Khutbah Jumaat : Kalendar Islam yang Kian Terpinggir
Soalan daripada saya, berapa haribulankah hari ini dalam bulan Islam? Saya yakin 100% peratus bahawa anda semua dapat menjawab soalan saya ini tanpa ragu-ragu.
Soalan seterusnya, berapa haribulankah harijadi anda atau tarikh perkahwinan anda dalam bulan Islam? Saya yakin hanya sebahagian daripada kita yang dapat menjawabnya tanpa ragu-ragu.
Mengapakah soalan pertama sangat mudah dijawab dan tidak soalan kedua? Satu sebab yang sangat konkrit adalah kita mengira sudah berapa harikah kita berpuasa atau tinggal berapa hari lagikah kita mesti berpuasa. Jika sekarang bukan bulan Ramadhan mahupun Syawal, pasti kita sendiri lupa dengan bulan Islam yang dimulakan pengiraannya dengan peristiwa besar Hijrah.
Itulah hakikatnya. Umat Islam secara amnya semakin meminggirkan kalendar Islam. Urusan harian kita mengikut calendar Georgian yang berasaskan matahari. Kita malu untuk menulis tarikh Islam dalam surat-surat rasmi mahupun tidak rasmi. Saya sendiri kurang pasti mengapa umat Islam tidak bangga dengan kalendar Islam kita sendiri seperti mana orang-orang Cina dan India yang tidak lupa akan kalendar mereka sendiri.
Anda ada jawapannya?
Siapa boleh sebutkan bulan-bulan Islam mengikut turutan dan jumlah hari bagi setiap bulan itu?
Selamat Berpuasa dan Beribadah.
Yang Yang Yuk
Pagi-pagi buka periuk
Ponteng puasa memang teruk
Memang nak kena ketuk
4 comments:
yang kebanyakan orang Islam tau, awal muharam, 1 ramadan, 1 syawal...sbb hari tu cuti... ;)
betul tue... sokong bebenor kata2 anda...
abahfateh
agaknye dlm utusan tu kene bagi font besar gedak baru org bleh ingt kut...
tp sye ingat...
bulan pose ni lagi sng nk igt... :p
hari lahir sy 22 syawal. hari kawen pulak tak tahu lagi.maseh bujang. ahaks ;)
Post a Comment