Friday, August 29, 2008

Khutbah Jumaah : Bajet 2009 dan Bonus

Petang ini, 29 Ogos 2008 di Dewan Rakyat, Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Kewangan 1 akan membentangkan Belanjawan 2009. Satu rutin tahunan yang dinantikan oleh setiap lapisan masyarakat. Banyak perkara yang dinantikan oleh rakyat. Apakah bentuk-bentuk insentif yang akan diumumkan untuk menjaga kebajikan rakyat dan pada masa yang sama dapat menjana dan memacu ekonomi negara?


Kita nantikanlah petang ini. Atau kalau sibuk sangat, malam ini layarilah internet atau tunggu sahajalah surat khabar esok yang pastinya akan menyentuh perkara-perkara yang diumumkan di dalam Belanjawan 2009.


Satu perkara yang sangat dinantikan oleh kakitangan awam khasnya adalah pengumuman bonus. Menjadi harapan mereka agar bonus diberikan oleh kerajaan selaku majikan. Namun perlu diingatkan bahawa bonus adalah hak eksklusif majikan. Jika ada maka adalah, jika tiada berlapanglah dada.


Bonus memberikan harapan kepada ramai rakyat baik kakitangan awam ataupun swasta. Bonus adalah satu aliran tunai tambahan kepada seisi keluarga dalam menampung perbelanjaan yang meningkat saban tahun, Seringkali di dalam pembentangan belanjawan, kakitangan awam diingatkan supaya menggunakan bonus tersebut untuk tujuan belanja persediaan anak-anak ke sekolah, perayaan dan sebagainya. Intipatinya, ia harus dibelanjakan. Dalam ekonomi makro, ia wajar agar wang yang diberikan dapat mengalir keluar dan dapat merancakkan lagi kegiatan ekonomi.


Maka seringkalilah ungkapan-ungkapan sedemikian kedengaran.


“Bolehlah bayar hutang kad kredit.”

“Bertukarlah sport rim kereta aku.”

“Bolehlah buat bayar muka kereta aku.”

“Mana cukup bonus banyak itu, belum sampai sebulan sudah habis”.


Dan banyak lagi. Biasa mendengarnya?


Antara sebab utama ungkapan tersebut kedengaran kerana kegagalan merancang wang dengan baik dan bonus dianggap perbelanjaan tambahan


Teringat perbualan saya dengan saudara Thinkerich yang menceritakan bagaimana ramai kakitangan di bawahnya yang memohon sokongannya untuk pinjaman peribadi. Apabila diselidiki, kebanyakan daripada mereka gagal merancang perbelanjaan mereka dengan baik. Bagi saya pula terlampau banyak membeli barangan yang diingini daripada barangan keperluan. Akhirnya hutang terlampau banyak dan bonus dilihat satu-satunya cara untuk melangsaikannya.


Menganggap bonus sebagai perbelanjaan tambahan juga harus dielakkan. Menjadi fenomena kebanyakan orang di mana bonus dimasukkan sebagai sumber kewangan untuk perbelanjaan. Ingat, bonus adalah hak eksklusif majikan. Apa akan jadi jika tiada bonus? Anda kempunan dan kerana inginkan juga barangan tertentu maka anda berhutang tanpa kesudahan.


Jadi apa gunanya bonus jika bukan untuk dibelanjakan?


Jika anda banyak hutang. Langsaikan hutang anda mengikut keutamaan dan bertekad untuk tidak mempunyai hutang negatif (bad debt). Susunlah semula perbelanjaan anda dan berusahalah untuk menambahkan pendapatan anda.


Untuk menambahkan pendapatan anda, janganlah terjebak dengan mana-mana skim cepat kaya. Daripada sejumlah bonus itu, jadikanlah ia sebagai modal permulaan anda untuk memulakan perniagaan sambilan dan sebagainya. Oleh kerana anda menganggap bonus bukan sebahagian daripada belanjawan anda maka ia bermakna wang tersebut adalah wang yang anda sanggup hilang kerana pelaburan. Maka melaburlah di dalam saham, perumahan dan sebagainya. Namun, pastikan anda telah mendapat ilmu yang secukupnya.


Yang lebih utama, sebahagian besar daripada bonus itu anda menabunglah sekurang-kurangnya 20%. Ketepikan buku simpanan anda dan lupakanlah ia. Tahun hadapan bonus ada lagi, keluarkan dan simpanlah lagi. Pasti anda akan tersenyum dengan jumlah yang tertera di dalam buku simpanan tersebut.


Mungkin bonus boleh diakronimkan seperti berikut :


B – Budget

O – On

N – Needs,

U – Unpredicted event and

S - Savings

4 comments:

M-Z-R Friday, August 29, 2008 11:24:00 PM  

hm....5bulan x prorate = 3bulan

3bulan - income tax - insuran kete = 1 bulan...alhamdulillah..boleh simpan...

chekgu Bani Hassim Saturday, August 30, 2008 7:02:00 AM  

udah penat bekerja seharian, secara tahunan...kalau bulih nak jugak duit lebih...
kalau ade bonus, terubat jugak hati yg letih mengerah tenaga, berkorban apa saja...

semalam, pembentangan bajet ade pros dan cons nye...
kalau ikut dsai....membangkang saje!
entahlaa...

Anonymous Saturday, August 30, 2008 10:31:00 AM  

Setuju,

Bob. Selamat bertugas di tempat baru dan Maaf salah silap.

Rafei-Mega

Anonymous Saturday, August 30, 2008 6:24:00 PM  

m-z-r : patutnya saving dulu baru belanja... :)

wahai banihassim : bonus adalah satu penghargaan majikan kepada pekerja. Cumanya jgn lupa diri pula.

Tentang DSAI, ada kebenaran dlm kata-katanya. Ada juga ayat politiknya juga. Biasalah ahli politik. Pak Lah pun pandai menggunakan media, secara halus memerli pihak pembangkang.

rafei -no hal punya...

Jumlah Pelawat

About This Blog

  © Blogger template 'Blue Greens' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP