Friday, July 18, 2008

Kisah "Datuk Mertuaku"

Saya tidak pernah merasai kasih sayang seorang insan yang bergelar datuk. Kedua-dua datuk saya meninggal dunia sebelum saya dilahirkan lagi. Ketika saya kecil dahulu, kadang-kadang terbit rasa cemburu juga mendengar cerita-cerita kawan-kawan saya dengan datuk mereka. Oleh itu, apabila berkahwin saya menumpang kasih dengan datuk mertua i.e. datuk isteri saya (adakah istilah datuk mertua ini?).

Saya ingin berkongsi satu pengalaman menarik kepada anda semua ketika saya mula-mula bertemu dengan keluarga bakal isteri saya ketika itu. Semoga menjadi panduan kepada anda yang masih bujang dan tidak berpunya lagi atau masih belum berjumpa dengan keluarga bakal isteri anda. Kisah ini berlaku pada Hari Raya Aildifitri tahun 2003.

Pagi itu saya bangun awal, maklumlah hendak berjalan jauh ke Johor dan tiada perancangan ingin bermalam di sana. Kiranya balik harilah. Bersama seorangn kawan, berkeretalah kami ke Batu Pahat. Walaupun sepanjang perjalananan itu kami ngobrol-ngobrol namun dalam minda saya ligat memikirkan jawapan-jawapan kepada soalan-soalan lazim yang bakal dikemukan. Contohnya, latar belakang keluarga, latarbelakang pekerjaan dan juga perancangan masa hadapan. Akhirnya, menjelang tengahari saya tiba di Parit Raja, Batu Pahat. Saya semakin menggelabah, mujur ada kawan menenangkan saya.

Rumah pertama yang kami pergi adalah rumah datuk bakal isteri saya. Kebetulan bakal isteri saya berada di rumah datuknya. Tiba sahaja di sana saya tengok-tengok ada banyak juga kereta. ”Ya Allah, satu kampungkah yang datang?” Hati saya berbisik. Saya semakin tidak keruan. Namun kawalan ’macho’ itu tetap diteruskan.

Saya dijemput naik maka kami pun naiklah dan terus duduk di ruang tamu. Semua orang ada di bahagian bawah rumah. Sesekali terdengar bunyi ketawa mengusik-usik bakal isteri saya itu. Kawan saya sudah tersenyum-senyum lalu berkata dalam loghat utara . ”Kawan, bertenang. Buat biasa sahaja.”

Tiba-tiba kedengaran bunyi papan dipijak. Kelihatan seorang tua berbadan kecil, dibelakangnya adalah bakal isteri saya. Lalu diperkenalkanlah orang tua itu kepada saya. Oh, rupa-rupanya inilah bakal datuk mertua saya. Selepas bersalaman dan bertanya khabar kami pun duduk bersama. Dalam fikiran saya lebih menjurus kepada apakah soalan-soalan cepu emas yang bakal dikemukan.

Kemudian diapun bertanya kepada saya dengan muka yang serius dan pekat telor jawanya. ”Rumah kau di Kajang itu tanah apa?”

Saya betul-betul tidak tahu apa mahu dijawab. Tidak ada dalam ’spot question’ Tanah lotkah? Tanah gambutkah? Habis semua jenis tanah saya sebut, apa yang teringat ketika belajar sains dan geografi dahulu. Habis semua jawapan-jawapan yang saya fikirkan sebelumnya.

Pengajarannya adalah kenal pasti latarbelakang semua bakal-bakal mertua anda. Petanikah mereka atau apa sahaja. Datuk mertua saya itu seorang petani maka ditanyalah tanah apa, apa jenis tanaman yang ditanam di kampung saya di Kajang dan sebagainya yang berkaitan dengan pertanian. Pengajaran keduanya, jadilah diri anda sendiri. Sehingga kini ia masih menjadi kenangan yang segar dan antara perkara yang diceritakan semula antara saya dan isteri saya. Kami akan tertawa semula mengenangkannya.

Namun kini datuk mertua saya itu sudah pulang menghadap Ilahi. Almarhum Datuk Amin telah meninggalkan dunia yang fana ini pada 15 Julai 2008. Al-Fatihah.

Walaupun saya tidak sempat mengenalinya secara sangat rapat, kisah di atas adalah antara kenangan manis antara saya dan Almarhum. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Amin Ya Rabbal ’Alamin.

12 comments:

Anonymous Friday, July 18, 2008 10:33:00 PM  
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous Tuesday, July 22, 2008 10:51:00 AM  

salam

Al-fatihah utk 'datuk mertua' abahfateh... emm kenangan memang sesuatu yang takleh dibeli ngan wang ringgit... kenangan itu abadi selamenya...

Anonymous Tuesday, July 22, 2008 11:50:00 AM  

alfatihah.

ada orang spam blog mu. delete je komeng gitu.

pakdi
http://pakdi.my

Anonymous Tuesday, July 22, 2008 1:06:00 PM  

manje - terima kasih banyak2.dah sampai waktunya.

pakdi - deleted!

Anonymous Tuesday, July 22, 2008 4:45:00 PM  

takziah.
sempat ke balik johor melawat arwah..?

Anonymous Tuesday, July 22, 2008 6:17:00 PM  

nadia - tak sempatpun, tapi masa arwah di hospital dulu sempat melawatnya beberapa kali (bulan mei)

Anonymous Wednesday, July 23, 2008 8:46:00 PM  

Al-fatihah..
itulah tajamnya akal org dulu²
tanah juga yang ditanya...

Saya juga tiada datuk/nenek dikedua² belah pihak.

Emak saya yatim piatu, ayah saya kematian ayah ( datuk saya ) ketika beliau masih dalam kandungan...khabarnya dibawa Jepun ke Siam..

Anonymous Thursday, July 24, 2008 1:26:00 PM  

kujie - thanx. aduh lagi kasihan. Barangkali untuk buruh kasar landasan keretapi.

benar, tajam dan tepat pikiran orang dulu.

Anonymous Thursday, July 24, 2008 10:34:00 PM  

al-fatihah...

selalu balik parit raja?mertua saya kat BP juga...

Anonymous Friday, July 25, 2008 9:23:00 AM  

kumbang - balik pt raja? di labuan dalam 1 -2 kali setahun. dah balik KL nanti mungkin lebih kerap.

mertua di BP? raya nanti boleh ngobrol-ngobrol sambil makan sambal tempe. :) belah mana ye?

Anonymous Tuesday, July 29, 2008 10:22:00 AM  

sunard,
takziah dan al-fatihah disedekahkan kepada arwah.
sorry lama tak menjengah blog ngko, bz sikit dengan urusan duniawi di tanah jepun...
sabar dan redha dengan ujian dan dugaan dari-Nya.

Anonymous Tuesday, July 29, 2008 10:26:00 PM  

rahman - terima kasih.

pergi belajar urusan dunia ke? :)

Jumlah Pelawat

About This Blog

  © Blogger template 'Blue Greens' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP