Thursday, February 19, 2009

Kisah 2 Mat Bangla

Di sebuah stesen minyak terdapat 2 orang pekerja warga Bangladesh. Penguasaan bahasa Melayu dan Inggeris kedua-dua pekerja ini pula sangat lemah dan cuma dapat digunakan untuk komunikasi mudah sahaja. Masing-masing bernama Majid dan Iqbal.

Pada suatu hari, berhentilah sebuah kereta mewah yang dipandu oleh seorang Pak Arab di stesen minyak tempat mereka bekerja. Kebetulan simpanan minyak di stesen tersebut sudah habis. Maka bingunglah Iqbal bagaimana untuk memberitahu Pak Arab tersebut kerana Pak Arab itupun lemah berbahasa Inggeris.

Walaubagaimanapun, Iqbal tetap berusaha memberitahu keadaan sebenar kepada Pak Arab tersebut. Sambil menyebut perkataan ‘fuel’ dia memusing-musingkan pergelangan tanggannya sebagai tanda habis namun tidak dapat difahami oleh Pak Arab tersebut. Dicubanya sekali lagi dengan menyebut ‘fuel’ dan dipusingkan kepalanya pula. Kali ini, terbuka luas mulut Pak Arab tersebut.

Iqbal sudah mati akal maka dia pun mendapatkan Majid untuk mendapatkan jalan penyelesaian. Bertanyalah Iqbal, “Bagaimana aku hendak beritahu Pak Arab itu bahawa minyak sudah habis?

“Kau beritahu sahajalah pakai isyarat tangan.” Balas Majid.

”Aku sudah cuba, nampaknya Pak Arab itu tidak faham-faham juga. Aku hendak cakap Inggeris, dua tiga patah sahaja aku boleh. Tolonglah Majid.” Rayu Iqbal kepada Majid.

Termenung Majid mendengarnya sambil sesekali dia mengerling ke arah Pak Arab tersebut lalu berkata, ”Baiklah, aku cuba. Nasib baik aku tahu cakap Arab sikit-sikit.”

Majid pun pergi ke Pak Arab tersebut dan dengan bersahaja dia berkata, ”Sir, fuel, Sodaqallahhul’azim”.

Sebaik sahaja Pak Arab tersebut mendengarnya maka dia pun segera berlalu pergi.

Nota Abahfateh.

- akhir-akhir ini hilang mood untuk menulis. Saya harapkan anda terhibur!

4 comments:

chekgu Bani Hassim Sunday, February 22, 2009 7:49:00 PM  

boleh laa...
not bad...huhu...
kalau writer's block tu jadi, relak je laa..
kalau dah ade bende nk tulis, baru tulis...
takde sape nk marah...
Tuhan pun tak marah...

Anonymous Monday, February 23, 2009 12:00:00 PM  

cikgu - terima kasih. masalahnya bukan blog ini sahaja. huhuhu

Anonymous Tuesday, February 24, 2009 4:45:00 PM  

nasib baik bangla tu tau mengaji... :D

9w2yvf - VF @ Yusairi Friday, February 27, 2009 11:33:00 AM  

salam sunardi,
amacam percutian di pangkor island?.
memudahan semuanya berjalan dengan baik. since kau balik ke KL, diam je. hehehe.

Jumlah Pelawat

About This Blog

  © Blogger template 'Blue Greens' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP