Wednesday, July 16, 2008

Debat oh Debat! Kecewa Rasanya.

PETRONAS memperoleh untung bersih RM61 bilion ringgit. Keuntungan sebelum cukainya adalah RM95.5 bilion, lebih kurang 1/3 daripada perolehannya yang berjumlah RM23.1 bilion. Oleh itu, kerajaan telah diamanahkan RM67.6 bilion ringgit untuk diuruskan. Jumlah perolehan kerajaan itu adalah daripada royalti, dividen, cukai petroleum, cukai korporat dan sebagainya. (saya ambil daripada laporan berita, belum membaca laporan kewangan rasmi)

Banyak bukan?

Sebagai bandingan jika anda susah memahaminya ialah, pendapatan kasar anda itu telah dicukai oleh kerajaan terlebih dahulu. Maka selepas anda bayar cukai itu anda sangka anda boleh membelanjakan pendapatan bersih selepas cukai namun sama sekali salah. Kerajaan ambil lagi duit anda melalui cukai pintu, cukai tanah, tol, caruman anda dan sebagainya. Sebab itulah jika tanpa perancangan kewangan yang berhemah, anda akan rasa tidak cukup duit sampai bila-bila.

Cukuplah. Selepas ini kita perlu sentiasa bertanya apa yang kerajaan sudah buat dengan duit yang kita berikan. Ke mana ia pergi dan bagaimana ia diuruskan?

Debat Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) dan Datuk Ahmad Shabbery Chik (DASC) sukar sikit saya ulas. Saya dengar sikit-sikit kerana sibuk dengan anak-anak buah Datuk Idris Jala menguruskan tiket kapalterbang untuk pulang ke kampung kerana ada kecemasan di kampung isteri saya.

Cumanya saya cukup suka bila dengar DSAI menyatakan bahawa ini bukan isu duit PETRONAS yang diperuntukkan untuk pengurusannya tetapi tentang bagaimana kerajaan menguruskan kekayaan ini.

Satu perkara yang saya gelengkan kepala sahaja ialah apabila DASC sibuk dengan poin janji DSAI turunkan harga minyak sebanyak RM0.50 daripada RM1.92 iaitu sebelum pilihanraya. Beliau lupa janji ketuanya, harga minyak tidak akan naik selepas pilihanraya. Cukuplah, kita sudah tahu siapa yang lidahnya bercabang di sini.

Cukuplah. Saya tidak mahu ulas panjang-panjang. Banyak ulasan yang boleh and baca di blog-blog lain. Cukuplah. Cukuplah. Ada telinga pakai, ada mata pandang, ada bijak pakai. Cuma saya pelik dengan orang yang bertepuk bagai nak rak itu setiap kali DASC bagi premis rapuh. Kena bayarkah?

Mengapa PETRONAS yang dikaitkan dengan pengurusan kekayaan negara secara keseluruhannya?

Apa kaitan demonstrasi Baling 1974 dengan kenaikan harga minyak kini?

Apa kaitan demo rakyat? Nak luahkan perasaan pun tidak bolehkah?

Sebelum saya terlupa, sebahagian besar perolehan PETRONAS adalah hasil daripada pelaburan di 33 buah negara luar i.e. lebih tinggi daripada pasaran domestik. Jika anda berhujah PETRONAS harus memulangkan perolehan itu kepada rakyat negara ini kerana minyak itu diambil di Malaysia maka izinkanlah PETRONAS memulangkan dengan pulangan sewajarnya kepada rakyat negara-negara itu. Kesannya, pulangan kepada kerajaan akan berkuranganlah dan rasa-rasanya adakah kerajaan bersedia dengan keadaan ini? Dapatkah merasa tambahan RM6 bilion dalam bentuk dividen oleh PETRONAS?

Walaupun DSAI yang peribadinya ditembak secara terbuka dan tidak dijawabnya pun, beliaulah yang terlebih dahulu melangkah ke podium DASC bersalaman. Siapa ego?

4 comments:

-"Thinkerich"- Wednesday, July 16, 2008 1:11:00 PM  

Abah Fateh,

Saya setuju benar dengan penjelasan saudara...DSAI memang seorang politicians yang Profesional...dalam pendebatan pun beliau telah menunjukkan kredibilitinya..dan setelah selesai debat beliau dengan rendah diri menemui DASC untuk bersalaman dengan Menteri Penerangan yang gagal beri Penerangan..Nampaknya DASC kena lebih banyak belajar soal POLITIK dan cara DEBAT yang betuk daripada DSAI...

Anonymous Thursday, July 17, 2008 10:25:00 PM  

thinkerich - itulah nilai jati diri sebenar yang sukar dibentuk jika tanpa hati yang ikhlas dan bersih.

Anonymous Friday, July 18, 2008 12:49:00 PM  

salam kenal

emm DSAI punye bakat pendebat yang tersendiri...

Anonymous Friday, July 18, 2008 9:06:00 PM  

manje - salam kenal. terima kasih kerana sudi singgah dan melekat di sini.

bakat DSAI dalam berpidato memang saya minati. Setara dengan semangat pidato Sukarno.

Jumlah Pelawat

About This Blog

  © Blogger template 'Blue Greens' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP