Thursday, October 30, 2008

Taktik Menipu di Restoran Mamak

Kesinambungan daripada entri sebelum ini, maka kami pun meneruskan misi kami mencari restoran ataupun gerai makanan di sekitar kawasan pinggiran Bandaraya Melaka tersebut. Akhirnya kami masuk ke dalam sebuah restoran mamak.

Duduk sahaja maka kami terus membuat pesanan. Selepas hampir 20 minit barulah pesanan sampai termasuklah pesanan semula (minta mee goreng tidak pedas untuk anak saya, diberinya mee goreng maha pedas). Dengan hati yang sudah tawar-tawar, makanan yang terhidang kami jamah juga untuk mengalas perut. Selepas makan, Fateh merengek-rengek meminta dibelikan aiskrim untuknya. Saya belikan juga untung-untung Fateh hendak berkongsi aiskrimnya dengan saya.

Sampai di kaunter bayaran, sakit hati saya menerima soalan popular ini, “Makan apa tadi?”

Ini gaya restoran mamak tidak berapa hendak maju. Sakit hati saya berganda-ganda kerana kaunter bayaran dan meja makan kami itu jaraknya tak sampai 3 kaki. Dengan suara lemah, saya jawablah soalan popular itu.

“RM23.90 sahaja abang.” Terangkat kening saya mendengarnya. Harga yang saya rasakan cukup tinggi. Pantas saya ambil mesin kira di atas kaunter dan persis seorang juruaudit negara saya bertanya satu persatu harga makanan dan minuman.

“RM20.90 sahajalah. Hendak menipu sayakah?” Jerkah saya kepada pekerja kaunter itu. Ketika itu, sengihan sang kerang saya kira lebih cantik daripada sengihan pekerja tersebut. Saya bayar, ambil baki dan segera berlalu. Tiada satu perkataan maaf pun terkeluar daripada pekerja tersebut.

Saya tidak sangka langsung ada cubaan menipu harga sebegitu rupa. Jika saya tidak sedar dan bayar begitu sahaja, pengusaha restoran tersebut sudah untung atas angin RM3. Jika dia berjaya menipu 100 orang pelanggan. Senang-senang sahaja pengusaha restoran tersebut dapat pergi ke Spa untuk pakej lengkap RM300.

Berawaslah, ini mungkin tektik terbaru
segelintir restoran mamak untuk mendapatkan keuntungan atas angin. Sebelum ini kita mungkin mendengar beberapa isu mengenai restoran mamak. Dalam keadaan sekarang ini, pelbagai perkara mungkin berlaku untuk menipu kita sebagai pelanggan. Perkara yang hendak ditipu pun kadang-kadang tidak terjangkau dan tidak terfikir oleh kita.

Selepas ini jika anda nampak seorang pelanggan mengira sedang menyoal siasat penjaga kaunter bayaran dengan mesin kira, orang itu mungkin saya, Abahfateh.

7 comments:

Anonymous Thursday, October 30, 2008 2:10:00 PM  

lain kali datang melaka, jemput le singgah makan di 'restoran' saya...

Anonymous Thursday, October 30, 2008 5:57:00 PM  

anak sedara paman - ada hikmahnya kejadian ini berlaku. Sekurang-kurangnya tahu ada orang nak menipu dengan cara begini dan dapat kongsi dengan orang lain. :)

apapun, kalau tak terlalu lapar boleh sahaja singgah di 'restoran' anda.

Anonymous Friday, October 31, 2008 12:01:00 AM  

sape anak sedara paman tuuuu?

pakdi
http://pakdi.my

chekgu Bani Hassim Friday, October 31, 2008 9:15:00 PM  

huhu...
cunning gak dorg ni ek??
dahle pemalas, pastu bleh up kan rege suke2 plak...
dasar k*tty...huhu

ckLah @xiiinam Tuesday, November 04, 2008 6:42:00 PM  

ckLah memang bengkek kalau sehabis makan, minah waiter tanya kita balik apa kita dah makan dan saat mahu membayar....anak ckLah ramai...tu belum masuk anak-anak sedara, pak mertua dan mak mertua yang kadang-kadang ikut sama.Mana nak hafal.

"Aik, tadi kan dah tulis masa ambik order?"

Anonymous Wednesday, November 12, 2008 8:54:00 PM  

Biasalah tu kodai mamak...den memang jarang bobonar pi makan kedai mamak, unless dok pekena teh tarik ngan capati aje.....

Anonymous Sunday, November 23, 2008 8:44:00 PM  

saya sangat jarang - setahun mungkin sekali saja makan di restoran mamak

Jumlah Pelawat

About This Blog

  © Blogger template 'Blue Greens' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP