Jadikah Pertukaran Kerajaan Malaysia?
Hari ini 17 September 2008. Bukan harijadi saya atau sesiapa yang saya kenali dan sayangi. Bezanya, kekerapan saya melayari laman web pro-BN mahupun pro-PR kurang sedikit hari ini. Wajah Kerajaan Malaysia masih yang itu-itu juga. Pemimpinnya yang itu juga, yang banyak cakap daripada buat kerja. Yang juga retorik seperti dakwaannya terhadap para pemimpin pembangkang.
Saya semakin tidak faham strategi DSAI. Percaturannya sukar difahami oleh rakyat biasa seperti saya, yang kurang faham perlembagaan Malaysia, yang tidak mengerti betapa besarnya kuasa PM di Malaysia dan sebagainya. Cumanya, pada ketika dan saat ini saya teringatkan peristiwa peperangan Uhud dahulu. Peperangan di mana umat Islam ditewaskan oleh tentera musyrikin ketika umat Islam sudah leka dengan bayangan kejayaan. Mungkin inilah pengajaran Uhud yang diambil oleh para pemimpin pembangkang. Biarkan Pak Lah dengan bayangan kemenangan, biarkanlah Najib dengan kunci perbendaharaan, biarkanlah menteri jaga undang-undang pergi penuh kekecewaan, biarkanlah Timbalan-timbalan Presiden UMNO bertelagah pandangan dan pendapat dan biarkanlah Khir Toyo dan Khairy Jamaluddin bercakaran berebutkan jawatan Ketua Pemuda UMNO. Sampai masa, perlahan anak panah dibidik, dilepaskan tepat mengenai sasaran kemenangan. Bagaimana dan bila? Entahlah, saya bukan di posisi untuk menjawabnya.
Namun, sehingga saat entri ini ditulis, SAPP sudah umum keluar BN namun tidak menyertai Pakatan Rakyat. Salah satu kemungkinan yang mungkin terjadi. MP BN ramai-ramai keluar BN namun tidak menyertai Pakatan Rakyat tetapi mula menyatakan rasa tidak percaya mereka kepada Ketua Kerajaan.
Agaknya, sebab itu Pak Lah ambil Kementerian Pertahanan, senang ‘kowtim’ kalau diisytiharkan darurat. Manalah tahu.
Perbualan saya dengan rakan sepejabat saya petang tadi diakhiri dengan harapan yang cukup optimistik, jika berlaku pertukaran kerajaan atau siapapun yang memegang tampuk pimpinan negara, biarlah mereka dapat menjamin keamanan negara dan mempastikan kestabilan politik dan ekonomi.
Doa orang yang teraniaya Insya-Allah akan dimakbulkan Allah. Siapa yang teraniaya selama ini agaknya?
7 comments:
Hmmmm... alahaiiii
serius arrr? x baca paper lg hr ni.sat..nk tgk..hehehe...harap2 semuanya tetap ok..
salam
kite pon harap sume akan ok... tak nak jadi sebarang huru hara...
salam..semoga kita tetap menjadi bangsa yg merdeka...
salam...
saya ada sesuatu yang nak diberikan utk anda...
kalau sudi, jenguklah blog saya dan ambil...
itu saja yang saya mampu... :)
Kita boleh dapat phrase baru from this,
"In Malaysia, the only constant is the government"
I hope I wont be in jail for that statement!
maaf semua, saya kurang melekat dengan internet selepas September 16. Hehehe..
Apapun, terima kasih atas segala komen dan pandangan. Memang kita inginkan negara yang aman dan makmur jauh daripada segala kekacauan.
Sama-samalah kita doakan :)
Abahfateh
Post a Comment