Sunday, November 2, 2008

Terry Fox Run 2008

Hari minggu yang lalu, 2hb November 2008, saya sekeluarga serta Pakdi dan 'awek cun'nya telah berama-ramai menyertai Terry Fox Run 2008. Siapa Terry Fox? Anda boleh baca di sini.

Larian ini adalah salah satu usaha untuk mengumpulkan dana untuk kajian perubatan barah yang kini dikenalpasti sebagai salah satu daripada pembunuh utama di Malaysia malahan di dunia. Ini adalah kali ke-3 Terry Fox Run dianjurkan di Taman Tasik Perdana.

Gambar 1 - Garisan permulaan dan akhir Terry Fox Run 2008.


Hanya saya dan Pakdi yang berlari (sila baca berjalan). Yang lain-lain? Bermain-main di padang permainan. Saya pula buat kali pertama mengambil gambar peristiwa dengan kamera saya. Kelam kabut juga, bukan senang dan juga mungkin saya tidak bersedia sepenuhnya. Apapun, ini adalah satu pengalaman yang menarik untuk saya sendiri.

Ini adalah kali pertama saya menyertai larian ini.
Ketika hampir kesemua adik-beradik saya menyertai larian ini tahun lalu, saya masih di Labuan, sekadar menikmati gambar-gambar yang ada. Insya-Allah, saya akan cuba sertai larian ini pada tahun-tahun akan datang sebagai satu bentuk sokongan kepada usaha untuk melawan penyakit kanser. Kalaulah orang lain boleh buat larian tahunan untuk mengingati insan bernama Terry Fox, kenapa saya tidak boleh tumpang acara ini untuk mengingati ibu saya yang lebih dekat dengan saya. Apatah lagi apabila saya pulang ke rumah, baru saya teringat hari ini adalah hari perginya Almarhum Ayah saya, 17 tahun yang lalu. Al-Fatihah untuk kedua ibubapa saya.

Jika anda ingin tengok lebih gambar lagi, silalah jengah laman Flickr saya. Orang baru nak belajar mengambil gambar, harap maaf kalau kurang menarik.


5 comments:

ckLah @xiiinam Tuesday, November 04, 2008 6:37:00 PM  

Saya selongkar seluruh isi rumah ni...baru teingan belum bagi salam..Assalamualaikum tuan rumah!



Canteeek blog!

arsaili Thursday, November 06, 2008 9:42:00 AM  

salam..satu aktiviti yg sihat....

Anonymous Friday, November 07, 2008 12:34:00 PM  

cklah - bahaya tu, dah selongkar baru bagi salam. Apapun, terima kasih di atas pujian yang diberikan. Semuanya dari Allah.

arsaili - jauhi aktiviti tak sihat dengan menyertai aktiviti yang sihat.

arsaili Monday, November 10, 2008 10:57:00 AM  

salam..update update..ehehe

Anonymous Tuesday, November 11, 2008 5:54:00 PM  

dah update dah...

sorrylah.. sibuk berlatih

Jumlah Pelawat

About This Blog

  © Blogger template 'Blue Greens' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP