainya pun baik sedikit daripada Firaun hendak buat apa?


Istiqamah

Sebenarnya, dalam ceramahnya, beliau ada memberikan banyak ayat-ayat dan doa-doa yang baik untuk diamalkan. Silap saya juga tidak pastikan pen dibawa, sedar-sedar saya hanya bawa kertas catatan bukannya pen sekali, maka banyak yang saya terlepas. Antara yang saya dapat ingat sekarang adalah berkenan dengan dua perkara.

Pertama, amalkan membaca selawat ke atas Rasulullah sekurang-kurangnya 50 kali sehari. Caranya mudah sahaja, 10 kali selepas setiap solat fardhu. Insya-Allah, ia akan memudahkan kita mendapat syafaat di Hari Akhirat kelak. Keduanya adalah melakukan Qiam setiap hari. Caranya? Bangunlah setengah jam lebih awal sebelum waktu Subuh dan lakukanlah solat Tahajjud dan Witir sekurang-kurang. Alah bisa tegal biasa.


Perjuangan Islam

Ustaz Ismail Kamus menyampaikan kepada para hadirin akan kewajipan untuk memperjuangkan Islam di atas muka bumi. Tidak lengkap sekiranya kita hanya patuh kepada kewajipan seperti solat dan zakat tetapi meninggalkan perjuangan Islam. Jika bukan kita siapa lagi yang harus menegakkan Islam yang telah dibawa oleh Rasullullah.

Saya sampaikan apa yang saya dapat daripada ceramah Yang Berbahagia Ustaz Ismail Kamus. Moga-moga ia dapat diambil iktibar oleh kita semua dan dijadikan amalan walaupun sedikit. Biarlah sedikit bentuk amalan kita namun isqamah kerana Allah tidak melihat kepada kuantiti semata-mata tetapi juga kualiti yang lahir daripada keikhlasan hati kita.

Sampaikanlah walau seayat.

3 comments:

Anonymous Saturday, March 21, 2009 1:58:00 AM  

weh... carik lagi orang sg sekamat

http://pemikir.blogspot.com/2009/03/kami-bantah-krematorium-kajang.html

dolah kata dia akan guna kabel dia dari area sebelah hilir.

Hensem
http://pakdi.my

Anonymous Saturday, March 21, 2009 2:22:00 AM  

insya-Allah, tolong refer column kanan sebagai tanda bantahan.

Anonymous Saturday, March 21, 2009 5:47:00 PM  

tulah masalah orang melayu..adat dijunjung..agama dilambung (buang)..
yang susah lagi disusahkan.. Alhamdulillah dah lama tak menghadapi situasi kematian keluarga terdekat..
Tapi dari cerita kawan2, bila ada tanda2 keluarganya dah nazak, cepat2 pi korek bank..klrkan duit @ tukar duit utk org2 yang datang menziarah..bunyinyer cam susah jer..saya pun tak faham...kan lebih patut kalau diorang tu mengadap bakal si mati dengan bacaan ayat2 suci al-quran dsb.

Agak2 kalau keluarga tu dari kalangan miskin..camner perasaan diorang waktu tu..dahler sedih menghadapi bencana, fikir lagi camner nak menghadapi tetamu yang menziarah..

mmm...menziarah si mati pun leh jadi side income gamaknyer..nauzubillah..

Jumlah Pelawat

About This Blog

  © Blogger template 'Blue Greens' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP