Thursday, April 10, 2008

Aturan Allah itu Sangat Misteri.


Sudah lama saya tidak mengemaskini blog saya. Strategi awal saya sebenarnya apabila blog saya menginjak umur 1 bulan saya ingin berhenti seketika untuk penilaian semula dan menuntut ilmu lebih banyak lagi. Namun, banyak perkara yang berlaku kepada
keluarga saya menyebabkan semua aktiviti yang dirancang terpaksa dibatalkan ataupun ditunda pada saat-saat akhir.

Antaranya, anak kedua saya terpaksa dimasukkan ke hospital kerana jangkitan paru-paru. Kesannya, hajat saya untuk melawat ibu saya yang sakit dan berkumpul bersama keluarga terpaksa dibatalkan. Melayang juga sejumlah wang saya ke AirAsia akibat pembatalan penerbangan saya.

Apapun, saya percaya ada hikmah di sebalik kejadian ini semua. Aturan Allah itu kadang-kadang tidak tercapai oleh logik akal kita semua. Sangat misteri aturanNya.

2 comments:

syamsul Saturday, April 12, 2008 12:41:00 PM  

Bro Bob, Dia Maha Merancang walau sebijak mana kita hambaNya merancang (mafhum Quran).Juga dinyatakan lebih 70 ayatNya menekankan 'org yg berfikir'. Utk menilai satu-satu perkara dengan penuh hikmah, perlunya ilmu. Kerana hikmah itu adalah ilmu.Memang benar, sabar dan doa senjata org mukmin. DAN JANJINYA JUGA ADALAH BENAR. salam.

Anonymous Wednesday, April 16, 2008 8:18:00 PM  

kita merancang...ALLAH juga merancang...

Jumlah Pelawat

About This Blog

  © Blogger template 'Blue Greens' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP