Wednesday, December 3, 2008

Kisah Sebuah Cita-cita

Seorang ibu bertanya kepada anaknya ketika mereka bersiap-siap hendak pergi ke bandar. "Apabila Aiman sudah besar nanti, Aiman hendak menjadi apa?"

Dengan riak wajah penuh keyakinan Aiman menjawab. "Saya ingin bekerja di bank."

Maka terukirlah senyuman di wajah ibu tersebut mendengarkan jawapan anaknya. Berkatalah ibu itu kepada dirinya sendiri. "Nanti Ibu bawakan Aiman ke bank untuk Aiman lihat sendiri para pegawai bank bekerja di sana. Moga-moga terbakarlah semangat Aiman untuk belajar dengan lebih tekun lagi."

Setibanya mereka di bandar, ibu Aiman terus membawa anaknya ke sebuah bank berhampiran dengan perhentian bas. Kelihatan Aiman sangat teruja melihat kesibukan bank tersebut itu. Ibu Aiman terus memberikan kata-kata perangsang kepada Aiman. "Inilah bank. Lihat di sana, yang duduk di belakang kaunter itu adalah pegawai-pegawai bank. Mereka rajin belajar dan mendapat keputusan yang baik barulah mereka boleh bekerja di sini. Aiman pun kenalah rajin belajar barulah boleh bekerja di bank."

Melingas mata Aiman melihat pergerakan setiap orang di dalam bank. Perhatiannya terganggu apabila ibunya bertanya. "Aiman hendak jadi yang mana satu."

Aiman menuding kepada seorang lelaki pertengahan umur yang duduk di satu sudut, berkemeja putih, berseluar hitam dan bertopi. Di tangannya senapang 'pumpgun' yang muncungnya sentiasa mengacung ke atas. Jahitan kemas tersemat di atas poket kanan kemejanya tertulis "Keselamatan". "Aiman ingin jadi orang seperti itulah. Boleh ibu?"

Terdiam ibunya melihat cita-cita sebenar anaknya.

Nota:
Abahfateh tidaklah mengatakan kerja sebagai seorang pengawal keselamatan itu hina atau sebagainya. Kisah di atas adalah kisah sebenar yang berlaku ke atas seorang ibu yang merupakan kawan penulis. Anak-anak melihat orang-orang yang ada di sekeliling mereka dan ingin sekali menjadi sekali mereka. Pendedahan dan bimbingan yang berterusan akan memberikan panduan berguna kepada anak-anak dalam menentukan cita-cita mereka.

4 comments:

arsaili Sunday, December 07, 2008 1:14:00 PM  

salam....kanak2 penuh dengan cita2..seperti juga saya...tapi ibu bapa saya lebih membakar semangat agar saya berjaya dalam pelajaran..agar mencontohi saudara mara yg berjaya...cita2 bole ditentukan kemudian. Malah apa yg saya jadi hari ini tidak pernah terfikir di masa kanak2...ehehe

Anonymous Tuesday, December 09, 2008 7:54:00 PM  

betul tu saudara arsaili, cumanya kena bagi gambaran yang betullah pada anak2.

apapun, biar halal sumber pendapatannya.

Anonymous Wednesday, December 10, 2008 5:10:00 PM  

kecik2 dh pasang cita2 nk jadi cikgu. tp bila naik darjah 2, cikgu kata jgn jd cikgu sbb gaji cikgu sikit. hehehe. dia soh jd doktor.

so, stat pada tu cita2 nk jadi doktor lak. tp bila smpi drjh 6, cikgu tanya takut tikus tak. bila jwb takut, cikgu kata tak layak jd doktor.

so tuka lagi cita2. dh tuka 5 6 kali cita2 mengikut keadaan semasa, las2 jadi consultant. heheheh

Anonymous Sunday, December 14, 2008 4:55:00 PM  

aduh...
camna nak jawab tu?
biarlah buruk bagaimanapun kerja,berpanas,berembun...
tentu baktinya mengharum...
hasil pencarian nafkah yg halal.

Jumlah Pelawat

About This Blog

  © Blogger template 'Blue Greens' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP