Friday, December 4, 2009

Nasib Jawi

Hari ini hari pertama jemaah haji Malaysia pulang ke tanahair. Tahniah saya ucapkan kerana berjaya menjawab panggilan Allah Taala ke bumi Mekah untuk menunaikan Rukun Islam yang kelima ini. Moga-moga tahun mendatang ini giliran saya pula, Insya-Allah.

Selepas hari raya tempoh hari, saya lihat banyak gambar-gambar korban diambil dan dipaparkan di kebanyakan blog-blog. Saya juga kepingin menangkap gambar ibadah korban namun tidak kesampaian, salah perhitungan. Pulang ke Batu Pahat selepas solat Jumaat dan kebanyakan surau di sekeliling rumah saya menjalankan ibadah korban pada hari Sabtu maka saya sangkakan di kampung isteri saya begitu juga rupanya tidak maka melepaslah saya untuk merakamkan detik-detik ibadah korban itu dijalankan.

Apapun, saya masih sempat merakam beberapa gambar. Gambar yang saya paparkan kini saya namakan "Nasib Jawi" mengenangkan tulisan jawi semakin terpinggir dalam kehidupan kita. Soalan mudah saya, bilakah kali terakhir tuan atau puan membaca atau menulis jawi?


Tulisan jawi kini semakin terpinggir di bumi sendiri semenjak huruf roman diperkenalkan untuk menggantikannya selaras dengan perkembangan teknologi dan juga pengaruh Inggeris terhadap orang Melayu-Islam.

Kini amnya tulisan jawi terhad penggunaannya di kalangan mereka yang berada di dalam institusi agama Islam seperti para ulamak, guru-guru agama dan pegawai tadbir jabatan agama Islam. Malahan, penerbitan Utusan Zaman seminggu sekali dan hanya menjadi sisipan Utusan Malaysia menandakan merudumnya penggunaan tulisan jawi.

Gambar ini diambil di Masjid Jamek Parit Bulat, Muar, Johor.

3 comments:

arsaili Friday, December 04, 2009 9:12:00 AM  

salam..ya tulisan jawi makin terpinggir dan saya memang buta huruf jawi :p

abahfateh Friday, December 04, 2009 12:23:00 PM  

arsaili, jika bukan kita siapa lagi. Harap saudara dapat celik jawi. Amin

Zampeada Friday, January 15, 2010 7:46:00 PM  

majalah mastika ada memaparkan suatu ruangan jawi... tapi cam... nak tak nak jek... setakat ni baru dua bulan berjalan. bulan februari tak tau lagi lah.

Jumlah Pelawat

About This Blog

  © Blogger template 'Blue Greens' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP