Monday, December 1, 2008

Pendorong Perubahan

Perubahan? Anda inginkan perubahan? Entri saya kali ini bukan mengenai perubahan lanskap politik di Amerika Syarikat dengan terpilihnya Barrack Obama sebagai Presiden Amerika yang ke-44 ataupun yang seumpama dengannya.

Ketika saya kecil dahulu, saya pernah mengadu kepada ibu saya betapa susahnya pelajaran yang saya belajar pada tahun tersebut dibandingkan dengan tahun sebelumnya. Emak saya menjawab mudah dan jawapan itu melekat di pemikiran saya sehingga hari ini. “Semakin besar kita, semakin sukar perkara yang akan kita hadapi.”

Mesej utama yang ibu saya sampaikan adalah sentiasa berubah. Ubah sikap, kelakuan, pandangan dan sebagainya apabila keadaan memerlukannya. Namun untuk berubah bukannya mudah bukan? Orang gemuk yang ingin mengubah diet pemakanannya kerana ingin kurus seringkali gagal. Pelajar yang ingin berubah menjadi pelajar yang rajin gagal di pertengahan tahun kerana kurangnya komitmen diri. Pekerja yang tidak produktif gagal menjadi sebaliknya kerana sering menyalahkan faktor luaran seperti rakan sekerja, tempat kerja dan juga majikannya.

Perkara pertama yang perlu ditukar adalah kepercayaannya. Mengapa harus menjadi kurus, berubah menjadi rajin dan produktif? Sekiranya kepercayaan tidak diubah, maka ia akan menjadi azam yang sia-sia. Sebagai contoh, seorang pelajar yang ingin berubah menjadi pelajar yang rajin kerana hanya percaya itu akan menyebabkan beliau akan mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan. Adakah itu mencukupi? Belum tentu lagi kerana pelajar tersebut tiada kepercayaan kukuh mengapa beliau harus mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaannya. Sekiranya beliau melihat keputusan yang baik itu sebagai salah satu tiket untuk beliau berjaya dalam hidup, maka beliau akan tabah tidak kira apa juga masalah dan cabaran yang beliau hadapi.

Pokoknya, kepercayaan kitalah yang harus diubah. Hanya dengan kepercayaan yang betul, tepat dan teguh yang akan dapat memberitahu minda dan jasmani kita untuk lebih komited terhadap perubahan yang ingin kita lakukan.

Moto Nike, ‘Just Do It’ mungkin benar. Namun Honda lebih ampuh motonya dalam mendorong perubahan, ‘The Power of Dream’.

Bermimpilah dan tetapkan kepercayaan anda. Kepercayaan anda akan mendorong kelakuan dan tingkahlaku anda untuk lebih cemerlang.

2 comments:

ckLah @xiiinam Saturday, December 06, 2008 5:02:00 PM  

Masa ckLah sebaya Aiman..ckLah pun terpinga2 bila cikgu tanya tentang cita-cita cklah... ..cita-cita ckLah sentiasa berubah setiap kali cikgu tanya tentang cita-cita untuk rekod kad ooi...ada jururawat,posman,polis,peramugari...tinggikan cita-cita ckLah..he...he..

Anonymous Tuesday, December 09, 2008 7:51:00 PM  

betul tue ckLah, saya pun begitu juga. kerja sekarang jauh daripada cita2 dulu.

Jumlah Pelawat

About This Blog

  © Blogger template 'Blue Greens' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP