Sunday, July 6, 2008

Rumah Untuk Disewa

Gambar : Fateh sedang merenung cabaran yang
bakal dilaluinya di Kuala Lumpur kelak.

Rumah ini akan dikosongkan oleh penyewanya mulai 1 September 2008. Ini rumah kampung dua pintu, 3 bilik tidur dan 1 bilik air. Siapa penyewanya? Sayalah, Abahfateh.

Alhamdulillah, selepas 7 tahun menabur bakti di bumi Labuan akhirnya permohonan saya untuk bertukar diluluskan oleh pengurusan saya. Terima kasih Tuan CEO, saya tidak mahu cakap banyak-banyak lagi.

Sekiranya anda bakal ditugaskan ke Labuan sekitar bulan September dan mencari rumah sewa, mungkin ini salah satu pilihan anda. Jika anda ada kenalan yang bakal ditugaskan ke Labuan, bolehlah sarankan mereka mencari tuan rumah saya. (ini adalah iklan tidak berbayar kerana saya tidak akan dapat sedikit komisen pun)

Jadi, saya akan lebih sibuk sekarang dengan perpindahan ini disamping tugas-tugas harian saya yang perlu saya selesaikan segera agar nota serah tugas saya menjadi senipis yang boleh. Kalau blog ini tidak dikemaskinikan seperti selalu saya minta maaf banyak-banyak terlebih dahulu.

Insya-Allah, saya akan memulakan tugas saya di Kuala Lumpur pada 2 September 2008.

11 comments:

Anonymous Monday, July 14, 2008 9:38:00 AM  

Sunard,

Selamat ber'transfer'. Akhirnya ko kembali jugak ke semenanjung..Tahniah dan kalau perlukan bantuan, inform aku nanti...(kekekekekkke).

Anonymous Monday, July 14, 2008 10:40:00 AM  

rahman - kau di jepang nak tolong aku? tolong doakan bolehlah...

Anonymous Monday, July 14, 2008 10:16:00 PM  

wah! pindah ke kota metropolitan..

Anonymous Tuesday, July 15, 2008 11:25:00 AM  

kumbang - saya duduk di 'kampung' aje... :)

SitiNur77 Monday, July 21, 2008 4:41:00 PM  

Salam Bob,
Dah nak meninggalkan pulau ye? Selamat maju jaya. Moga terus tabah dan berjaya. :)

shahrinima mohd sharifuddin Sunday, September 07, 2008 10:43:00 PM  

salam,tumpang tanya.kosong lagi tak rumah sewa saudara dulu?sebab ada my friend kena keja di petronas methanol on this 16 september tengah cari rumah.berapa sewanye?

rasso Thursday, October 23, 2008 2:32:00 PM  

masih kosong lagi rumah tu?

ingin juga menyewa... agak2 berapa sewanya? jauh tak dari UMS Labuan?

mdhafizi Friday, October 31, 2008 11:04:00 PM  

terima kasih atas makluman saudara

saya sedang BETUL2 mencari rumah sewa di Labuan, perlu report duty pada 1 dec 2008

jika ada kekosongan sila hubungi saya segera

email: mdhafizi@gmail.com

tel: 013-3977719 (Hafizi)

terima kasih banyak

mdhafizi Friday, October 31, 2008 11:06:00 PM  

adakah saudara rasso bekerja di UMS sabah?

Anonymous Friday, November 07, 2008 3:42:00 PM  

helloo..

saya sedang mencari rumah sewa di Labuan, masih kosong lagi rumah tu?
agak2 berapa sewanya?

email: ayunie_12@yahoo.com

tel 0128699060

tq

Anonymous Thursday, June 10, 2010 10:37:00 AM  

mcm goreng pisang pnas lak rmh sewa ni, aku pn tgh cari ni..nk masuk JULY ni.. o199626089

tlg ye klu ade.
tq

Jumlah Pelawat

About This Blog

  © Blogger template 'Blue Greens' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP