Thursday, March 26, 2009

Kemenangan Khairy Jamaluddin - Bukti terbaru UMNO korup.

Hari ini dalam sejarah untuk diri saya, tidak pernah saya setia menunggu di hadapan televisyen menunggu keputusan pemilihan Pergerakan Wanita, Puteri dan Pemuda UMNO. Fokus saya adalah kepada Ketua Pemuda dan Ketua Wanita UMNO. Entahlah, pemikiran saya berbaur-baur dengan pelbagai perkara dan andaian dan hanya satu konklusi yang dapat berikan iaitu UMNO memang parti yang korup!

Jika anda tahu seseorang itu kaki judi, tahi arak, kaki perempuan dan masyarakat mengetahuinya tetapi orang itu terpilih menjadi Pengerusi Jawatankuasa Masjid di tempat anda ataupun menjadi imam di masjid kariah anda, apakah perasaan anda? Sanggupkan anda berimamkannya ataupun menjadi ahli kariah masjid tersebut? Tentu sekali tidak bukan?

Begitu juga jika seseorang itu telah sabit bersalah dengan rasuah politik dan diberi amaran oleh Lembaga Disiplin partinya namun tetap terpilih sebagai seorang pemimpin, apakah mesej yang cuba diberi? Pengikut memang sanggup menerima pemimpin rasuah kerana keseluruhan sistem itu sudah penuh dengan unsur-unsur rasuah. Rupa-rupanya hangat-hangat tahi ayam sahajalah usaha UMNO dalam membanteras rasuah di dalam parti mereka. Berhentilah bercakap mengenai perubahan yang pemimpin UMNO laung-laungkan kerana UMNO telah tewas dalam pusingan pertama ini lagi, tewas bukan dengan lawan tetapi dengan pilihan ahlinya terhadap kepimpinan UMNO.

Saya berharap YB Saudara Khairy Jamaluddin sedar akan hal ini dan jika anda terpilih dalam barisan kabinet PM baru nanti saya ucapkan selamat berjaya dalam usaha membersihkan imej anda yang sudah kotor itu.


"Itu goblok namanya!" begitulah SMS yang dibalas rakan saya ketika saya menyuarakan pandangan saya mengenai betapa korupnya UMNO.


Ucapan Ketua Wanita yang baru mencetuskan kebimbangan tidak bertepi apabila mengucapkan, "Kepada Dato' Sri Najib dan Datin Sri Rosmah Mansor... selamat memimpin UMNO." Bilakah masanya isteri PM atau Presiden UMNO punya kuasa tertentu dalam pentadbiran negara atau parti?


Juga lagak Puteri UMNO yang menggelikan hati apabila menyanyikan lagu tema Wonderpets, "Apa yang penting? Kasih Sayang!" Entahlah, jika anda pentingkan kasih sayang tolong suarakan kepada pemimpin anda agar hentikan segala tindak tanduk yang menyusahkan Kerajaan Pakatan Rakyat terutamanya di Kelantan yang secara langsung rakyat terkena tempiasnya.


Maaf kepada para pembaca yang pro-UMNO. UMNO memang sedang tenat dengan penyakit rasuhnya.

6 comments:

Anonymous Thursday, March 26, 2009 1:49:00 AM  

UMNO gila kuasa
UMNO rasuah
UMNO tak cerdik
UMNO pembunuh demokrasi
UMNO pengecut
UMNO musnah dgn C4

Sukj Thursday, March 26, 2009 2:05:00 AM  

Pala hotak hangpa, kalau KJ semuanya tak baik.

Anonymous Thursday, March 26, 2009 2:34:00 AM  

no hope for UMNO with KJ win

Anonymous Thursday, March 26, 2009 10:49:00 AM  

my little dissenting opinion

http://pemikir.blogspot.com/2009/03/khairy-jamaluddin-menang.html

-hensem-

Anonymous Tuesday, March 31, 2009 9:40:00 AM  

KJ tu bukan semuanya tak baik... tapi yang baiknya terlalu sikit... yang tak baiknya banyak sangat!!
Piiraah Pekembar!!

Anonymous Tuesday, March 31, 2009 9:40:00 AM  

KJ tu bukan semuanya tak baik... tapi yang baiknya terlalu sikit... yang tak baiknya banyak sangat!!
Piiraah Pekembar!!

Jumlah Pelawat

About This Blog

  © Blogger template 'Blue Greens' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP