Thursday, November 27, 2008

Bahasa Jiwa Bangsa

Saya seorang penulis SMS dalam bahasa penuh. Singkatan yang digunakan adalah singkatan yang diterima umum seperti yang menjadi 'yg.', tidak menjadi 'tdk.' ataupun 'x' dan sebagainya. Namun singkatan mengarut-ngarut dan istilah slanga sama sekali saya tidak guna.

Jika ingin berbahasa, gunakan sesempurna mungkin. Berbahasa Melayulah sepenuhnya atau berbahasa Inggerislah sebaik-baiknya. Adakah saya ingin menunjukkan bahawa saya seorang pendokong bahasa? Sebahagiannya benar dan sebahagiannya lagi adalah untuk mengelakkan kejadian seperti di bawah ini berlaku. Ini adalah contoh sebenar yang saya petik daripada rakan blogger saya. Seorang guru Sejarah dan Bahasa Melayu.

Saya dapati penggunaan bahasa ringkas dalam sms, dan ejaan2 yang rosak seperti citer(cerita), amik (ambil) , jer…(sahaja), x (tidak), takleh (tidak boleh), x de (tiada), klu (kalau), nampaknya sudah terbawa-bawa dalam peperiksaan.

Kawan-kawan selalu ketawakan saya kerana biasanya saya menggunakan ayat yang gramatis bila ber SMS. Jadi, “pesanan ringkas” saya biasanya panjaaaaaang!.

“Aku taule ko Ibu pejuang Bahasa Melayu”
Perli kawan saya.

Manakan tidak, saya selalu gagal menangkap maksud sebenar penghantarnya jika ditulis dengan ringkasan yang tidak mengikut piawai….

Contohnya, SMS dari seorang rakan;

SMS dari Ija
(3.00 pagi) : kk, bbi dlm kndg x grk 24 ors dh, tkt

Saya tak faham maksud Ija. Apa pulak cerita babi dalam kandang? Mencarut malam-malam buta! Lalu saya balas….dengan ngantuknya….

SMS dari Saya
: Taulah sekarang tengah panas dengan isu ba alif ba ya! Takkan mimpi pergi kandang khinzir kot?

Tiba-tiba telefon saya berdering…. “Ija Calling!”

“Aloo kak…Ija kat wad ni….baby dalam perut Ija tak bergerak-gerak. Dah sehari suntuk…Doktor kata……baby Ija dah tak ada…hu…hu..hu..”


Nota : Ija mengandung anak sulung, selama ini, jika ada masalah tentang kehamilannya, sayalah pakar rujuk dia…Macam manalah saya boleh tak peka dengan cubaannya untuk mengadu melalui SMS!!!!

Mesej dari Cikgu Bahasa::::: Berbahasa Biar Betul!!!

Mesej daripada Abahfateh pula "Bahasa Jiwa Bangsa, Gaya Bahasa Menunjukkan Peribadi"

1 comments:

Amin007 Saturday, May 29, 2010 10:04:00 PM  

aku ada 3 artikel blog aku sendiri yang mungkin ada kaitan dengan artikel engkau ini.

http://jangkaan.name.my/blog/2010/04/untuk-yang-suka-bahasa-sms-ht/

http://jangkaan.name.my/blog/2010/04/bahasa-sms-baik-atau-buruk/

http://jangkaan.name.my/blog/2009/07/bahasa-melayu-tinggi/

Jumlah Pelawat

About This Blog

  © Blogger template 'Blue Greens' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP