Monday, July 28, 2008

Gout : Kucari penawarnya.

Minggu lepas saya makan ketam, masak cili. Ketamnya kecil-kecil sahaja tapi bolehlah daripada tidak ada. Untuk anak, saya buatkan salad ketam. Saya kukus ketam dan udang dan saya perahkan sedikit jus lemon dan bubuh perasa secukupnya. Alhamdulillah, berselera kami makan.

Semalam, tiba-tiba saya rasa sakit di sendi jari manis tangan kanan saya. Sakitnya tidak boleh digambarkan, denyutannya amat terasa. Sukar hendak dibengkokkan juga. Saya terfikir, saya kena goutkah? Ini kali kedua. Kali pertama di kaki, saya berhenti makan udang, sotong, ketam selama 2 ke 3 bulan. Alhamdulillah, hilang.

Saya belum berjumpa doktor. Saya agak takut berjumpa doktor kerana takut tahu hakikat sebenar. Apapun, saya tahu tidak patut kena gout pada usia sekarang. Kadar kesihatan saya berada di tahap terendah sekarang. Hendak buat bagaimana lagi? Kalau saya menyorok belakang tong, orang lain masih boleh nampak saya. Sedih betul.

Malam semalam juga saya google petua ubati gout. Saya jumpa 3 petua yang agak popular disebutkan.

1. Lalukan bahagian yang sakit itu dengan betik muda yang sudah dilayukan di atas api. Betik muda itu jangan sesekali dipotong dan dimakan kemudiannya. Betik dikatakan pantang besar kepada gout.

2. Makan nenas sebanyak-banyaknya. Mungkin untuk tujuk detoks. Toksin kurang, asid urik pun keluar bersamanya.

3. Makan ubi kayu mentah. Ini petua orang asli.

Selain itu dicadangkan amalan berbekam untuk mengeluarkan darah kotor.

Bagi saya, amalan nombor 1 dan 2 itu akan saya lakukan dahulu. Saya pun sudah mengeluarkan arahan kepada isteri saya. Jangan bagi saya makan bukan-bukan. Zalimnya saya pada diri sendiri.

Apapun, saya tahu. Punca utama adalah amalan kesihatan yang tidak sihat menyebabkan semua ini. Saya tahu saya perlu kurangkan berat badan ke aras BMI yang sihat. Saya tahu saya perlu kerap bersenam. Cuma semangat tidak kuat, mula-mula berdiet semangatlah. Bila balik kampung orang tua cakap. "Makanlah, kau balik sekali-sekala sahaja."

Ayat-ayat seperti itulah yang meleburkan segala-galanya. Banyak lagi ayat pelemah semangat seperti. "Kau kurus pun bukannya isteri kau bagi kau tambah cawangan."

Mungkin saya perlukan cabaran? Isteri saya? Dia tidak mahu masakkan untuk saya, saya sendiri yang masak. Masalah sungguh.

Yang saya tahu, petang ini saya perlu turun ke pasar untuk membeli lobak merah. Mungkin saya perlu mulakannya dengan sesuatu yang saya percaya terbukti berkesan.

Saya perlukan cabaran cuma apakah cabaran yang saya perlukan? Saya perlukan nasihat atau cadangan anda.

Boleh juga e-mel ke abahfateh[at]gmail.com

23 comments:

Anonymous Monday, July 28, 2008 2:27:00 PM  

kau dulu kata rajin cycling...

orang muda rambut hitam
http://pakdi.my

Anonymous Monday, July 28, 2008 4:21:00 PM  

buat.. cuma kau pernah dengar tak hot-hot chicken dung?

Anonymous Tuesday, July 29, 2008 7:07:00 AM  

alahai abahfateh ;)

Zampeada Tuesday, July 29, 2008 11:01:00 AM  

ada cuba koyok kaki? rasa bagus jugak menda tuh... cubalah!

Anonymous Tuesday, July 29, 2008 12:45:00 PM  

aku rasa daripada masa kita kat uum lagi kau berazam nak kuruskan badan. you better do it now bro...

Anonymous Tuesday, July 29, 2008 1:21:00 PM  

puan azlina - alahai perli tue... :|

alizam - sama ke koyok kaki tue dengan koyok badan tue?

naza - huhuhu.. kau bangkitkan azam / cerita lama. insya-allah...

Anonymous Tuesday, July 29, 2008 1:47:00 PM  

salam

emm bagi kite la... abahfateh kene kuatkan semangat... benda yang pantang... atau takleh makan jangan makan... kuatkan semangat... lebih baik cegah daripada jadi lebih melarat... tanya pada diri... nak sihat atau menderita sakit...

mmg la org2 tua cakap mkn aje... tapi kot takleh nape gak dimakan. syg la pd diri kite yg nak pakai lame ni... demi org2 yg tersyg terutama anak2 kite huhu

Anonymous Tuesday, July 29, 2008 10:27:00 PM  

manje - ayat akhir tue pedas. terima kasih. sesekali kita nie nak kena ada orang menampar muka kita nie, baru sedar diri.

huhuhu... :)

arsaili Wednesday, July 30, 2008 6:13:00 PM  

salam abah...abah saya penghidap gout cronic...dari wrist, sampaila kaki dia..dan bila kena attack...sometimes kena kejar ke hospital..sampai demam2...kalau tak teruk, telan pain killer, kalau tak kena injection kat clinic. Masalahnya abah sy tu obes dan tidak mahu pantang...tu sebab tak terkawal. Saya berpendapat, diet adalah yg paling utama di samping ctrl berat badan. Cuba check makanan yg menyumbang kpd gout antaranya makan kekacang, tomato, red meat, seafood etc. Amalkan byk sayuran, ceri fresh, ikan, etc. Better ctrl sekarang before terlambat...mungkin kalau di ctrl, mungkin satu masa bole la makan seafood sekali sekala. Banyak minum air kosong juga.

arsaili - doktor tidak bertauliah...ahaks

Anonymous Thursday, July 31, 2008 9:36:00 AM  

utamakan kesihatan, kuatkan azam, perkuatkan diminda dan praktikkan apa yg diazamkan...mintak bantuan orang lain utk sering memperingati kita...kadang2 perlukan orang lain utk push kita ni...biasalah manusia kan...termasuklah aku ni...hehehehe

Zampeada Thursday, July 31, 2008 10:42:00 AM  

alah yg jenama kinohimitsu apa ntah namanya... rasa sama saja... boleh lar buang toksid2 kat badan kan?

anyway, ko darah jenis apa. klu ko darah A... aku galakkan ko ambil produk kacang soya, minyak sayuran & nenas... bagus utk penghadaman dan pelawasan. cepat sket kurus... hehehe... and klu ko darah A kurangkan mengambil daging merah...

Anonymous Thursday, July 31, 2008 1:08:00 PM  

arsaili - terima kasih atas ingatan dan dorongan. Duduk kat labuan mewah seafood itupun dah dijarang-jarangkan menjamahnya.

rahman - kita serupa....

zampeade - aku darah AB. kalau koyok kaki tue aku tahulah... kat mana ada jual da??

Anonymous Thursday, July 31, 2008 6:35:00 PM  

menda mitsu tu ada dijual di farmasi berdekatan anda di semenanjung. labuan wa tatau.

wa ada hadiah utk lu
http://www.pakdi.my/blog/realmart-nuffnang-gift-idea-contest/

solat la hajat bagi doa wa menang

Anonymous Thursday, July 31, 2008 10:50:00 PM  

insyaALLAH...ada penawarnya nanti.. :)

Anonymous Sunday, August 03, 2008 11:15:00 PM  

Yang item No. 2 - Nenas tu boleh ganti dengan Vitamin C (kan Nenas kaya dengan Vit C). Tapi jumlah agak banyak. 3,000 - 5,000mg daily.

Zampeada Monday, August 04, 2008 10:32:00 AM  

alah Watson ada ma...

ko darah AB ke... tak reti lar aku... tapi yg aku cakap tuh utk darah A lar... mmm... nanti2 lar aku rujuk balik bukunya mcm mana nak jaga pemakanan utk mereka yg berdarah AB yea... stay tune...

Anonymous Monday, August 04, 2008 11:38:00 AM  

pakdi - thanx... didoakan anda menang peraduan itu.

kumbang - benar itu. cuma kena dicari penawarnya...

bro nanang - hehehe. saya lebih natural.

zampeada - KKM kata study pemakanan ikut jenis darah nie tak berapa terbukti. cuba google. anyway thanks for tips. hantar kat my e-mail okay.

Anonymous Tuesday, August 05, 2008 12:47:00 AM  

Kena mula berkawan mesra dengan orang yang mengidap gout :)

Abang EP ni pun mengidap gout juga tapi dia kontrol steady je. http://budakkampung.blogspot.com
Boleh belajar dari otai yang berpengalaman.

Anonymous Wednesday, August 06, 2008 4:08:00 PM  

makan B Young + SS Solution + ISO 5Sebab mahal maka nko akan berusaha mendisiplinkan diri , menghabiskan dan mendapat kesannya!

Koyok kaki tu pun ada. balik semenanjung nanti , aku kasi brochure ! Hu hu ..

Ned

Anonymous Thursday, August 07, 2008 2:02:00 PM  

bai - akhirnya bai respond dalam blogku ini. thanx bai for info.

saudari ned - seperti yang kujangka... hehehehe...

Zampeada Saturday, August 09, 2008 9:49:00 AM  

aku ada baca buku dia dulu.

tp klu ada yg kata tak berkesan, itu aku tak tahulah nak komen mcm mana.

alah mcm terbukti ke mengamalkan air suam boleh menjaga suara...? gitu lah kan?

mungkin ko dah baca, konsepnya lebih kpd persamaan jenis darah dan antigen darah dgn sifat makanan yg kita ambil.

Anonymous Thursday, January 28, 2010 6:29:00 AM  

Salam...Tuan, banyakkan minum air kosong suam setiap hari, beli misai kucing amalkan pagi dan petang, juga amalkan makan habatus sauda pagi petang, beli Virgin Olive Oil dan minum sesudu pagi dan petang serta elakkan diet gout..InsyaAllah..

Gardener Tuesday, January 26, 2016 8:36:00 AM  

assalamualaikum, saya bantu sahabat-sahabat dengan cara selamat dan efektif dengan menggunakan 'daun kering' sahaja di http://herbagout.blogspot.com

Jumlah Pelawat

About This Blog

  © Blogger template 'Blue Greens' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP