Friday, May 23, 2008

Mengelak Jenayah Seks! Tukar Uniform Pelajar Perempuan

Baju kurung adalah baju tradisional Melayu yang sememangnya sopan dan sedap mata memandang. Ia kini sudah diterima oleh semua kaum. Oleh itu pada hari ini kita dapati majoriti wanita daripada semua kaum di Malaysia mempunyai sekurang-kurangnya sehelai baju kurung. Ia bukan baju milik Melayu, ia menjadi baju kebangsaan dan menjadi kebanggaan kita.

Isunya kini ialah baju kurung putih pelajar-pelajar sekolah. Selepas membaca ”PKPIM diserang, mana pemimpin-pemimpin Islam?”, saya terus membuka laman web pihak-pihak yang terlibat.

Sila baca.

1. Tukar Baju Elak Gangguan Seks.

2. Islamic Group’s Uniform Comment Slammed.

Saya ingin memberi satu pandangan peribadi saya dan ini akan menyokong Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (nota : saya bukan ahli PKPIM). Sememangnya uniform sekolah pelajar perempuan perlun ditukar kerana ia berwarna putih dan kebanyakan material kainnya sangat tipis. Tembus dan boleh nampak warna kulit!

Pelajar perempuan sekolah menengah adalah adalah remaja perempuan yang sedang mengalami perkembangan fizikal yang cukup hebat. Adakah perkembangan fizikal mereka ini tidak akan menarik perhatian lelaki? Anak remaja lelaki yang bersama-sama mereka juga sedang mengalami perkembangan fizikal dan mental dan rasa ingin tahu mengenai seks adalah salah satu daripadanya. Saya juga tidak dapat membayangkan guru-guru lelaki yang terpaksa menjaga pandangan mereka. Tersalah cara memandang mungkin dituduh cikgu miang, gatal dan mungkin cikgu gila seks. Selepas sekolah, anak-anak perempuan ini akan keluar sekolah, menunggu bas, berjalan di bandar dan sebagainya. Lelaki yang kurang iman, pasti matanya tidak melepaskan rezeki menjilat susuk tubuh anak dara yang sedang mekar.

Apa yang dicadangkan oleh PKPIM adalah untuk mengelakkan jenayah seksual. Apa itu jenayah seksual? Anda boleh baca lanjut di sini sebagai salah satu sumber definisi jenayah seksual.

Saya teringatkan firman Allah yang bermaksud ”Jangan kamu hampiri zina”. Allah menggunakan perkataan ’taqrabu’ iaitu hampiri bukannya ”melakukan”. Ini bermakna, apa sahaja perkara yang boleh mendorong manusia melakukan zina atau jenayah seks harus dijauhi. Antaranya adalah bahan-bahan pornografi dan pergaulan bebas. Jadi, adakah salah cadangan PKPIM untuk menambah baik uniform pelajar perempuan ini?

Makcik saya yang bekerja sebagai guru di selatan tanahair pernah bercerita kepada saya berkenaan isu ini. Beliau memberitahu saya pihak sekolah terpaksa memberi amaran kepada pelajar-pelajar perempuan supaya memakai singlet jika tidak bertudung (bertudung sangat digalakkan). Ini disebabkan kerana ada pelajar yang sengaja memakai coli yang cerah warnanya seperti merah, kuning dan sebagainya dan ini telah menimbulkan rasa tidak selesa di kalangan guru-guru dan pelajar-pelajar lelaki.

Saya pernah melihat pelajar perempuan yang selamba sahaja membuka tudung sebaik keluar kawasan sekolah (kerana rambutnya diwarnakan) dan terserlah bentuk colinya yang berwarna itu. Dia diusik rakan-rakan lelakinya tetapi dia tidak marah, hanya ’marah-marah manja’.

Adakah ini bukan daya tarikan kepada berlakunya jenayah seksual?

Saya berharap agar Kementerian Pendidikan melihat isu ini secara serius. Saya sangat sedih jika PKPIM dikecam apatah lagi Kementerian Pendidikan diketuai oleh seorang menteri dari UMNO yang kononnya memperjuangkan nasib bangsa dan agama Islam.

Saya menyokong cadangan PKPIM – tukar uniform pelajar perempuan!

4 comments:

Anonymous Sunday, May 25, 2008 1:16:00 AM  

saya teramat setuju kalau kerajaan malaysia menukarakan warna baju pelajar perempuan dari putih ke warna yang lebih tebal.

tukar! tukar! tukar!

Anonymous Sunday, May 25, 2008 11:27:00 AM  

fared - terima kasih atas sokongan!

nyatakan sokongan anda di mana jua...

Anonymous Sunday, June 01, 2008 1:33:00 AM  

Allah turunkan setiap peraturan itu bersebab. mewajibkan wanita menutup aurat ialah bagi melindungi golongan wanita tersebut dari segala gangguan. sebolehnya pakaian tesebut jangan sampai boleh menarik perhatian, warna warni dan sebagainya. sbb itu di afghan,iran wanita sana berpakaian gelap dan menutup sebahagian muka. itu pun ada yg mengganggap menindas wanita dan ketinggalan..

kat sini pula menteri pelajaran kata isu baju kurung ni remeh... hmmm...

Queenie Friday, June 06, 2008 7:59:00 PM  

Salam,

Saya anggap semua komen yg tersiar ada kebenarannya. Katakan kerajaan tukar warna uniform pelajar perempuan dari warna putih yg pandang tembus hingga mampu menggegarkan dan menakluk iman lelaki kepada warna kelabu atau warna2 lain yg lebih TEBAL, sedangkan kefahaman dan keimanan sipemakai itu sendiri begitu TIPIS, agaknya dimana rasionalnya ya?

Ibaratnya, balutlah tebal manapun, bungkuslah, lilitlah, akhirnya tanpa kefahaman yg TEBAL, mereka akan selak jugak! akan londeh jugak!

Sesiapapun dari kita sedar, persoalan TEBAL atau TIPISNYA yg dalam itu bermula dari kita, ibubapa dirumah, sebelum anak2 ini dihantar kesekolah kerajaan yg mana didikan Islamnya begitu alakadar walhal ini negara Islam dan berajakan pemerintahan Islam., yg mana sepatutnya didikan Islam itu dapat diperolehi dgn kadar yg murah kalau tidak free sekalipun.

Barangkali bukan uniform dan warnanya yg perlu ditukar tetapi sistem didikan di negara ini sendiri, mentaliti pegawai2 yg diamanahkan menjaga soal halal haram makanan2 negara ini dan barangkali juga sistem waktu bekerja bagi ibubapa yg punya anak2 kecil yg TERNYATA terbiar sementara menunggu ibubapa pulang meraih rezeki, katanya.

Mereka yg berkemampuan lain kira sebab anak2 boleh diletakkan dipusat2 jagaan yg advanced, tp anak2 rakyat melata yg lain2 inilah antaranya kelak menjadi tukang selak dan tukang londeh pada zaman remajanya (tak dinafikan anak2 org berada pun ada yg dua kali lima), nak salahkan sapa? Masing2 punya alasannya yg konkrit, SIBUK! SIBUK! SIBUK!

So sebenarnya apa yg sebenar2nya perlu ditukar?

Jumlah Pelawat

About This Blog

  © Blogger template 'Blue Greens' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP