Seperti Enau di Dalam Belukar
Lokasi : Masjid As-Syakirin, Persiaran KLCC, Kuala Lumpur
Hari : Jumaat
Waktu : ~ 1.50 petang.
“Di manakah saya patut bersembahyang?” Abahfateh berpaling ke kiri dan ke kanan mencari tempat kosong untuk bersembahyang. Penglihatannya menangkap satu kawasan kosong di hadapan rak kasut berhampiran tangga.
“Allahuakbar! Allahuakbar!” kedengaran bilal melaungkan iqamah.
Segera Abahfateh mengatur langkah sambil mengibas sejadah yang dibawanya menuju ke kawasan yang dia nampak sebentar tadi. Kelihatan dua orang jemaah sedang mengambil saf, kedua-duanya tidak membawa sejadah. Seorang daripadanya cuba memohon jasa baik seorang jemaah agar dapat berkongsi sejadah dengannya. Nampaknya seperti tidak dipedulikan apabila sejadah itu dibentang lurus bukan melintang.
Melihatkan keadaan itu, Abahfateh segera mencelah di antara kedua-duanya lantas membentangkan sejadahnya secara melintang. Kedua-dua jemaah tanpa sejadah tadi terus meluruskan saf dan mula fokus untuk memulakan solat. Terik mentari dengan sesekali angin bertiup menambahkan rasa tawaduk para jemaah menunaikan Solat Jumaat.
Usai solat, masing-masing segera bangkit daripada duduknya. Abahfateh berdoa sedikit memanjatkan rasa syukur, memohon keampunan dan diberikan kesejahteraan dunia dan akhirat. Salah seorang jemaah yang berkongsi sejadah menunggu Abahfateh selesai berdoa. Sebaik sahaja Abahfateh meraup mukanya, dihulurkan tangannya dengan senyuman manis.
“Terima kasih.” Ucapnya ringkas.
Abahfateh tersenyum membalasnya sambil bersyukur kepada Allah diberi kesempatan untuk membuat kebaikan sesama insan pada Penghulu Segala Hari, Jumaat.
Nota Abahfateh:
Setakat berkongsi sejadah, apalah sangat. Tanpa sejadah masih boleh bersembahyang asalkan tempatnya suci daripada najis. Apa yang membuatkan saya terfikir-fikir adalah betapa ketika manusia itu sudah begitu hampir dengan Allah, hatinya masih belum bersih. Sehinggakan, perkara-perkara kebaikan untuk saudara seagamanya pun masih tidak dapat dilakukan (contoh catatan ini adalah berkongsi sejadah).
Jika dalam perkara yang berkaitan dengan ibadah masih tidak dapat membantu saudaranya, saya ragu umat Islam akan lebih maju dalam bidang ekonomi, sosial dan lain-lain jika masih mempunyai sikap “Seperti enau di dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing”.
9 comments:
Sunardi, Cuba belajar sembahyang atas tangga masjid tu, aku pernah sekali, lepas passing sejadah yang di bawa kepada salah seorang bos ( tapi bos tu bawak sejadah tu, sembahyang dekat runag dlm masjid pulak )..apa pun sembahyang di atas anak tangga tu memang mencabar, elok bawak la sejadah. Satu pengajaran - rafei..mega
..itulah jika masih ada dikalangan umat Islam hari ini yang pentingkan diri sendiri...itu baru sejadah ...kalau wang bagaimana agaknya??? Apakah mereka sanggup berkongsi sedikit untuk tujuan zakat dan sedekah?
Salam kekayaan,
THINKERICH
rafei - kalaulah badanku laksana sekeping papan, akan kucuba saranan itu.
mr. thinkerich - itulah yang menyebabkan saya terus berfikir. bila kita nak jadi generous?
abahfateh
Abah, jarang jumpe org yg lepas kite bagi pertolongan ucap terima kasih cemtu...
kdg2 org mmg susah nak berterima kasih...
cikgu banihassim - satu point yang baik. Saya sendiri terkejut dengan ucapan tersebut. :)
Tiada ruginya berbuat demikian.
salam abahfateh
kite patut belajar berkongsi semua benda untuk manafaat semua... tak luak pun kalau untuk kebaikan... untuk ape menyombong diri? kan kite semua masih bernafas kerana berkongsi udara yang sama... milik DIA... hurmm
...Aku teringat pesan member aku (seorang ustaz), "Jika kita masih melakukan kemungkaran, maka perbaikilah SOLAT."
Huraian dia aku cukup suka, sebab kalau kita masih lagi mengata, mencuri, memaki, hati kotor.. tgk balik solat kita, dari segi khusyuk, tertib, niat, ikhlas dsb... itu yg dinamakan perbaiki solat.. kalau tak kita macam burung belatuk turun naik... kan..
kalau hati tah bersih, jadilah macam brader yg tak nak kongsi sejadah... tu semua berkaitan dengan ikhlas / hati... orang kita kan banyak penyakit hati...
manje - benar sekali. semuanya pnjaman sahaja di dunia ini.
samdadycool - jangan hairanlah kalau tengok ramai yang gi sembahyang tapi selamba buat dosa lepas itu.
kena selalu check solat kita.
dalam situasi sekarang nie.. susah nak cari manusia yang berhati mulia... yang berhati syaitan berlambak...
Post a Comment