Sunday, August 3, 2008

Abahfateh Menjadi Chef?

Bagaimana? Saya ada atau tidak ada gaya seorang Chef? Mana ada chef memasak dengan mengenakan baju melayu teluk belanga dan dibantu oleh seorang pembantu chef yang baru berusia 3 tahun. Jika anda ingin tahu hasil adunan saya itu, silalah klik di sini - Blog Selera Malaya yang saya selenggarakan bersama isteri saya tersayang.1

Pernah satu ketika dahulu saya bercita-cita ingin menjadi chef. Saya pun kurang pasti mengapa sedangkan ketika itu chef kurang mendapat publisiti meluas di media seperti hari ini. Mungkin kerana itu, cita-cita itu menjadi kian pudar kerana tidak tahu bagaimana untuk menjadi chef. Apapun, mungkin secara profession saya bukan seorang chef tetapi menjadi seorang chef untuk keluarga sudah memberi kepuasan.

Saya kini sedang belajar-belajar resepi-resepi sihat. Cuba klik di sini juga - Jus Campuran Saleri dan Timun.

Saya juga sedang berkira-kira bagaimana hendak menjadikan minat saya kepada sesuatu yang dapat menghasilkan pendapatan tambahan untuk keluarga saya. Jika kena kira-kiranya, hari raya akan datang akan menjadi pemulanya.

Tunggu....

6 comments:

Anonymous Monday, August 04, 2008 1:56:00 PM  

salam

emm bagus nye ada minat yang macam ni... minat berserta ngan sedikit bakat pasti akan menghasilkan sesuatu yang membanggakan...

>> apapun harap2 segalanye berjalan ngan lancar dan membuahkan hasil... Amin

Anonymous Tuesday, August 05, 2008 2:31:00 PM  

saya pun ada secebis minat pada zaman muda dahulu nak jadi chef. :) sekarang kalau dapat masak untuk family pun dah cukup untuk memenuhi kepuasan hati.

Anonymous Wednesday, August 06, 2008 3:15:00 PM  

wah..cam menarik jer...kat jepun ni mmg diaorg sini amalkan gaya idup sihat, lihat jer jenis makanan dan minuman diaorg seharian, cukup teratur dan terkawal, kalau kita org islam akan perhatikan sama ada brg yang kita beli tu halal atau tidak, org jepun pulak akan perhatikan betul-betul kandungan kalori utk setiap makanan tu...depend dgn bidang kerja yang dilakukan seharian.

Anonymous Thursday, August 07, 2008 2:04:00 PM  

manje - terima kasih di atas semangat dan doa.

fared- mungkin kita leh main masak2 suatu hari nanti

marahman - bab nie, jepun memang kena tabik. selamat membelek2 taraf kehalalan di sana ye.. apapun, muslim di sana pun ramai kan + ikan banyak.

Anonymous Sunday, August 10, 2008 9:29:00 PM  

wah! terror abahfateh masak...saya ni masak maggie bole la.. :D

chekgu Bani Hassim Saturday, August 30, 2008 7:09:00 AM  

hehe...
budak2...sibuk je nk pegang ape yg kite pegang...
kdg2 geram suh dier wat sendiri... :P
tak nak pula..!

Jumlah Pelawat

About This Blog

  © Blogger template 'Blue Greens' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP