Saturday, October 11, 2008

Masak Biar Cukup

“Bilakah rendangku ini akan siap?”

Inilah persoalan yang saya sendiri tidak pasti jawapannya. Bukannya banyak manapun, sekilo daging sahaja. Agaknya salah cara memasak, itu sebabnya ambil masa sedikit. Kalau sedap dan diberi pujian melambung oleh adik-beradik dan ipar duai saya, saya akan kongsikan dalam SeleraMalaya. Kalau tidak, saya senyap-senyap sahajalah.


Bercerita tentang memasak ini, saya teringatkan satu kisah yang menunjukkan betapa dangkalnya saya memasak satu ketika dahulu. Kisah ini berlaku ketika saya berusia dalam lingkungan 18 tahun.


Hari itu, seorang rakan adik saya datang bertandang di rumah. Kebetulan emak saya punya urusan dan perlu meninggalkan kami bertiga di rumah. Emak saya ketika itu agak risau untuk meninggalkan kami apatah lagi ada tetamu i.e. rakan adik saya. Namun saya meyakinkan emak saya bahawa saya akan pastikan mereka tidak mati kebuluran. Maka emak saya dengan senang hati meninggalkan kami.


Menjelang tengahari, saya pun mula memasak. Tidak silap saya, menunya ringkas sahaja. Ikan kembung goreng, sayur, telur dadar dan sambal ketuk. Sempurna saya rasakan ketika itu. Nasinya pula saya masak suku pot sahaja untuk kami bertiga. Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun dan 2 orang remaja berusia 13 tahun. Bayangkanlah, suku pot untuk 3 orang. Terkulat-kulat adik saya dan rakannya makan tengahari. Sepulangnya emak, ketawa besar dia mendengarnya.


Pengajarannya, sila ketahui siapakah mereka yang anda ingin hidangkan makanan. Juga, belajar mengagak sukatan makanan. Selepas saat itu, saya faham sangat-sangat jika orang tua berpesan, “Biar lebih jangan kurang.”

7 comments:

chekgu Bani Hassim Saturday, October 11, 2008 6:43:00 AM  

1/4 pot je masak abah???
ish3...
masak bubur xpelaa...
masak nasik bapela dpt...heheh...
itula namenye belajar dr pengalaman???kan??

Anonymous Saturday, October 11, 2008 6:52:00 PM  

apasal aku tak ingat kisah ni .......

hensem
http://pakdi.my

Anonymous Sunday, October 12, 2008 10:20:00 AM  

cikgu - itulah, pikir2 balik, terasa bodohnya masa itu.

pakdi - kaulah mangsa - memang kau tak ingat...

Anonymous Thursday, October 16, 2008 9:13:00 AM  

sebab tu kalau org nak berkenduri kendara ada mesyuarat sebelum kenduri...bahagi² tugas dan bincang ttg bilangan jemputan juga menu.

Anonymous Thursday, October 16, 2008 10:12:00 AM  

terror tu abahfateh umuq 18 tahun dah pandai masak...

Anonymous Thursday, October 16, 2008 1:53:00 PM  

kujie - ini adhoc. hahaha... untuk 3 orang je... tak praktikal nak wat tue semua... hahaha.

kumbang - awal lagi daripada itu sebenarnya... yg basic2 sahaja..

arsaili Sunday, October 19, 2008 11:05:00 AM  

salam..seringkali menghadapi situasi yg sama...mungkin mereka tidak terfikir...kena la belaja memperihatinkan diri...

Jumlah Pelawat

About This Blog

  © Blogger template 'Blue Greens' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP