”Bagaimana jualan hari ini?” tegur Abahfateh kepada Makcik Devi.
Makcik Devi memandang Abahfateh dengan senyuman penuh makna lalu membalas ”Jualan hari ini baik. Mungkin kerana ada kerja-kerja membaiki jalan di hujung sana, ramai pekerja datang ke sini membeli air.”
Abahfateh tersenyum mendengarnya lalu terus ke peti sejuk. Dibukanya pintu peti sejuk dan melihat-lihat pilihan air minuman yang ada. Sesekali dia menjeling ke arah kaunter pembayaran. Kelihatan Makcik Devi sedang sibuk melayan pelanggan-pelanggannya yang membeli barangan.
”Berapa harga sebungkus mee segera ini??” kedengaran pemuda itu bertanya kepada Makcik Devi sambil menunjuk bungkusan mee segera tersebut. Abahfateh tertarik mendengar pertanyaan itu. Dia melihat seorang pemuda yang berpakaian lusuh, mukanya berminyak dan kelihatan sangat penat.
”Yang itu harganya 60 sen.” ringkas jawab Makcik Devi. Pantas pemuda itu mengeluarkan syiling daripada poketnya. Berhati-hati dia mengira duit syiling tersebut. Terpancar senyuman di wajahnya. Lantas dia beratur di belakang pelanggan yang lain menunggu giliran ke kaunter pembayaran. Abahfateh mengambil sekotak minuman lalu beratur di belakang pemuda tersebut. Dia tersenyum apabila pemuda tersebut menoleh ke arahnya.
Berhampiran kaunter terdapat satu rak yang penuh dengan sangkar telur ayam. Pemuda itu mengambil sebutir telur lalu segera ke kaunter dan bertanya, ”Sebutir telur ini berapa pula harganya?”
”Sebutir telur harganya 30 sen. Kamu mahu?” jawab Makcik Devi sambil mengambil bungkusan mee segera itu dan dimaksukkan ke dalam sebungkus plastik. Pemuda itu sekali lagi mengeluarkan syilingnya dan mengiranya berhati-hati. Perlahan dia mengambil telur tersebut dan meletakkan kembali ke tempat asalnya.
”Tidak mengapalah. Hari ini saya makan mee segera ini sahajalah.” balas pemuda tersebut. Abahfateh terdiammendengarnya. Segera pemuda itu membayar harga sebungkus mee segeranya dan berlalu dari kedai itu. ”Siapa pemuda itu?” tanya Abahfateh sambil mengeluarkan duit.
”Oh, saya rasa dia pekerja membaiki jalan itulah. Tidak pernah saya lihat dia sebelum ini.” balas Makcik Dewi.
”Kasihan dia, mahu beli telur sebutir pun tidak mampu.” balas Abahfateh.
”Kenapa makcik tidak berikan sahaja telur itu percuma?”tanya Abahfateh pula.
”Saya orang berniaga. Kenapa kamu tidak bayarkan sahaja harga telur itu tadi?” tempelak Makcik Devi. Abahfateh terdiam.
”Kamu bekerja di syarikat besar. Saya rasa kamu lebih mampu.” sambung Makcik Devi lagi. Hanya sekuntum senyuman dapat diberikan oleh Abahfateh.
6 comments:
AbahFateh,
Aku pun btul2 terasa. mmg kene tepat kat aku gak.rupe2nya byk cara kite boleh sedekah..x semestinya melalui tabung masjid mahupun zakat..
-sgt2 menginsafkan-
"saya ni orang berniaga..."
dialog ni mengharukan utk gue..
sedihnya.. kalau saya ada masa tu mesti dah nangis..
thanx for your comments. Ini sebahagian kisah benar yang masih saya segar dalam kotak ingatan ini.
zulfadli - jalan menuju kebajikan banyak cabangnya, kena kenalpasti bagaimana dan betulkan niat.
pakdi - hahaha... masa tulis tak teringat nak 'tuju' kat sesiapa.. harap jadi panduan.
ad - saya sampai sekarang masih terasa bersalah dengan pemuda itu.. tapi apakan daya.. pengajaran untuk semua.
Salam abahfateh,
Saya pun terasa terkesal ngan sikap anda yg hanya melepaskan pemuda tu berlalu pergi, ya la..mmg boleh jadi panduan utk kita semua dimasa depan, rasa nak nangess...
salam, bro,bab beras ( yg akan naik harga), selalunya saya akan pastikan saya beli yg terbaik utk keluarga saya, berjenama serta kalau boleh terwangi. pernah juga saya bertembung dengan seorang pembeli yg bertanya di kaunter : "saya nak beli beras hancur" dan saya sedang beratur utk bayar beras berjenama serta terwangi...
Post a Comment