Tuesday, March 31, 2009

Kisah Kualiti Dalam Pensil

Pertama, pensil mampu mencoret pelbagai perkara begitu juga dengan kita yang mampu melakukan banyak perkara. Namun kita jangan lupa bahawa kita dibimbing oleh tangan Allah seperti tangan kita yang menggerakkan pensil tersebut. Allah sentiasa memberi panduan kepada kita dalam kehendakNya.

Kedua, sesekali kita harus menggunakan peraut pensil untuk menajamkan pensil yang tumpul. Pasti pensil itu berasa sedikit sakit diasah untuk menjadi tajam. Maka kita pun harus menerima sedikit kesakitan dan kesusahan untuk menjadi seorang manusia yang lebih baik.

Ketiga, pensil tidak kisah sekiranya pemadam memadamkan segala kesalahan yang pensil lakukan. Maka membetulkan sesuatu keadaan bukanlah satu perkara yang teruk malah membantu kita untuk menjadi lebih baik.

Keempat, apa yang menjadikan pensil itu penting bukan luarannya tetapi grafit di dalamnya. Maka perhatikan apa yang berlaku di dalam diri anda.

Kelima, coretan pensil meninggalkan kesan. Maka sedarlah apa sahaja yang kita lakukan akan memberikan kesan maka sentiasalah berfikir dan berhati dalam melakukan sesuatu perkara.

Adaptasi daripada ‘The Story of the Pencil’ oleh Paulo Coelho

2 comments:

Chekgu BaniHassim Wednesday, April 01, 2009 7:40:00 PM  

mase budak2 dulu, sibuk nak pakai pen, time mmg kene pakai pensel...
bila dah selalu pakai pen, skg ni nih lagi suke pakai pensel...
pelik...

ned Thursday, April 02, 2009 10:05:00 PM  

Sekarang orang pakai pensel tekan - mekanikal , sebab tu lah susah sedikit dah rasa teruk sangat ..

anyway, nice story . Tq for sharing

Jumlah Pelawat

About This Blog

  © Blogger template 'Blue Greens' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP