Thursday, July 24, 2008

Bantal Busuk?

Dua hari ini saya menjalankan program latihan untuk kakitangan syarikat saya. “One manshow”. Penat sangat rasanya. Semalam lebih bertenaga cuma hari ini, tona penyampaian saya menjadi lebih perlahan. Pengajarannya, untuk menjalankan program latihan harus berpasangan untuk kekalkan momentum penyampaian yang berkesan. Masalahnya, saya adalah satu-satunya orang yang sudah dilatih untuk program tersebut. Yang lain masih menunggu program 'TOT' (train the trainer) mereka.


Saya bukannya ingin bercerita ragam peserta latihan saya. Saya ingin bercerita satu benda yang sentiasa saya usung ke sana sini semenjak dua-tiga bulan yang lalu. Benda itu adalah bantal kecil berbentuk kereta milik anak saya, Faiq.

Memang menjadi masalah saya sejak dahulu lagi, saya mudah menggigil di hadapan orang pada awal penyampaian saya. Ketar habis kepala lutut. Dahulu ketika saya aktif berbahas di sekolah dan universiti, 1 minit pertama adalah kritikal kerana saya perlu susun dan sampaikan hujah dengan baik dan juga mengawal kegigilan saya itu, terutamanya di kepala lutut. Bila sudah panas badan, hilang gigil, sudah tidak menjadi masalah lagi.

Kini saya menggunakan bantal kereta itu untuk mengurangkan rasa gementar saya. Malah saya gunakan juga ia sebagai alat bantu mengajar saya. Alhamdulillah berkesan. Siapa sangka, benda sekecil ini boleh menyerap segala rasa gementar saya itu.

Dahulu saya ditegur, kerap berbuat bising dengan membuka dan menutup kembali pen marker ataupun pen kerana gementar. Kini, berdiri sebentar, ramas sekuat hati bantal itu dan saya percaya saya tampak berkeyakinan dalam menyampaikan apa jua ucapan saya. Sementara itu ramai pula yang menegur betapa comelnya bantal itu dan di mana saya dapatkannya.

Maaflah Faiq, Abah ambil buat harta abah pula.

Oh ya, hari ini ulangtahun Muhammad Fateh yang ke-3. Selamat Ulangtahun Fateh. Semoga Fateh menjadi anak yang baik dan soleh. Salam sayang!

Happy 3rd Anniversary Fateh.

10 comments:

Anonymous Thursday, July 24, 2008 10:17:00 PM  

selamat hari lahir fateh... :)

tol la..comel bantal tu..hehe

arsaili Friday, July 25, 2008 8:52:00 AM  

salam kenal..selamat hari lahir to fateh

Anonymous Friday, July 25, 2008 9:17:00 AM  

kumbang - sebesar tapak tangan dewasa, mana tak comelnya.

arsaili - selamat datang dan salam perkenalan.

fateh ucap terima kasih pada pakcik berdua... :)

Anonymous Friday, July 25, 2008 6:23:00 PM  

fateh jgn lupa belanja paman bulan depan yeeeee

paman
http://pakdi.my

Anonymous Friday, July 25, 2008 11:02:00 PM  

uik.. paman sorg je? acik?

happy birthday fateh :)

Anonymous Saturday, July 26, 2008 9:23:00 AM  

paman dan acik fateh - terbalik kes nie. bukan b'day boy patut DIbelanja ke?

Anonymous Monday, July 28, 2008 11:08:00 PM  

fateh,

eppy 3rd birthday...!

Anonymous Tuesday, July 29, 2008 10:26:00 PM  

terima kasih cik nadia :)

Anonymous Wednesday, July 30, 2008 9:41:00 PM  

happy belated b'day Fateh. moga jadi anak yg baik dan soleh, dengar kata abah tau. uncle lambat wish sbb baru ja ada internet balik kat rumah ni. :) untuk abahfateh, jd-lah abah yg baik dan memahami. bimbing anak agar jadi sepertimu :)

regards,
faredsyauky

Anonymous Thursday, July 31, 2008 1:10:00 PM  

fared - terharu mendengarnya.. patutlah blog tak update2, ada problem rupanya. :)

Jumlah Pelawat

About This Blog

  © Blogger template 'Blue Greens' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP