Apabila Aidilfitri Semakin Hampir
Hari ini rakan sekerja saya bising-bising hendakkan sampul duit raya. Kerani saya daripada pagi merengek mencari duit pecah untuk dibuat duit raya. Dalam kekalutan itu, kami menerima satu e-mail bertajuk, "Sila buka untuk dapatkan duit kecil". Pecah ketawa kami apabila melihatnya. Inilah gambar yang saya maksudkan.
Bagaimana? Saya benar-benar berharap agar lelaki ini betul-betul mencari duit kecil untuk dijadikan duit ia raya bukan sebaliknya.
Hari ini, 26 September 2008 merupakan harijadi anak saya yang kedua, Muhammad Faiq yang pertama. Pejam celik, pejam celik sedar-sedar sudah setahun usianya. Selamat Ulangtahun Yang Pertama Faiq.
Saya belikan untuknya kereta mainan untuknya namun yang sibuk bermain adalah abangnya, Fateh. Aduhai..., Kalau semuanya abah perlu beli berpasang-pasang, PETRONAS pun jatuh muflis.
7 comments:
Ramadan Mubarak.
memalukan btl..melayu g beli sports toto... adeh...
selamat hari raya.. maaf zahir batin..
buat malu...ni pagi raye ke hari jumaat??
tak pun baru habis jadi pengapit terus pi kedai beli ekor...
hampeh!
edward - thanks.
cikgu dan 6ky angel - saya pernah jumpa yang lebih hebat daripada ini, berkopiah dan anak bini tunggu di luar. judi tak kenal pakaian.
kat malaysia ni ada judi halal ada judi haram...halal kalau ada lesen haram sebaliknya...so bagi orang ini dia pegi tempat yg ada lesen... ;)
Nyimpen jenang nang jero tin, arek digowo mareng suro, keluputan kulo lahir batin,
salah silap njalok ngapuro.
Bocah cilik mangan sego,
sego dipangan karo gulo,
wes suwi orak ngomong jowo,
dino royo njalok ngapuro.
Buko poso lawuh'e gereh,
njegor sunge dicaplok boyo,
keluputanku sing akeh-akeh,
kito 0-0 eh! :)
salam aidilfitri :). singgah beraya kat sini :D slumbeRAJA
Post a Comment