Friday, June 27, 2008

Tersangat Ghairah Rangsangan Seksnya.

Kita rakyat Malaysia selalu berbangga dengan kedudukan bukan? Bangunan tertinggi, kek tertinggi, antara negara paling tinggi amalan rasuah dan sebagainya. Yang elok-elok kita bangga-banggakan, yang tidak elok kita cuba sembunyi-sembunyikan buat tidak tahu. Yang sedihnya tidak ada sebarang usaha untuk memperbaikinya.

Sekarang saya senaraikan kedudukan Malaysia untuk satu kategori yang baru.

1. Greece
2. Brazil
3. Russia
4. China
5. Poland
6. Itali
7. Malaysia
8. Sepanyol
9. Switzerlan
10.Mexico

Sebelum saya beritahu apakah kategorinya. USA, England mahupun Jepun tidak ada dalam senarai. Hanya Malaysia dan China sahaja negara Asia. Ini sudah cukup baik. Berita yang sangat baiknya ialah Malaysia hanyalah satu-satunya negara Islam (pemimpin Be End-UMNOlah cakap) dan amalkan Islam Hadhari pula yang tersenarai dalam Senarai 10 Teratas (Top 10 list).

Senarai ini adalah hasil kajian oleh Durex. Bagi anda yang buat-buat baik dengan berpura-pura tidak tahu apakah itu Durex, ia adalah antara syarikat pengeluar kondom terbesar di dunia.

Kategori ini pula adalah The Most Horniest Country in the World’. Alih bahasanya pula, Negara Yang Paling Ghairah Seksualnya di Dunia. Antara catatan yang tertulis di dalam web yang melaporkannya ialah Malaysia adalah sebuah negara yang konservatif dalam perkara berkaitan seks sehinggakan pendidikan seks di sekolah hebat diperdebatkan. Malahan, salah seorang menterinya dipaksa turun kerana rakaman video seks peribadinya. Namun di sebaliknya adalah satu kehidupan yang hangat dan memeranjatkan. Anda boleh baca laporan selanjutnya di AskMen.com.

Dalam menggeleng kepala, saya terpaksa mengakuinya. Janganlah pertikaikan sangat kesahihan dan kredibiliti kajian tersebut. Yang pasti satu dunia sudah tahu keputusan ini.

Jika anda seorang blogger, anda tahu perkataan carian yang paling popular adalah berkaitan dengan sex. Taiplah perkataan-perkataan seperti bogel, melayu boleh, telanjang, kisah seks dan gadis melayu telanjang maka dengan segera enjin pencari akan memberikan keputusan dengan segera. Terbuktilah betapa ghairahnya bangsa manusia yang berbahasa melayu ini dengan seks.

Bilangan disko, rumah urut, rumah tumpangan murah dan sebagainya cukup banyak. Baru-baru ini bising satu Malaysia dengan bilangan rumah urut yang cukup banyak di Selangor yang rata-rata menawarkan perkhidmatan tambahan. ’Extra Service’ katanya? Jika di Labuan, bilangan disko, bar dan yang sewaktu dengannya cukup banyak. Tidak seimbang nisbah pusat hiburan dengan bilangan penduduk. Waktu malam di Labuan, jika mata anda tajam, pasti tertangkap wanita-wanita Filipina tidak cukup kain berjalan ke sana-sini menunggu siput jantan berhidung belang yang tidak sabar menyiput si siput betina.

Kawasan seks (red light area) cukup banyak di Malaysia. Pengalaman saya berjalan-jalan di kawasan Bukit Bintang pada waktu malam cukup menggegarkan iman. . Apa tidaknya? Jalan 50 meter sahaja dapat kad khidmat istimewa, jalan ke hadapan sedikit dapat kad gadis peneman (escort girls), jalan terpesong sedikit sahaja, luruhlah iman saya di situ. Isu Lorong Haji Taib sudah bertahun-tahun dibincangkan. Bilangan maknyah memperdagangkan tubuh badan di sana semakin banyak adalah. Rancangan 999 oleh TV3 rasanya-rasanya 50% - 60% daripada liputannya adalah mengenai jenayah seksual.

Badan pelajar baru cadang tukar uniform pelajar perempuan supaya lebih sopan sudah dibidas oleh banyak pihak. Maka tidak hairanlah, ramai perempuan tidak segan silu pakai baju nampak lurah, nampak bentuk buah dada yang ranum ataupun sekurangnya baju yang jarang agar boleh nampak coli mahal yang dibeli di Suria KLCC mahupun LOT 10, kalau beli di pasar malam pun tiada siapa yang tahu. Asalkan apa yang dinampakkan boleh menitikkan air liur kucing jantan berambut hitam cukuplah. Begitu juga seluar sangat ketat dan maha sendat sampai gaya berjalan pun jadi macam itik serati cacat pulang petang. Baju senteng nampak pusat dan lurah punggung sudah jadi kebiasaan hatta yang bertudung pun tidak segan silu lagi memakainya. Ia sudah jadi kebiasaan, tidak ada orang hendak larang. ”Ayah saya Imam masjid pun tidak tegur pakaian saya, kenapa awak sibuk?”

Orang lelaki mata keranjang memanglah suka menjilat tubuh badan terdedah begini. Yang buat-buat baik, nampak sekali terus dipandangnya, jika teralih pandangan, berdosa pula pada pandangan kedua. Yang betul-betul baik jadi tidak tentu arah pula jadinya. ”Jenayah seksual tidak terdorong oleh faktor pakaian.” kata salah seorang aktivis wanita.

Itulah antara sebabnya saya tidak hairan Malaysia yang terkenal dengan Islam Hadharinya tersenarai dalam senarai 10 ’The Most Horniest Country in the World.’ Ialah, imam besar Islam Hadharinya pun suka pegang-pegang bahu perempuan yang bukan mhurimnya. Imam borek, umat rintiklah.

Cukuplah, nanti entri ini akan tersenarai dalam ’The Most Horniest Blog Entry in Malaysia’. Kalau jadi ’The Most Sarcastic Blog Entry’ saya tidak kisahlah. Terima kasih Hairul.net atas tulisan anda.

Apa pandangan anda? Anda setuju dengan tersenarainya Malaysia dalam senarai Durex itu atau sebaliknya?

7 comments:

Abah Mui'zz Friday, June 27, 2008 10:30:00 PM  

Entri ini abah baca sambil tersenyum. Senyum yang kadangkala menggeleng-geleng kepala. Geleng bukan sebab tidak setuju, geleng sebab betapa setujunya abah dengan apa yang dikata, dan abah rasa tidak ramai yang akan menidakkan apa yang dikata, kerana sebagai manusia waras, menafikan macam mana pun, naluri kita tetap tahu apa realitinya.

Anonymous Saturday, June 28, 2008 1:29:00 AM  

abahfateh. dulu saya penah bekerja di sebuah kedai serbaneka 24jam milik orang melayu. DUREX adalah jenama komdom yang paling laris jualannya berbanding PEACE,PLAYSAFE dll, dan pelanggan tetapnya dari orang melayu sendiri. sedih hati ini. tapi apa boleh buat, hanya makan gaji.

Anonymous Saturday, June 28, 2008 8:52:00 AM  

abahmuizz - terima kasih kerana datang. Kita sebagai abah-abah di malaysia ni bimbang dengan masa depan anak2 terutamanya berkaitan dengan iman dan akidah mereka. kita kena sedarkan mereka dan semua pihak daripada sekarang.

fared - kalau dah kawin takper, ni terbukti tak kahwin lagi yang susah. Itulah masalahnya bila kondom lebih dicanangkan sebagai pencegah penyakit kelamin seperti AIDS berbanding pencegah kehamilan.

Anonymous Saturday, June 28, 2008 10:57:00 AM  

Aisey mann...memang aku tak tahu menahu hal-hal rumah tangga ni...sunard, ko kena banyak bagi tips kat aku nih...

Anonymous Sunday, June 29, 2008 1:59:00 AM  

Hehe....

Lagi mantap olahan abah fateh ni :)

eD Sunday, June 29, 2008 4:37:00 AM  

rakyat malaysia gemarkan seks bukan semestinya negatif.kadar kelahiran negara akan jadi tinggi secara tak langsung.kita nak jadi negara maju kita perlukan rakyat lebih.of course bukan anak luar nikah.tapi kajian tu betul,dan tiada apa yang nak dimalukan.

fikir kenapa Jepun tiada dalam senarai.salah satu sebabnya dalam satu keluarga ada seorang kebiasaannya,max tiga orang anak.betapa rakyat negara itu tak gemarkan seks.susah juga.negara kurang rakyat.

penulisan anda betul,malaysia byk masalah sosial berkaitan seks.tapi macam takde kaitan dgn malaysia masuk list tu.

Anonymous Sunday, June 29, 2008 12:39:00 PM  

marahman - sikit2 bolehlah.

hairul - tak hebat sangat.

ed - point anda ada betulnya. Saya kira tidak ada masalah jika definisi 'horny' itu pada kekerapan rakyat malaysia berhubungan seks secara sah sahaja (dah kahwin). Tetapi dalam laporan itu ada tertulis di mana anda boleh dapat sumber keghairan tersebut.

tentang anak sedikit maka hubungan seks sedikit saya rasa kurang signifikan juga sebab banyak teknologi yang boleh menghalang kehamilan.

apa yang saya utarakan adalah simptom-simpton masalah sosial. punca sebenarnya sangat sedikit saya sentuh. antara punca umat islam tidak cantik (akhlak umat islam tidak sejajar dengan ajarannya adalah kerana kita tewas dgn hawa nafsu), salah satunya terbukti dengan apa saya tulis.

wallahua'alam, astaghfirullah.

Jumlah Pelawat

About This Blog

  © Blogger template 'Blue Greens' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP