Wednesday, September 10, 2008

5 Perkara Saya Rindukan Tentang Bekerja Di Labuan.

Fakta pertama mengenai saya kini, saya sudah mula bertugas di Kuala Lumpur hampir 2 minggu. Hari pertama saya ke tempat kerja, saya sedar saya sudah hilang kemahiran hidup di ibukota. Tertekan menunggu tren LRT, tersalah masuk jalan dan sebagainya. Hari ini, kemahiran saya menunggang motorsikal juga teruji. Menggelabah juga hendak mencelah-celah kereta di tengah kesesakan jalanraya. Apapun, bak kata orang tua-tua, alah bias, tegal biasa.


Sudah hampir sebulan saya pulang ke ganggang. Ada beberapa perkara sudah saya rindukan mengenai bekerja di Labuan.


1.Bebas kesesakan jalanraya.


Labuan sesak? Kalau bukan kerana kemalangan, cumalah kesibukan orang hendak pergi ke kerja. Itupun kerana lampu isyarat bukannya atas sebab aliran trafik yang bersimpang siur.


KL? Saya tidak sanggup membayangkan kesesakan jalanraya yang tidak kenal masa.


2. Tiada tol.


Congakan saya daripada Kajang ke Kuala Lumpur dalam sehari saya perlu membelanjakan sekurang-kurangnya RM3.80. Kalau sebulan? Sudah RM76.


Labuan ada tol? Kalau ada mahu BN kalah di sana.


3. Boleh balik rumah untuk makan tengahari.


Sekarang bulan puasa, selamatlah saya. Lepas Ramadhan? Perlukah saya bawa bekal sahaja ke pejabat?


4. Sembahyang Jumaat dalam masjid.

Di Labuan, saya tidak perlu gusar sekiranya terlupa untuk membawa selipar ataupun sejadah. Isteri saya selalu perli-perli, siap boleh pilih hendak ke masjid berhawa dingin ataupun tidak.


Sembahyang sudah pasti di dalam masjid. KL? Lambat sikit sahaja sembahyang atas rumput atau jalanlah anda.


5. Memakai uniform putih.


7 tahun saya di Labuan, saya tidak pernah beli sehelai kemeja pun. Kalau ada kemeja barupun, itu adalah pemberian isteri saya. Di Labuan, syarikat membekalkan kemeja putih sebagai uniform. Kalau setahun sudah 2 helai, 7 tahun?


Balik KL? Hadiah yang rakan sekerja di Labuan berikan adalah sehelai kemeja dan tali leher.

Itulah harga yang perlu saya bayar untuk pulang bekerja di Kuala Lumpur. Pengalaman 7 tahun bekerja di Labuan, tidak mungkin saya lupakan sama sekali. Jika umur saya setakat 70 tahun, 10% daripada hidup saya diabdikan di bumi Labuan.


Apapun, ini adalah sebahagian daripada corat-coret yang terukir dalam kanvas pengalaman hidup saya. Memanglah kita perlu sentiasa merenung ke hadapan dan merangka strategi dan bekerja untuk mencapai impian. Namun, sekali-sekala mengenang kembali pengalaman lama, apa salahnya bukan?


Keterangan Gambar : Bandar Labuan daripada udara.


12 comments:

Anonymous Wednesday, September 10, 2008 11:07:00 PM  

abahfateh menulis "Sekarang bulan puasa, selamatlah saya. Lepas Ramadhan? Perlukah saya bawa bekal sahaja ke pejabat?"

aku lagi lah duduk muar.
pergi kerja naik basikal
bawa bekal hari-hari
kalau sarapan pun , aku hanya makan
roti canai 2 keping dan air teh
yang harganya RM 2.00.
satu hari 2 ringgit, 20 hari = 40 ringgit

M-Z-R Thursday, September 11, 2008 11:43:00 PM  

sabar abahfateh.kehidupan harus diteruskan...moga abahfateh dan keluarga berjaya mengharungi cabaran baru dgn jayanya..doa kami sentiasa di sisi abahfateh...


p/s: Skrang baru phm kenapa papa n mama ku pindah ke Melaka selepas 14tahun duduk di KL......

Anonymous Thursday, September 11, 2008 11:43:00 PM  

Suami saya berulang alik dari Serendah ke Shah Alam dengan motor ... dulu naik kereta untul tol dan minyak saja untuk sehari rm 40.

kita kena belajar menyesuaikan diri dengan persekitaran..moga cepat dpt sesuaikan diri...dan menjadi warga kota KL..hehehehe

Anonymous Saturday, September 13, 2008 6:55:00 AM  

amin - bab-bab keperluan asas jgn bagi diskaun byk sangat, sikit2 dah lah. nikmati kehidupan ini sebaiknya dengan berhemat.

m-z-r & kujie - benar tue. Kena cepat sesuaikan diri. Diri ini dah tebal dengan 'kerak' labuan, kena cuci lama sedikit. :)

abahfateh

Anonymous Saturday, September 13, 2008 7:20:00 AM  

salam abahfateh

betul tu... kene cepat sesuaikan diri ngan tempat baru... tempat lame dah tinggal kenangan... mane yang baik boleh diguna di tempat baru... itupun kalo ada la... :)

chekgu Bani Hassim Saturday, September 13, 2008 7:39:00 AM  

tempat jatuh lagikan dikenang...
inikan pula tempat bermanja...
kan?? :D

Anonymous Monday, September 15, 2008 3:39:00 PM  

AbahFateh,
Saya pun dah 8 tahun di Labuan.Masih belum terfikir berpindah balik ke semenanjung. Semua benar mengenai apa yang abah tulis mengenai Labuan.

Anonymous Monday, September 15, 2008 5:01:00 PM  

manje dan s.g.b - benar sekali kata anda. mana orang boleh lupa tempat kita jumpa isteri dan 'hasil'kan 2 orang anak.. hehehe

bluecandle - alhamdulillah. Fakta ini dipersetujui. Tapi sapelah bluecandle coz reason pakai baju putih tue cuma orang2 petronas je yang dapat rasa.

abahfateh

Anonymous Friday, September 19, 2008 9:05:00 AM  

aiyoo.. memang terasa betul orang yang dok kl cam saya.. rm 40 boleh habis dalam masa sehari 2 jer..

paling best, balik makan tengah ari kat umah dan takde jem.. best gile.. aman rasanya gitu..

arsaili Tuesday, September 23, 2008 12:50:00 PM  

salam...tempat jatuh lagi di kenang...ini kan pula tempat mencari rejeki..ehehe...semoga cepat sesuaikan diri

Anonymous Sunday, September 28, 2008 9:07:00 AM  

sebulan lepas saya ke sabah. flight yang saya naik singgah di Labuan utk turunkan penumpang dari KL dan ambil penumpang untuk ke KK.

Merasalah jugak berada seketika di Labuan walau tak jejakkan kaki..

Anonymous Wednesday, April 20, 2016 4:08:00 PM  

pompuan labuan best..ketat2 beb.arak murah..rokok murah..pub disco bersepah..xde pencegah maksiat plak tu..untung2 dapat pompuan filipin kasi hentam kaw2 puas beb..semua tembak dalam..xde hal punye..

Jumlah Pelawat

About This Blog

  © Blogger template 'Blue Greens' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP