Friday, February 6, 2009

Krisis Politik Perak - Derhaka Tuanku atau Tuhanku

Sekonyong-konyong berkatalah Muhyiddin Yassin, "Derhaka Nizar tidak boleh dipandang ringan."

Maka saya ingin juga ingin berkata dengan nada yang agak sama, "Derhaka kepada Allah lagilah tidak boleh dipandang ringan."

Sebelum kita berbicara tentang penderhakaan terhadap Sultan, cuba kita renung berapa banyak kita sudah menderhaka kepada Allah?


Derhaka kita sebagai individu dengan solatnya, puasanya dan apa-apa yang dipertanggungjawabkan kepada kita sebagai individu.

Derhaka kita sebagai suami yang gagal membimbing keluarganya ke jalan yang diredhai Allah.


Derhaka kita sebagai isteri yang gagal taat kepada suami dan menjadi ibu dan isteri yang baik.


Derhaka kita sebagai pemimpin dalam mempastikan para orang bawahan kita jauh daripada perkara-perkara mungkar.

Derhaka seseorang itu kepada Sultan atas sebab-sebab kebenaran, keadilan dan menyanggah kemungkaran dan kebatilan paling-paling pun mungkin dibuang negeri (jika dahulu dipancung), derhaka kepada Allah, nerakalah tempatnya. Nauzubillah.


Sekadar renungan.


Derhaka Nizar tidak boleh dipandang ringan - Muhyiddin
06/02/2009 6:43pm

KOTA BHARU 6 Feb. — Kenyataan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mahu derhaka terhadap Sultan Perak Sultan Azlah Shah tidak boleh dipandang ringan, kata Naib Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin.


“Saya begitu terperanjat apabila beliau membuat kenyataan mahu derhaka kepada raja, sesuatu yang langsung tidak menggambarkan beliau menghormati Perlembagaan dan kedudukan Sultan Azlan Shah sebagai Raja bagi negeri Perak,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.


Muhyiddin berkata ’keberanian’ Mohammad Nizar menyanggah keputusan Sultan Azlan Shah berhubung perkara itu, malah mahu mencabar Baginda di mahkamah, amat dikesali.


Mengulas lanjut, beliau berkata semua pihak sepatutnya menghormati keputusan Sultan Perak kerana Baginda juga amat arif dalam bidang perundangan selaku bekas Ketua Hakim Negara.


“Lagipun ini demokrasi yang kita amalkan. Walaupun keputusan itu tidak memihak kepada pembangkang, kita mesti hormatinya,” kata Muhyiddin.


Katanya pemilihan Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Pangkor, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir, 47, sebagai Menteri Besar kerajaan BN di negeri itu adalah pilihan terbaik.


“Beliau adalah seorang tokoh berpengalaman kerana pernah menjadi exco di negeri itu sebelum ini, mempunyai kelulusan yang tinggi dan orang yang paling sesuai. Saya yakin dia dapat memberikan apa yang diharapkan oleh masyarakat di Perak ini,” kata Muhyiddin.


— BERNAMA

3 comments:

chekgu Bani Hassim Saturday, February 07, 2009 2:08:00 AM  

derhaka pd sultan kene mintak kebenaran...
tp derhaka pada ibubapa takyah mintak...
automatik jatuh derhaka walaupun dengan satu perkataan, "ah"...
herm...

Anonymous Saturday, February 07, 2009 1:37:00 PM  

benar tu cikgu, tak terfikir saya ketika menulis artikel ini.

ketika ramai daripada kita dah derhaka kepada ibubapa, kita masih terganggu sangat dengan derhaka kepada sultan...

Anonymous Saturday, February 07, 2009 3:11:00 PM  

apa nak heran? kiblatnya bangsa melayu. kalau Islam tersemat di hati sebagai yg dominan, x jadi le gitu.

Jumlah Pelawat

About This Blog

  © Blogger template 'Blue Greens' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP