Wednesday, February 4, 2009

Krisis Politik Perak - Pintu Depan Pintu Belakang

Kedudukan Kerajaan Pakatan Rakyat di Perak bagaikan telur di hujung tanduk. Drama yang bermula dengan melompatnya Adun Bota ke PKR kini dalam plot BN Perak sudah mengumumkan bahawa mereka sudah memperolehi majoriti dan boleh membentuk kerajaan negeri. Walaubagaimanapun ini semua bergantung kepada perkenan Tuanku Sultan Perak kerana sebelumnya MB Perak sudah menghadap Tuanku Sultan Perak memohon perkenan baginda untuk membubarkan DUN Perak.



Kini semuanya bergantung di tangan Sultan Perak samada membubarkan DUN agar Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional boleh beradu sebagai anak jantan ataupun memperkenankan penubuhan kerajaan negeri di bawah BN.


Pandangan sisi saya adalah lebih baik dibubarkan sahaja dan biarlah parti-parti ini bertarung macam anak jantan. Satu keadaan yang tidak memihak kepada BN sebenarnya kerana UMNO sedang hangat dengan pemilihan pucuk pimpinan barunya. Silap-silap semua orang UMNO turun ke Perak bukan untuk berkempen untuk BN tetapi untuk melobi dan meng’ehem-ehem’ para perwakilan UMNO di Perak dan silap-silap satu Malaysia berkumpul di sana.


Perkara kedua adalah sekiranya BN kalah dalam pilihanraya negeri Perak maka ia adalah tamparan hebat kepada bakal PM Malaysia iaitu Tok Jib kerana kalah dalam semua kempen pilihanraya kecil yang diketuainya. Sedikit sebanyak ia akan memberi kesan kepada pilihanraya negeri Sarawak dan juga kerusi parlimen Pensiangan Sabah. Isyarat sudah diberi, sudah dua kali pilihanraya BN kalah juga mesti ada sesuatu yang tidak kena dengan BN dan petunjuk betapa rakyat kini memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat. Tambah parah jika Tok Jib pula dipaksa turun kerana terus menerus gagal memberi kemenangan kepada BN/UMNO.


Pada hemat saya juga, YAB MB Perak juga terlambat satu atau dua hari dalam memohon perkenan Sultan Perak untuk membubarkan DUN. Tapi mungkin masa tidak menyebelahi beliau kerana Sultan Perak sambut keputeraan baginda semalam. Harap-harap mood baginda baik untuk perkenankan permohonan YAB MB Perak. Jika beliau dapat buat awal lagi tanpa drama-drama surat perletakan jawatan ini mahu kecut telur juga orang-orang BN kerana Pakatan Rakyat nampak yakin sokongan akan terus rakyat berikan kepada mereka.


Minggu lalu, semua orang BN mengecam Adun Bota kerana melompat parti sehingga ada yang mengatakan dia tidak berprinsip, derhaka, tidak jujur dan khianat kepada kepercayaan rakyat namun nampaknya hari ini BN buat-buat lupa semua itu apabila 3 lagi Adun Perak melompat masuk BN/jadi bebas dan Adun Bota rujuk semula. Saya tidak mahu komen banyak-banyak tentang Anwar Ibrahim kerana beliau juga yang mengepalai usaha memujuk Adun-adun Sabah lompat masuk BN suatu ketika dahulu.


Tabik spring juga kepada PAS kerana tetap setia dengan perjuangannya. Tiada kecoh-kecoh Adun PAS hendak melompat parti. Pengalaman pahit PAS di Kelantan dan Terengganu benar-benar menjadi pengajaran kepada pemimpin dan ahlinya agar istiqamah dalam perjuangan.


Esok Tok Jib hendak mengadap Sultan Perak. Mengapa dia? Dia cuma memangku Pengerusi Perhubungan UMNO Perak yang dahulunya dipegang oleh Tajol Rosli (maafkan saya jika tersalah fakta). Ketika BN merampas Terengganu daripada PAS dahulu saya rasa bukan Pak Lah yang menghadap Sultan Terengganu tetapi Idris Jusoh yang mengadap untuk mendapatkan perkenan Tuanku Sultan Terengganu untuk menubuhkan kerajaan Negeri Terengganu walaupun Pak Lah adalah Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu ketika itu. Adun BN Perak lain sudah kecut telurkah atau merasakan ‘self-esteem’ mereka begitu rendah kerana menang dengan ikut pintu belakang?


Saya lebih rela melihat BN kembali menguasai Perak melalui pilihanraya yang bersih.


Baca juga:


1. Krisis Politik Perak

2. Pemikir : Perak Jatuh ke BN

3. Back to March 2008

3 comments:

Anonymous Thursday, February 05, 2009 10:22:00 AM  

dah name umno/BN memang takkan pernah bersih!

Anonymous Thursday, February 05, 2009 7:58:00 PM  

sekali ada orang cam nickname "kumbang" kat malaysia ni la selagi tu PR takkan berjaya dunia & akhirat, sebab komen kebudak-budakan. macam la PR tu bersih ye? kehkeh. tuh yang sampai wat demonstrasi "bersih" tu ye sampai kena siram dek air kumbahan pasai menyebabkan semak mata memandang kat bandar KL. bersih sangat la tu ye?

anyway, jangan bising-bising pasal lompat2 nih. bukan ker stail nih dicipta oleh idola anda, anwar ibrahim? jadi kenapa bising pulak ye bila terkena batang idung sendiri. kesian, yang diidamkan persekutuan seperti mat jenin, sudahnya negeri baru ditakluk tak sampai 1 tahun pulak bolos. what a loser.

cuba lagi tahun depan. don't worry, voters will select the "PR" again, bukan sebab diorang suka PR, tapi sebab nak tunjuk protes. tuh je.

Anonymous Friday, February 06, 2009 9:58:00 AM  

kumb@ng - sabarlah, bukan sekali pembangkang kena begini, daripada dulu dah kena - kelantan, sabah dsbnya.

anonymus - saya tak layan orang tak bernama, takut saya jadi tak ber'telur'.

Jumlah Pelawat

About This Blog

  © Blogger template 'Blue Greens' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP