Tuesday, June 10, 2008

Jahil Bersolat : Jangan Ikut Mereka

Di sebuah kampung ada 3 orang remaja yang suka membuang masa seperti duduk bermain gitar tanpa mengira masa dan sebagainya. Mereka adalah Ali, Budin dan Ciko.


Perangai dan tingkah laku mereka menyebabkan ramai orang tidak senang duduk termasuklah Tuan Imam.

Pada suatu hari Tuan Imam datang dengan niat ingin memberi kesedaran kepada mereka. Tanpa disangka-sangka, berlakulah cabar-mencabar di antara Tuan Imam dan mereka bertiga, Tuan Imam telah mencabar mereka bertiga untuk ke surau pada waktu maghrib nanti.

Berkata Ali, "Tuan Imam sangka kami ini jahilkah? Baiklah, malam nanti kami akan buktikan bahawa sangkaan Tuan Imam adalah salah.”

Maka apabila hampir masuk waktu Maghrib, mereka bertigapun sampailah di surau. Mula-mula, Tuan Imam menyuruh Ali melaungkan azan. Tanpa berlengah, Ali terus sahaja azan dengan menyebut, "Allah Ta'ala, Allah Ta'ala"

Dengan segera Tuan Imam merampas mikrofon daripada Ali lalu menyuruh Tuan Bilal sahaja yang azan. Maka, terserlahlah kejahilan Ali. Selepas iqamat, ketika Tuan Imam mengangkat takbiratul ihram, beliau menghadapi masalah untuk mendapatkan niatnya. Sekali takbir, diulangnya semula. Sehinggalah tiga kali. Kali keempat, Budin terus memanggil Tuan Imam. "Tuan Imam, boleh duduk di belakang, biarlah saya jadi imam."

Tuan Imam pun mengundur ke belakang dan Budin pun mengangkat takbiratul ihram. "Allahuakbar!"

Maka para makmum pun mengangkat takbiratul ihram dan memulakan solat. Tiba-tiba sahaja Budin berpusing ke belakang dan berkata, "Tuan Imam tengok, sekali sahaja saya buat."

Maka terbatallah solat Budin. Jemaah yang lain pun turut terhenti sambil ketawa terbahak-bahak. Tuan Imam pun minta Ciko pula menjadi imam. Ciko terus ke depan dan memulakan solat maghrib bermula daripada takbir sampai le habis sembahyang. Sermpurna sehingglah ke wirid-wirid selepas solat. Tuan Imam dan jemaah lain berasa kagum dengan Ciko. Selepas solat, Tuan Imam pun memuji-memujilah Ciko. Namun dengan bongkaknya Ciko berkata, "Hahaha, itu belum ambil wuduk lagi. Kalau dah ambil wuduk, lagi dahsyat saya sembahyang.”

Tuan Imam dan jemaah yang lain hanya terkedu dan terpana mendengarnya.

Dipetik dan diedit semula menggunakan Bahasa Melayu tinggi daripada : Cerita Lawak ke Sedih?

Gambar hanyalah hiasan.

8 comments:

Anonymous Tuesday, June 10, 2008 9:53:00 PM  

cite tang wuduk tu baru dengar.

hoho

Pakdi
http://my.pakdi.net

Anonymous Wednesday, June 11, 2008 9:47:00 AM  

betul, penambahan baru dari versi budin.

9w2yvf - VF @ Yusairi Wednesday, June 11, 2008 10:43:00 AM  

salam sunardi,

:)...ciko paling lawak..sesuka je.

terima kasih di atas ucapan hang di dalam blog aku.

Anonymous Friday, June 13, 2008 11:58:00 AM  

i've never heard of this one.
selalu baca yg versi tgh sembahyang nampak tikus lalu tuh.

hehe~

Anonymous Friday, June 13, 2008 5:14:00 PM  

yusairi : biasa-biasa je ucapan tue.

nadia : thanks for visiting. tikus cerita lama... nie pun terjumpa..

syamsul Saturday, June 14, 2008 1:18:00 AM  

salam, ni namanya Jahil Merakkab..
sebetulnya, mmg ada di sekitar kita, org yg tersembahyang sbb org lain solat, terjadi Imam pastu terus ke blkg bila dah selesai sbb tak tau camne nak wirid.Mcm2 ada dlm masyarakat kita ni.

Anonymous Monday, June 16, 2008 5:29:00 PM  

Hahaha. memang lawak ciko tu. saya terbahak sorang-sorang depan laptop :D
moral: ajar dan bimbing anak anda bersolat walaupun masih kecil. moga dia menjadi hamba yang bertaqwa.

Anonymous Tuesday, June 17, 2008 8:19:00 AM  

bro syams, itulah masalahnya bila harga minyak naik lebih penting daripada solat dengan betul.

fared, saya tidak boleh nafikan anda lagi.

Jumlah Pelawat

About This Blog

  © Blogger template 'Blue Greens' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP